Tempahan minggu ini - masam manis f

Breaking

Jan 31, 2016

Tempahan minggu ini


Ini adalah kek tempahan yang sempat ita siapkan. Kek ni ita terpaksa hantar pagi-pagi buta kerana ita terpaksa bekejar pula ke kelas. Bila dah terkejar-kejar memang ita tak sempat nak ambil gambar. Mujur customer tolong ambilkan gambar dan kirimkan pada ita. Dapat juga ita buat kenang-kenangan. Kek yang bertemakan farm animal. Terima kasih pada gee yang tempah kek ni dari kak ita dan terima kasih kirimkan gambar kek ini.




Ini pula tempahan kek khawin 2 tear. Masih lagi ramai yang gemarkan deco ini. Entah dah yang ke berapa kali ita terima tempahan kek yang sama. Terima kasih kerana meminati deco dari akak ni dan terima kasih juga atas tempahan. Selamat pengantin baru semoga kekal bahagia hingga ke Jannah.




Ini pula slice cake tempahan untuk birthday Nana. Happy Birthday Nana, semoga suka dengan kek yang auntie buatkan ini.


Kek hantaran bunga-bunga kpop lagi. Kali ini tema warna coklat, peach dan krim. Memang agak payah nak mengayakan warna yang di berikan. Alhamdulillah syukur bila customer suka.
Ita selitkan kuntuman bunga tulip, peony dan english rose dalam gubahan bunga kali ini.




Satu lagi kek bunga, Flower Wreeath Buttercream Cake untuk kek ulang tahun. Selalu dengan bunga-bunga korea, kali ini ita pilih wildflower pula menghiasi kek, Dengan susunan yang simple dan minima, kek tampil lebih eksklusif.






Terima kasih atas tempahan, mana yang terkurang harap halalkan.
Kepada yang ingin membuat tempahan, anda boleh whatsapp 
 017 7279179 
untuk sebarang pertanyaan kek tempahan.


2 comments:

The Putra Diverse said...

syg nya nak mkn. lawa sgt.

Azreen said...

Cantik2nye kek kak ita..sayang nak makan..😊

Post Top Ad

test