gomo Kelate gomo... - masam manis f

Breaking

Feb 11, 2016

gomo Kelate gomo...


Amin.. amin.. amin...
Alhamdulillah selesai sudah 2 hari kelas Buttercream Korean Flower di UMK Kota Bharu Kelantan. Terima kasih kepada pihak pengurusan UMK kerana memberikan kepercayaan kepada team Masam Manis untuk berkampung selama 2 hari di UMK. Terima kasih juga atas kerjasama yang tidak berbelah bagi, atas setiap kemudahan yang di sediakan untuk kami yang datang jauh merantau ni.. Terima kasih juga atas kerjasama ini semoga permulaan yang baik ini akan berterusan dan berpanjangan hendaknya.




Buat pertama kalinya team Masam Manis mengadakan kelas di luar daerah. Biasanya kami di Johor Bahru, tapi kali ini di jemput untuk mengadakan kelas di Pantai Timur bagi memberikan sedikit ilmu kepada warga Pantai Timur pula. Kecil tapak tangan niru hamba tadahkan.. Alhamdulillah sambutan yang di luar jangkaan. Pada mulanya berat rasa hati.. bimbang tiada sambutan. Nampaknya telahan kami meleset sama sekali, bila iklan di siarkan tak sampai sejam dah penuh kelas 2 hari hingga kami terpaksa tambah tempat lagi yang pada mulanya hanya untuk 7 peserta untuk satu hari terpaksa di tambah kepada 12 peserta. Maaf kerana tak boleh ambil peserta yang ramai kerana ruang yang sangat terbatas dan tempat yang sangat-sangat terhad, bimbang jika terlalu ramai, apa yang ingin kak ita sampaikan tidak dapat di terima dengan baik. Ini pun dah sesak kelas yang comel ni. Senarai nama mereka yang menunggu giliran pula beratus peserta. Sekali lagi kak ita dan team Masam Manis memohon maaf kepada mereka yang tidak dapat turut serta pada kali ini. Insyaallah jika panjang umur kita akan berjumpa lagi di Kota Bharu untuk kelas yang lain pula.


Bedebar sebenarnya nak menunggu tarikh keramat ini, lama dah tak kelik Kelate, tu yang berdebar-debar. Persiapan telah di atur awal lagi, supaya tiada barang yang tertinggal. Kami bergerak 2 kereta kerana banyak barang yang perlu di angkut. Namun begitu, kita hanya mampu merancang.. tapi sebaik-baik perancangan adalah atas kehendakNya jua. Tapi banyak benar rahmatnya.. kerana ada bahan yang ita guna,  tertinggal pula... barulah ita tahu bahawa adalah terlalu sukar nak dapatkan bahan untuk membuat kek di Kota Bharu. Bukan sahaja bahan yang terbatas harganya juga sangat mahal. Ita ingat di JB dah mahal rupanya di Kota Bharu harga bahan kek lebih mahal. Kesian orang Pantai Timur.. dahlah bahan payah nak dapat.. kalau ada harganya mahal.. nak jual kek pulak harganya terlalu murah dari negeri yang lain.. banyak sungguh ita belajar hari ini.. pengalam, pengajaran dan kesabaran.. Semoga adik-adik akak di Pantai Timur tidak patah semangat.. akak tahu.. semua telah mengalami pengalaman yang lebih sukar dari ini.. Gomo Kelate gomo..

Sepanjang perjalan kami ke Pantai Timur , di iringi hujan sepanjang jalan. Jalan raya yang licin, membuatkan kami memandu dengan berhati-hati supaya sampai ke destinasi dengan selamat. Sepanjang jalan usah di cerita tentang kemalangan.. sepanjang jalan seren kereta bomba dan ambulan galak berkumandang. Banyak kemalangan hingga yang paling ita sedih bila ternampak barisan tubuh terbujur kaku di susun sepanjang jalan, hanya di baluti helainan suratkhabar memang sungguh menyedihkan....  Inalillahiwainailahhirajiun...


Cuaca pagi yang tenang dan mendamaikan menyambut kedatangan para peserta. Debaran ita berakhir apabila melihat barisan senyuman yang tidak lekang dari bibir peserta. Comel-comel mek mek Kelate ni kan.. Ita bukannya apa.. risau sungguhlah.. sebab tak pandai nak kecek Kelate.. Tapi alhamdulillah mereka cukup memahami dan sangat sporting! Mereka memang benar bersungguh nak belajar yang membuatkan ita semakin seronok tak terkata.

Peserta bukan sahaja datang dari Kota Bharu, tapi ada yang dari Rantau Panjang, Pasir Mas, Pengkalan Cepa. Bacok, Jeli, ada juga datang dari Besut, Terengganu, Melaka, Kelang, Perak dan Kuantan. Terima kasih lah kerana sudi menghadirkan diri ke kelas kak ita, semoga apa yang kak ita sampaikan dapat di maanfaatkan sebaik-baiknya. Jangan stop, kena selalu praktis dan praktis untuk hasil yang lebih baik lagi. Jika ada sebarang kekurangan dan kelemahan dari team Masam Manis, kak ita bagi pihak semua, memohan beribu kemaafan dan halalkan mana yang terkurang. Semoga ukhwah yang telah terjalin berpanjangan..

