Tumis Kacang Panjang Telur Masin - masam manis f

Breaking

Nov 9, 2015

Tumis Kacang Panjang Telur Masin


Hari ni masak awal sebab nak ambil anak ita Amirul. Amirul baru habis praktikal di Tampin, jadi hari ni kenalah pergi Tampin dan abil barang-barangnya dan bawa pulang.

Ita masak menu simple aje hari ni.. tapi walaupun simple tapi masih sedap! Baru pertama kali cuba masak kacang panjang telur asin. Biasa ita masak udang atau ketam dengan telur asin, sesekali kita cuba menu baru pulak!




Kacang panjang merupakan tumbuhan yang dijadikan sayur atau ulam. Ia tumbuh dengan cara memanjat atau melilit. Bahagian yang dijadikan sayur atau ulam adalah buah pokok tersebut.
Ia mudah didapati di kawasan panas di Asia. Kacang panjang hidup subur pada tanah yang mengandungi banyak humus. Oleh kerana ia mudah di tanam, maka harganya juga tidak terlalu mahal kecuali pada musim tengkujuh.
Tahukah anda bahawa kacang panjang merupakan tumbuhan yang banyak sangat khasiat untuk kesihatan tubuh badan kita. Selain sebagai masakan, ternyata Kacang Panjang juga dapat digunakan sebagai bahan ubat-ubatan untuk mengubati beberapa penyakit seperti  : anticancer, cancer payudara, leukemia, antibakteria, antivirus, antioksidan, gangguan saluran kencing, kencing lawas, batu ginjal, mencegah kelainan antibodi, meningkatkan fungsi limpa, meningkatkan penyatuan DNA dan RNA, meningkatkan fungsi sel darah merah, beri-beri, demam berdarah, kurang darah, sakit pinggang, rematik, pembengkakan, meningkatkan nafsu makan, dan sukar buang air besar.

Rujukkan : https://id.wikipedia.org/wiki/Kacang_panjang



TUMIS KACANG PANJANG TELUR ASIN
Resepi Oleh : Hafizah Yahya

300 gm kacang panjang ~ potong 1 inc
5 ekor udang ~ saiz sederhana buang kulitnya ( ita tak letak hihi udang habis pulak )
1 biji telur masin rebus ~ kemudian hancurkan
1 batang lada merah ~ di hiris
garam dan gula secukup rasa
1/2 sudu teh lada sulah

Bahan Tumis ~ di hiris / tumbuk kasar
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
5 tangkai cili padi ~ ita tambah
1 sudu teh belacan

Bahan Sos

1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1/2 sudu besar sos sotong ~ ita tak letak


Panaskan minyak dalam kuali
Tumiskan bahan tumis hingga harum
Kemudian masukkan udang dan kacang panjang dan masak hingga kacang lembut
Seterusnya masukkan bahan sos dan gaul rata
Dalam resepi fiza, dia masukkan sambal belacan, ita dah tumis sekali kerana ita tumbuk sekali semuanya dalam bahan tumis
Kemudian masukkan telur masin, gaul rata
Perasakan dengan lada sulah,garam dan gula secukup rasa
Akhir sekali masukkan cili hiris
Sedia di hidangkan




3 comments:

Mardiah Diana said...

Salam singgah sini....wahhh....sedapnya sayur kacang panjang tumis telur asin....

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

terasa lemak2 masin plak kat tekak ni Kak Ita.. hihi. Kacang panjang memang fav saya.. makan mentah2 cicah ngan sambal belacan pun sedap apalagi dimasak dengan telor masin.. wallaaaaa...

adda syuhada said...

sedapnyer...

Post Top Ad

test