Kelas 24 Jan yang happening.. ke pening? - masam manis f

Breaking

Jan 25, 2016

Kelas 24 Jan yang happening.. ke pening?


Hari ini sekali lagi kita bersiaran dari Starhill Golf And Country Club di Johor Bahru. Suasana pagi yang tenang dan mendamaikan.. melihat embun di hujung rumput dan kabus pagi dengan pemandangan yang menghijau cukup segar dan mendamaikan.. Padanlah orang lelaki ni suka main golf.. terlepas daripada suasana hingar bingar dan hiruk pikuk rupanya..

Alhamdulillah kelas berjalan dengan cukup lancar..
Kelas kali ini juga peserta dari Malaysia yang datang dari jauh dan dekat.. ada dari Pulau Pinang.. Pulau Mutiara yang menjadi kebangaan Malaysia.. dari Kedah yang sedang berebut jawatan menteri besarnya... nun jauh juga dari pantai timur Terengganu, dari ibu kota Kuala Lumpur.. dari Keluang Johor dan tidak ketinggalan dari mereaka yang berada di sekitara bandaraya JohorBahru.. Sekalung ucapan terima kasih yang tak terhingga atas kesudian menghadirkan diri ke kelas Korean Flower Buttercream bersama kak Ita. Terima kasih juga kerana terpaksa mengharungi perjalanan yang jauh untuk sampai ke selatan tanah air ini.. semoga apa yang kami hidangkan dan apa yang kami sampaikan dapat memenuhi impian anda. Jika ada sebarang kekurangan di pihak pengurusan, kak ita bagi pihak semua.. memohon beribu kemaafan dan halalkan segala kekilafan di pihak kami..




Terima kasih kami juga atas layanan yang cukup memuaskan dari Starhill Golf And Country Club, kepada pihak pengurusan dan staff yang terlibat. Jika ada yang bercadang nak buat even, majlis atau apa-apa acara.. ita cadangkan Starhill Golf And Country Club anda pasti puas hati dengan layanan, dan segala kemudahan yang di sediakan. Starhill Golf And Country Club Johor Bahru pasti menjanjikan yang terbaik untuk anda!

Apa menu hidangan kita yang di sediakan oleh Starhill Golf And Country Club hari ini..
Menu sarapan pagi , kita di hidangkan dengan American Breakfas, bersama, bread toast with butter and jam, fride egg, sausage, baked bean , coffee and tea, seolah kita berada di zaman British colonial bila santapan dengan di iringi muzik yang ala-ala retro gitu.. dengan pemandangan padang rumput yang menghijau.. di celah pohon-pohon renek.. sesekali kelihatan kelibat golfer bersama set golf dan buggy, memukul bola golf di tengah padang.


Makan tengahari pula di hidangkan dengan set nasi ayam, fried chicken, soup, mixed green salad, stirfried beansprout salted fish, bersama air oren dan dessert pula snow ice yang yummy! slurp! sejuk dan menyegarkan...


Ok jom pasti dah tak sambar nak intai gelagat dan aksi pelajar untuk kelas kali ini.







Ita masih lagi mengekalkan tema bebas, pelajar di beri kebebasan memilih warna padanan yang sesuai. Deco kek juga ita berikan sepenuh kepercayaan pada pelajar untuk menyusun tapi masih lagi di bawah kawalan. Apa yang ita inginkan adalah hasil yang mereka olah adalah idea dari mereka sendiri. Jadi bila mereka melangkah keluar dari kelas ita.. mereka sudah bersedia dengan deco mereka.. identiti kek mereka sendiri..  bukan terikut-ikut dengan deco dari ita. Ita hanya berikan panduan dan apa yang mereka hasilkan adalah sebenarnya sentuhan dan seni dari dalam diri mereka sendiri.

Pada ita pelajar kali ini perlu lebih banyak praktis jika inginkan hasil yang lebih debooom! harus bijak dalam pemilihan warna dan susunan. Kita masih lagi dalam proses pembelajaran.. jagan berhenti.. teruskan praktis dan praktis untuk hasil yang lebih baik!


masa untuk clik! clik! clik!

























Terima kasih semua...
Kepada yang jauh , memandu dengan berhati-hati.. semoga selamat sampai ke pangkuan keluarga tersayang.
Salam sayang daripada kak ita dan keluarga Masam Manis dan semoga kita berjumpa lagi.. insyaallah..


Kepada yang ingin menyertai kelas deco buttercream Korean Flower boleh hubunga pa saya di wassap 017 7279179 untuk pertanyaan kelas dan jadual.






3 comments:

cikMilah said...

Kellas gituu...

Unknown said...

Wahhh...good luck everyone

Unknown said...

Wahh..eksklusifnya..

Post Top Ad

test