Ikan Masak Lada Hitam - masam manis f

Breaking

Jan 6, 2016

Ikan Masak Lada Hitam


Satu lagi resepi yang mudah ringkas dan sedap!
Ita masak yang ringkas-ringkas aje bila anak-anak dah mula bersekolah. Semuanya kerana nak mengejar masa. Pagi, lepas subuh aje terus keluarkan ikan, ayam, udang atau daging. Pas tu terus tanak nasi. Pagi kami jarang bersarapan, biasa suami ita hanya minum air aje.. sesekali baru bersarapan.. itu pun agak lewat.. Kalau dah lewat sangat, ita terus masak untuk makan tengahari. Anak-anak pun jarang ambil sarapan pagi. Kalau dulu masa kecik-kecik memang ita paksa mereka ambil sarapan.. bila dah besar semuanya tak mahu sarapan, sekadar minum secawan kopi atau teh dah buat alas perut kata mereka.



Hari ini di samping lauk tumis air taugeh dan cendawan, ita masak lauk ikan ni.. masih lagi ikan kembung. Ikan kembung ita masak lada hitam. Sebenarnya tak kisah nak guna ikan apa pun.. tapi memandangkan hanya ikan kembung aje yang ada.. ita masak lah menggunakan ikan kembung.

Resepi ni mudah dan ringkas, masak pun kejap aje.. taklah lama berpencak di dapur. Semuanya campak-campak aje.. dah jadi dah hidangan makan tengahari.. mudah aje kan.. di samping terjaga kebersihan ianya juga menjimatkan dan yang paling utama di masak dengan penuh kasih sayang.


IKAN MASAK LADA HITAM

2 ekor ikan kembung ~ di siang cuci bersih dan potong 2
Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit dan goreng
Angkat dan ketepikan

2 labu bawang besar ~ di hiris ( sederhana besar sahaja )
5 tangkai cili padi ~ di hiris
10 tangkai kacang peas ~ di hiris ( optional )
1 sudu besar sos tiram
sedikit air asam

Bahan tumbuk
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu teh lada hitam
1 inc halia

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga harum
Masukkan bawang besar hiris dan cili padi hiris
Masak hingga layur
tambahkan sos tiram dan sedikit air
masak hingga merenih
Masukkan air asam, ikan dan kacang peas
gaul rata
Perasakan dengan garam secukup rasa
Bila ikan dah mesra dengan kuah
Angkat dan hidangkan







No comments:

Post Top Ad

test