Lemak Nangka Muda Dengan Ayam - masam manis f

Breaking

Jan 4, 2016

Lemak Nangka Muda Dengan Ayam


Lama tak makan lauk kampung. Lauk kampung makan dengan nasi hangat, gorengkan pula ikan masin di tambah ulam-ulaman dan sambal belacan.. pasti tak noleh belakang.. Kena pulak bila cuaca panas terik ni.. mata mulalah.. naik layu bila perut dan mula kekenyangan..

Hari ni masak ayam lagi.. Permintaan anak dara ita lagi yang nak lauk ayam untuk bekalan ke sekolah. Ita masak lemak nangka, letak ayam sedap sungguh.. kalau tak ada ayam gantikan daging pun sedap jugak! atau di letakkan ikan kurau masin.. perghhh... lagi terangkat habis..

Ok masakkan untuk tengahari yang mudah dan ringkas. Bila anak sekolah ni.. memang mencari resepi yang bukan sahaja mudah dan ringkas di sediakan tapi juga enak untuk hidangan keluarga.
Jom kita menjamu selera




LEMAK NANGKA MUDA DENGAN AYAM

500 gm nangka yang telah di di bersihkan ~ rendam dan rebus hingga lembut
1/2 ekor ayam di potong kecil ~ cuci bersih
( ita gaul garam dan kunyit dan goreng dahulu 1/2 masak )
2 batang serai ~ di titik
1 helai daun kunyit ~ di mayang
2 keping asam keping
1 cawan santan
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
8 biji cili api ~ boleh kurangkan jika tak suka pedas
1 inc halia
1 inc kunyit hidup
1 sudu teh ketumbar
1/2 sudu teh jintan halus
1/2 sudu teh jintan kasar

Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumiskan bahan kisar hingga harum
Masukkan serai dan daun kunyit
Tambahkan air jika kering
Masukkan nangka yang telah di rebus dan ayam
Masak hingga ayam dan nangka empuk
Masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa
Biarkan kuah mendidih
Bila kuah dan asedikit pekat angkat dan hidangkan



No comments:

Post Top Ad

test