Kelas figurine yang pening-pening lalat.. - masam manis f

Breaking

Mar 22, 2016

Kelas figurine yang pening-pening lalat..


Alhamdulillah , kelas Basic Figurine yang telah berlansung selama 3 hari di Starhill Golf And Country Club berjalan dengan jayanya. Kelas yang membuatkan ita tak tidur malam dan seram sejuk kerana ianya merupakan kelas fifurine ita yang pertama.

Alhamdulillah sambutan terhadap kelas ini sangat mengalakkan. Ita menyasarkan hanya 7 peserta untuk satu kelas memandangkan kelas ini adalah kelas pertama, hands on dan perlukan tumpuan yang lebih, kerana segala hasil deco adalah bergantung kepada kreativiti setiap peserta. Peserta di berikan kebebasan untuk menghasilkan  figurine masing-masing. Tunjuk ajar dan garis panduan di berikan supaya setiap peserta mampu menghasilkan figurine dengan idea dan fantasi mereka. Kelas ita bukanlah copy and paste, di mana setiap peserta perlu meniru hasil figurine yang ita buat tetapi mereka harus mereka cipta figurine mereka sendiri dengan panduan dan guide yang di ajarkan.







Ita berharap bila mereka melangkah keluar dari kelas ita nanti, mereka bukan sahaja mampu menghasilkan basic figurine untuk orang sahaja, bahkan dengan sedikit tunjuk ajar dan apa yang ita sampaikan, mereka boleh mereka cipta dan menghasilkan figurine animasi yang lain pula. Semuanya bergantung pada kreativiti dan kesabaran yang mereka miliki.




Kelas figurine adalah kelas yang sangat menyeronokkan, hingga peserta tidak sedar hari dah petang kerana terlalu kusyuk membuat figurine. Bila ita kata, dah pukul 6 petang, masing-masing terkejut kerana tak sedar kerana terlalu leka dengan figurine masing-masing. Seakan mereka semua tak mahu pulang pula.. kesian pada suami dan anak-anak.. yang menunggu di luar kelas hihi


Boleh ita katakan kelas figurine ini ibarat reuniun , kerana rata-rata peserta yang turut serta adalah mereka yang pernah join kelas ita sebelum ini. Oleh kerana itu kelas menjadi sangat ceria dengan keletah masing-masing, bertambah lagi ada yang cuba melepaskan rindu..  berborak sakan hingga tak sedar masa berlalu begitu pantas. Masa yang terlalu pantas terasa seakan mencemburui pertemua ini, itu yang membuatkan mereka seakan berat mahu melangkah keluar..


Kelas kali ini kita tampilkan kelainan sedikit, kali ini apron hijau menyambut kedatang setiap peserta. Wah! teruja melihat apron hijau hingga ramai yang membancuh warna hijau untuk baju figurin masing-masing kerana terpengaruh dengan tarikan apron kali ini :)











Sebenarnya ita juga turut tumpang seronok, bila melihatkan mereka begitu tekun.. kadang-kala terdengar gelak dan hilai tawa masing-masing yang mungkin terasa lucu bila melihatkan figurine yang mereka hasilkan. Sesekali ada yang menjerit.. " kak ita.. napa kita buat tangan nampak macam kaki pulak " haha.. bederai semua ketawa..







Bila hari sudah merangkak ke petang.. masing-masing sudah mula keletihan.. letih nak menguli fondant. Tangan dah mula terasa sengal-sengal.. hihi mulalah rambut hanya tinggal 2.. 3 helai sahaja.. haha.. dah penat lah tu... " Macam manalah kak ita buat figurine yang orang oder tu kan... kita nak buat pun seharian.."
Tau tak pe.. kan... sebab itulah kak ita katakan home made kek ni harganya sedikit mahal.. kerana kerjanya terlalu rumit dan perlu korbankan masa yang panjang dan kesabaran yang sangat tinggi.. hanya mereka yang memahami sahaja yang akan menghargai kerja orang seni.


Kak ita harap bila sampai di rumah nanti jangan lupa praktis tau!.. buat cantik-cantik dan hasilkan figurine dengan gaya dan identiti tersendiri.. Biar bila orang tengok kek kita.. orang tau.. itu adalah sentuhan kita.. bukan tiruan atau cetak rompak.. :)




Terima kasih yang tak terhingga kepada adik-adik dan kakak-kakak yang sudi join kelas figurin ita.. yang senantiasa berikan sokongan pada ita yang tak berbelah bahagi. Terima kasih atas kesabaran dalam mendapatkan ilmu.. terima kasih juga tas ketekunan dan setiap pengorbanan. Semoga setiap pengorbanan akan di bayar dengan ganjaran rezeki yang berlipat kali ganda.. amin










Terima kasih yang tak terhingga juga kepada pihak Starhill Golf And Country Club atas hidangan yang sangat sedap untuk setiap kelas. Terima kasih juga atas layanan yang sangat memuaskan, atas kerjasama yang di berikan. Terima kasih juga kepada adik-adik di Starhil yang sangat banyak membantu, sabar dalam melayan kerenah kami semua dan sabar menunggu hingga kelas selesai.
Semoga kerjasa ini akan terus berpanjangan hendaknya.

















Bagi anda yang berminat untuk turut serta bengkel deco Basic Figurine boilehlah whatsapp ke talian : 0187691544


1 comment:

Unknown said...

Hu hu....org x de basic langsung bole join ke kelas kak ita?nguli clay tahu la.hi hi

Post Top Ad

test