Daging Goreng Ketumbar - masam manis f

Breaking

Jan 8, 2016

Daging Goreng Ketumbar


Hari ini hari Jumaat, Johor cuti. Anak-anak tak sekolah. Walaupun anak tak sekolah, tapi kena jugak masak awal, kerana nanti yang bujang nak ke masjid, jadi kena makan awal.
Macam biasa juadah ita untuk makan tengahari , ita suka yang mudah dan ringkas. Senang di sediakan, bahan yang simple dan rasa yang sedap! apa yang utama memasak dengan kasih dan sayang .. itu yang paling utama.



Resepi hari ini daripada Adnilsam Apat. Resepi Daging Goreng Ketumbar, tak pernah cuba lagi.. tu yang terpanggil untuk mencuba. Tak sia-sia cuba.. sebab sedap! dah lah sedap masaknya mudah dan ringkas, bahan pun semua ada di rumah lagi memudahkan kerja.. tak pening kepala mengadap ayam atau ikan nak fikir masak apa..

Kepada rakan-rakan yang inginkan masakkan yang mudah, ringkas dan sedap bolehlah cuba! bagi yang tak suka pedas boleh kurangkan sukatan cili api.. sebab yang ita buat ni.. memang berasap jugak lah telinga.. tapi ita suka.. suami suka.. dan anak-anak pun suka!


DAGING GORENG KETRUMBAR
Resepi Oleh : Adnilsam Apat

400 gm daging batang pinang ~ hiris nipis
1 labu bawang holland ~ di hiris
garam dan gula secukup rasa
sedikit air asam jawa

Bahan tumbuk halus
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inc kunyit hidup
1 inc halia
2 sudu besar ketumbar biji

Bahan di titik
3 batang serai
9 tangkai cili padi merah dan hijau

Gaulkan bahan tumbuk halus bersama air asam jawa pada daging ~gaul rata
Masukkan garam dan gula secukup rasa perap sebentar
Panaskan minyak dalam kuali
Tumiskan daging yang telah di perap tadi bersama rempah ratusnya
Masukkan serai dan cili padi
Tutup periuk dan biarkan daging empuk
Jika air kering, tambahkan sedikit air
Masak dengan api perlahan hingga kuah pekat
Bila daging dan lembut dan empuk masukkan bawang holand
Rasakan cukup garam dan gulanya
Angkat dan hidangkan




No comments:

Post Top Ad

test