Menu makan tengahari kita di sedikan oleh Cafeteria Abah Umi dan Abe Jalan Long Yunos , Kota Bharu Kelantan. Hidangan makan tengahari nasi ayam dan dessert ABC special yang memang dah lama menjadi idaman ita. Lama benar tak pekena ABC abah umi abe ni.. adoiiii... lepas dah apa yang di idamkan.. Sarapan pagi pula kuih muih dari negeri Cik Siti Wan Kembang, menjadi pengalas perut peserta. Lama dah tak merasa kuih dari Pantai Timur ni.. ita kalau kelik Kelate memang cari kuih-kuih dulu.. lebih-lebih lagi akok di Kampung Cina.. sedapnya lah aiii...

Rasanya mesti kawan-kawan dah tak sabar nak intai apalah yang adik-adik akak ni buat dalam kelas kan.. jom kita skodeng sikit aksi mereka..










Apa yang paling ita suka kelas di UMK Kota Bahru ni.. para peserta cukup bijak bermain dengan warna. Lihatkan warna yang mereka pilih, lembut dan senada aje.. bila telah di susun atas kek, lagi terserlah ayunya.. Orang pantai timur ni kan orang seni.. sebab tu pada ita mereka tiada masalah bermain dengan warna, mungkin dah biasa mencanting batik kan..


Jom ita perkenalkan dengan barisan peserta untuk kelas pada 7 hb Febuary 2016 dahulu. Peserta seramai 12 orang pada hari pertama ni..
















Ini pula barisan peserta dari Pantai Timur untuk hari ke 2 iaitu pada 8 hb Febuary 2016
















Sekali lagi kak ita mengucapkan jutaan terima kasih, kepada pihak UMK Kota Bharu, Kepada semua para peserta yang sudi hadir, kepada Catering Abah , Umi Abe, kepada kak Fatimah yang bersusah payah menyediakan kek untuk kelas ita kali ini. Tudung shawl di taja oleh team Masam Manis Kota Bharu.  Ribuan terima kasih juga kepada adik-adik yang bagi kak ita buahtangan.. susah-susah aje... hanya Allah jua yang dapat membalas budi baik kalian. Semoga maju jaya buat semua.. Ingat seni itu indah, seni harus di hayati.. seni harus di hagrai.


Terima kasih juga yang tak terhingga buat team Masam Manis di Pantai Timur. Salam sayang buat semua dan semoga kita bertemu lagi insyaallah....



Kelas Korean Flower Buttercream Modul 1 Johor Bahru
Bagi mereka yang berminat,  kelas akan di adakan pada :


Tarikh :  27 hb Feb dan 28 hb Feb 2016

* peserta boleh memilih salah satu tarikh di atas



Bertempat di : Starhill Golf And Country Club Johor Bahru



Yuran : Rm 480 seorang

Tempat adalah sangat terhad

Masa : dari pukul 9:00 pagi hingga selesai deco


Peserta akan di berikan :


6 nozel percuma
Apron percuma
Flower Lifter percuma
Nail Percuma
Pewarna Ameri percuma
Gunting kecil percuma
Buku panduan deco kek Modul 1 percuma
Piping bag untuk mendeco
Kek bersaiz 7 inc berserta kotak kek
*1 biji kek yang telah di deco boleh di bawa pulang


Keselesaan peserta :


Sarapan pagi dan makan tengharai di sediakan
Tempat belajar yang selesa
Surau dan tandas di sediakan

Peserta tidak perlu membawa apa-apa kerana segala peralatan mendeco kek di sediakan.

Syarat penyertaan 
Peserta perlu ada asas deco kek.

Pembelajaran :

* Belajar membentuk beberapa bunga dengan menggunakan nozel yang tepat
* menyusun bunga atas kek
* membancuh 2 jenis krim untuk mendapatkan tekstur krim yang tepat untuk bunga yang berlainan.
* padanan kombinasi warna yang sesuai untuk bunga Korean
* bancuhan warna untuk daun yang tepat
* meratakan krim pada kek untuk mendapatkan kek yang rata
* Krim apa yang sesuai untuk bunga K Pop
* Bahan apa yang di gunakan untuk mendapatkan krim yang solid bagi menampilkan bunga yang nampak hidup
* Pemilihan warna dan deco kek 100 % di berikan kebebasan pada peserta di bawah pengawasan

Peserta yang berminat boleh menghubungi PA saya di talian wassap : 
017 ~ 7279179
First come first serve basis !


No comments:

Post Top Ad

test