Assalamualaikum,
Selamat pagi dan salam sejahtera buat semua para pembaca blog Masam Manis. Hari ini sekali lagi ita bawakan kelas Korean Flower Buttercream yang berlansung di Starhill Golf And Country Club Johor pada 28 Feb 2016.
Kelas yang sangat menyeronokkan, jika kelas sebelum ini ada ibu mertua dan menantu, kelas kali ini pula ada pasangan ibu dan anak yang berkongsi minat yang sama. Selain itu boleh di katakan kelas 1 Malaysia kerana ada Melayu India dan Cina. Terdapat juga peserta lelaki dan yang lebih istimewanya beliau berbangsa India dan meminati deco cake walaupun tidak terlibat langsung dengan dunia bakery.
Sebenarnya Kasaven ni pernah oder kek Bus Tayo dengan kak ita sempena birthday anaknya. Beliau minat baking tapi hanya untuk keluarga sahaja. Bila anak-anaknya suka.. itu yang membuatkan beliau bertambah seronok dan menjadikan ianya sebagai hobi di masa lapang. Seronokkan bila anak-anak suka apa yang kita sediakan dan pastilah anak-anak juga seronok bila bapanya sediakan kek atau cookies yang dia suka.. Lebih seronok bila masa kita bersama keluarga di habiskan dengan memasak bersama-sama.. Ianya lebih mengeratkan lagi hubungan antara suami dan isteri dan anak-anak.
Kelas berjalan sangat lancar.. walaupun kak ita masih lagi batuk-batuk dengan suara yang tersekat-sekat. Kak ita dah dapatkan rawatan pakar, ialah risau juga batuk tak baik-baik dan suara makin hari semakin hilang. Menurut doktor, terdapat jangkitan kuman pada peti suara kak ita yang membuatkan peti suara dan tekak kak ita bengkak. Jika di biarkan tanpa rawatan, mungkin suara kak ita akan serak. Oleh itu doktor nasihatkan supaya kak ita banyak rehat, tak boleh cakap kuat-kuat.. tak boleh menjerit atau menyanyi..
aduyaiiiii...
"macam mana ni doktor.. saya ada concert hujung minggu ni.." kak ita cuba berseloroh..
" eh.. tak boleh.. batalkan.. kalau tak suara akak akan hilang terus.." kata doktor serius..
hihi... tergelak ita bila doktor ambil serius apa yang ita guraukan.. adoiii.. lah doktor.. dah tua-tua macam saya ni boleh menyanyi lagi ke....
Ita harap sangat ita segera sembuh. Padanlah bila petang aje.. badan dan mula seram sejuk dan demam. Rupanya kesan bengkak pada peti suara juga membuatkan antibodi kita jadi lemah. Punyalah banyak doktor bagi ubat.. adoiii... kita ni dahlah takut makan ubat.. banyak pulak ubat nak kena telan.. sabar aje le.. nak baik kenalah makan ubat kan...
Seperti biasa pihak Starhill menyediakan menu hidangan untuk semua peserta. Kali ini sarapan pagi kami di sajikan dengan roti jala bersama kari ayam, popia goreng , kopi atau tea. Makan tengahari pula di hidangkan dengan sweetcorn soup, deep fried lemon chicken, kailan ikan masin, omelette, dan minuman cordial. Dessert pula disediakan ice ceream sebagai pemanis mulut. Terima kasih kepada pihak Starhill Golf And Country Club Johor Bahru atas ruang belajar yang selesa, layanan yang baik dan hidangan yang istimewa.
Peserta pula ada dari Malaysia dan Singapura. Adilah dan Nabila dari Johor Bahru, Serry , Wan Adila dan Kasaven dari Singapura, Kharida dari Taiping, Perak, Janah dari Saujana Putra Selangor, Noorli dari Rawang, Miza dari Seremban, Mellisa dari Kuala Lumpur, dan Menita dari Kulai Johor.
Jutaan terima kasih di atas kehadiran. Semoga apa yang di sampaikan dapat di pratikkan. Pilihan warna semuanya sangat menarik! cuma kena selalu praktis supaya tidak lupa step yang di ajar di samping menambah baik lagi kemahiran mendeco.
Oklah, mesti semua dah tak sabar nak melihat gelagat peserta kali ini dan hasil deco mereka. Jom.. kita intai-intai pula gelagat peserta kali ini.
Masa untuk clik! clik!
Jutaan terima kasih juga kepada pihak Starhill Golf And Country Club atas penyedian tempat yang selesa dan higangan makanan yang menyelerakan.Terima kasih juga kepada team Masam Manis. Insyaallah jika ada umur yang panjang dapat kita berjumpa lagi..
Seni itu indah.. seni harus di hayati.. seni harus di hargai...
Assalamualaikum...
2 comments:
Cantiknyaa kek tu, x sampai hati nak mkn
seronok nyaaa..cantik bunga2..
Post a Comment