Satu lagi sajian yang ita hidangkan untuk keluarga hari ini ialah asam pedas ikan kembung. Asam pedas ni makanan kesukaan kami sekeluarga.. boleh di katakan ianya adalah makanan kesukaan bangsa Johor. Kali ni masak guna ikan kembung pulak.. tak kiralah ikan apa pun.. semua sedap aje kalau dah jadi asam pedas.
Ikan mahal betul kat pasar. Ita tak pasti adakah kerana musim tengkujuh atau memang tak ada musim ikan. Ikan dahlah tak banyak.. harga pulak melambung-lambung mahalnya. Mula ita cari ikan di pasar larkin, kembung aje sekilo RM 17.00 memang mahal sangat rasanya.. Tak banyak pilihan dan ikan pun tak banyak.. rata-rata ramai yang beralih kepada ayam dan daging bila harga ikan terlampau mahal.
Bila dah mahal sangat, ita ajak suami pergi ke Kit Mart Masai, kata orang kat sana murah sikit harga barang basah. walaupun agak jauh , tapi puas hati belanja di sana sebab banyak gerai dan banyak pilihan, tapi ikan memang kurang.. musim tak ada ikan barangkali. Tapi masih ok sikit lah.. 1 kg kembung yang sama besar harganya RM 15 .00 se kilo. Beli jugak lah bila dah tak ada pilihan..
Rezeki kami hari ini.. ikan kembung masak asam pedas.. buat alas perut kami sekeluarga.
ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG
3 ekor ikan kembung ~ bersihkan dan potong 2
10 batang bendi
1 kuntum bunga kantan
1 cekak daun kesum
1 batang serai ~ dititik
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
1/2 cawan air asam
air secukupnya
Bahan Kisar
15 ~ 20 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut
3 batang cili merah
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inc belacan
Panaskan minyak dan tumiskan, bahan kisar bersama serai yang di titik hingga harum dan terbit minyak
Masukkan air asam jawa dan air secukupnya dan biarkan kuah mendidih
Masukkan daun kesum, dan perasakan dengan garam secukup rasa
Kemudian masukkan ikan
Biarkan ia merenih dan ikan empuk
Akhir sekali masukkan bunga kantan dan bendi
Biarkan bendi lecur sebentar dan sedia untuk di hidangkan
15 comments:
Memang kegemaran keluarga saya. Saya tambah tomato, belah empat sama ngan bendi. Kuah mesti banyak sebab suka hirup. Kalau ada lebih, sebelah malam, saya panaskan lauk ni dan cicah ngan roti. Mmmmdappp.
bangsa Johor dan ikan kembung memang tak dapat dipisahkan kan kak.. sy pun peminat giler asam pedas cuma sbb kawen org utara tak bolehlah nak selalu masak asam pedas, tapi sekurang2nya sebulan tu 3 4 kali jugaklah sy msk asam pedas.
ikan kat pasar larkin tu mmg mahal tapi ikannya baru sikitlah, kwn sy bgtau kalau nak beli ikan beli hari selasa, rabu, khamis.. boleh dpt ikan baru. kalau sabtu ahad ikan tu dah lama berendam dlm air batu.. wallahu alam.
Sedap terliur... nak buat lah kak
Sedapnya.. Mmg nak masak utk lauk berbuka ptg ni.. Tq kak..
Wah mesti bangsa johor pandai masak asam pedas. Nanti bangsa lain nak belajar dari bangsa johor.
Wah mesti bangsa johor pandai masak asam pedas. Nanti bangsa lain nak belajar dari bangsa johor.
mohon pencerahan, ada yang sy makan asam pedas penuh berkuah dan ada y penuh berempah/hampas, kalau penuh berkuah itu macam mana ya? kisar bahan2 kisar sampai halus ke atau tapis?
Tercari cari resepi untuk masakan tgh hari..terima kasih diatas perkongsian resepi :)
Dulu tinggal kat Simpang Renggam. Jiran sebwlah mesti bagi asam pedas.. Sedappp. Bila dah balik Sabah, masak as pedas ni selalu. Kegemaran suami. Hehe. Jap lagi nak masak
Kalau terlebih masin nak buat macam mana eh?
Asam pedas sdp nya
Sedap nya.. Asm peds
Ni kali pertama saya dengar cecah roti dwngan asam pedas. Boleh cuba ni.. :-D
cicah roti ok lagi.... saya cicah dgn biskut cream cracker...
sama... penggemar tegar ..
Post a Comment