Puteri Ayu Cheese - masam manis f

Breaking

Nov 4, 2015

Puteri Ayu Cheese


Satu lagi kuih yang dah lama teringin nak buat... tapi masih tak berkesempatan. Dan akhirnya semalam dapatlah ita melempiaskan hajat yang dah lama terpendam.
Resepi puteri ayu ini dah lama popular sedikit masa dahulu.. sekitar tahun 2013 dan di kongsikan oleh Zara yang menurut Zara resepi asal atau tuan empunya resepi adalah milik Hasnah Zakaria yang pernah kongsikan resepi ini di page Resepi Turun Temurun.  Lepas tu hilang seakan di hembus angin yang sepoi-sepoi.. gitu.. Dan kini ia muncul kembali mewarnai ruangan dapur dunia masakkan.

Ita sebenarnya tergoda dengan puteri ayu yang di kongsikan oleh Suriani Osman. Teruja sangat bila melihatkan puteri ayunya yang comel dan gebu-gebu. Tu yang tak sabar nak cuba tu.. Resepi Suriani sama seperti resepi yang di kongsikan oleh Zara dan ita rasa dari tuan empunya resepi yang sama. Terima kasih pada tuan empunya resepi dan terima kasih juga kepada rakan-rakan yang memanjangkan resepi ini.



Puteri ayu ni boleh ita katakan rasanya seakan sama dengan apam dot-dot. Cuma kejadiannya lebih istimewa kerana ia datang dengan pakej bersama cheese. Wow! mesti sedap kan!  Lain dari puteri ayu biasa yang datang bersama kelapa. Bagi peminat cheese mesti suka kan..


Ia enak di makan semasa panas, baru lepas kukus tu.. memang sedap! gebu dan lembut aje.... Seketul-seketul masuk dalam mulut, tapi bila dah sejuk ia tak sesedap masa masih hangat. Jadi bila nak makan sebaiknya kena kukus semul, so... bolehlah di frozenkan untuk di jual atau untuk di simpan.. sebagai juadah bidan terjun.. maknanya bila ada tetamu yang datang tak di duga.. dah ada puteri ayu frozen dalam peti ais, tinggal kukus semula aje.. senang kerja kan..?

Untuk resepi ni, anda boleh guna santan atau susu. Ita cuba dua-dua sekali untuk melihatkan perbezaannya dan pada ita yang santan lebih enak kerana harum baun santan yang lemak-lemak tu..

Cara penyediaannya juga cukup mudah dan ringkas.. bahan pun yang simple-simple aje.. Jom kita cuba!


PUTERI AYU CHEESE
Resepi Oleh : Hasnah Zakariah
Rujukkan : Zara
Rujukkan : Suriani Osman

Bahan-bahan 

2  biji        telur
1  cawan   gula kastor
2  cawan   tepung gandum
1  cawan   santan atau susu cair
1  tsp.       ovalet
Pewarna pilihan
Perisa ikut citarasa (optional) ~ ita letak esen vanilla

Bahan Cream Cheese 

250  gm   cream cheese
80  gm   gula kastor
25  ml    air
20  gm   tepung gandum
1  biji   telur

Satukan kesemua bahan cream cheese dan pukul menggunakan mixer hingga sebati... siap, ketepikan sebentar.

Cara Menyediakan Puteri Ayu 

Pukul gula dan telur hingga kembang.  
Masukkan ovalet dan pukul lagi.
Letakkan esen vanilla
Masukkan tepung, santan atau susu cair, pukul lagi hingga sebati.  
Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
Jika nak perasa yang berlainan boleh letakkan perasa untuk setiap bahagian.
Sedaiakan acuan puteri ayu secukupnya
Oleskan acuan dengan sedikit minyak jagung atau minyak makan
Isikan cream cheese ke dalam acuan dan kukus selama 2 minit dengan api kukusan yang sederhana.
Setelah 2 minit,  letakkan adunan berwarna dan kukus lagi lebih kurang 7 - 10 minit dengan api sederhana.
Setelah masak keluarkan dari acuan.

* Jangan lupa untuk balut tutup kukusan supaya air kukusan tidak menitis atas kuih
* Guna api yang sederhana untuk dapatkan kuh puteri ayu yang lembut, cantik dan gebu.







13 comments:

fazianbatrisyia said...

cantiknya kuih.
terliur nak makan

lena said...

Sedapnya

adda syuhada said...

sedapnyer...

insan biasa said...

Cantik kak...nmpk sedap je...

Unknown said...

Kak azlita...santan tu nk guna santan pekat ke @ cair?

Azlita Aziz said...

santan biasa je.. jangan pekat dan jangan cair sangat,. Akak guna santan kotak tu 1/2 kotak dan lebih + air jadikan 1 cawan

chadeen said...

Ya Allah. Kaler dia sangat ceria dan sangat2 memikat :)

Percubaan Pertama Membuat Laksam

Chodijah azizah said...

Perasa itu apa?

Unknown said...

Assalamualaikum kak. Saya nak buat resipi ini guna acuan kek besar. Ada beza masa kukusan untuk adunan cream cheese dengan berwarna tak?

Unknown said...

selalu org jual sebiji berapa kak ita?

Unknown said...

Kalo nk perisa coklat tambah serbuk koko boleh ke...

Unknown said...

1 adunan ni boleh dpt brape biji ye sis

Unknown said...

Sis....1 adunan ni boleh dpt brpe pcs erk...

Post Top Ad

test