Assalamualaikum
Alhamdulillah dah 6 hari kita berpuasa, pastinya ibu-ibu dah mula sibuk membuat persiapan untuk menyambut hari raya. Bagi ita tahun ini macam tahun-tahun sebelumnya.. semuanya serba sederhana. Tak ada yang bertukar ganti, kita baru kan yang lama dan recycle aje mana yang ada..
Insyaallah kalau tak ada aral melintang kami sekeluarga akan berhari raya di kampung.
Oleh kerana perancangannya nak beraya di kampung, jadi ita buatlah beberapa persedian awal.. buat sikit-sikit.. sebab ita juga kena siapkan tempahan kuih raya. Sambil-sambil tu kita selit jugaklah dua tiga kuih yang akan kita bawa pulang ke kampung.
Ok lah ita tak boleh sembang banyak.. sebab ita dah nak ke dapur nak sediakan hidangan berbuka puasa.
Hari ini ita kongsikan manisan yang ita sediakan untuk hari raya. Sebenarnya ianya bukan sahaja untuk kudapan hari raya, tapi sesuai juga sebagai door gift untuk majlis perkhawinan, hari jadi, acara potong jambul atau kenduri kendara.
Ita buat seminggu yang lalu.. tapi oleh kerana silap percaturan.. jatuhnya pada musim hujan ... jadi ia lambat kering.. nak masuk semingu jugaklah ni.. tak kering-kering.. jadi pesan ita kalau nak buat kena tunggu cuaca betul-betul panas, sebab kalau cuaca panas sekejap aje dah kering.. rasanya 2 hari dah keringlah agar-agar ni jika di jemur.
Agar-agar kering ni adalah manisan tradisional. Masa ita kecil-kecil dulu, mak selalu buat untuk hari raya. Tapi mak ita buat ia di gulung. Cantik hasil sentuhan mak. Tapi menurut mak namanya agar-agar sakar. Makna sakar tu adalah bila ia kering ia akan bersakar-sakar.. tulah namanya agar-agar sakar. Menurut emak lagi.. lagi banyak sakar lagi cantik dan menjadi agar-agar tu..
Tapi sekarang berlainan pula.. ramai yang tak suka ia bersakar sangat.. katanya terlalu manis. Kuih orang lama memang manis-manis..
Jom kita intai manisan yang menjadi trend terkini ini.
AGAR-AGAR KERING
Resepi Oleh : Badaria
Bahan-bahannya:
60gm agar-agar bertali 1300ml air
150gm gula batu
1200gm gula pasir
pewarna makanan pilihan anda
Tapis dan buang airnya.
Masukkan air dalam periuk dan masukkan agar-agar.
Masukkan air dalam periuk dan masukkan agar-agar.
Masak sehingga agar-agar hancur dan sebati.
Pastikan agar-agar benar-benar hancur.
Masukkan daun pandan di simpul, gula batu dan gula. Kacau rata
Masukkan daun pandan di simpul, gula batu dan gula. Kacau rata
Masak sehingga gula batu hancur.
Anda boleh ketuk dahulu gula batu bagi ia menjadi ketulan kecil supaya ia cepat hancur baru masukkan dalam periuk.
Angkat dan bahagiakan mengikut warna pilihan anda
Angkat dan bahagiakan mengikut warna pilihan anda
Ita letakkan perisa untuk setiap warna
Tuang dalam loyangSejuk dan dan biarkan ia keras baru potong ikut bentuk pilihan anda.
Anda boleh guna acuan untuk mendapatkan bentuk-bentuk yang menarik.
Jemur ditempat yang panas sehingga ia benar-benar kering dan bergula.
Jemur ditempat yang panas sehingga ia benar-benar kering dan bergula.
Balik-balik sentiasa supaya ia kering sekata.
10 comments:
salam ramadhan ke6 Ita
dah lama kaknoor cari resepi agar2 ni
tunggu balik brunei kaknoor nak try resepi Ita lah
thanks ya Ita banyak berkongsi resepi yg bekenan di hati kaknoor hee
Salam ramadhan, klu tok cikna sihat ni menu tetap masa beraya...
120g ke 1200g gula pasir? Mcm byk sgt je 1200g.
ya betul mimin 1200g mmg gula banyak resepi ni, kalau tak dia tak bersaka
Jemur tu kat dlm rumah je ke atau mmg kene jemur kat luar bwh panas matahari? X berhabuk ke jemur kat luar?
Kalau guna agar2 serbuk boleh ke?dlm brg gram ya.
best nye.. lama tak makan agar2 ni. nk try buat. ;) tq sis for sharing the recipe.
Salam Ita, lepas ni buat yg versi gulung pulak ye....
Salam. Saya ada dehydrator. Rasanya boleh tak guna?
Salam...nak tanya...mana nak cari acuan kecik-kecik tu ya?
Post a Comment