Popia Seaweed - masam manis f

Breaking

Jun 15, 2016

Popia Seaweed


Popia Seaweed, sesuai sebagai kudapan anak-anak. Sesuai juga jika di jadikan kudapan untuk tetamu yang bertandang ke rumah di hari raya. Sambil bersembang, sambil kruk! krak! kruk! krak!

Popia seaweed dah lama popular.. alamak.. ita ke yang tertinggal keretapi..
ianya dah mula popular di negara jiran kita Indonesia. cara membuatnya cukup mudah dengan bahan yang paling minima.
Tak sangka ia menjadi kudapan yang rangup dan enak!




Pelbagai kaedah dan cara yang di gunakan untuk menyediakan snack ini. Ada yang buat lipatan 4 segi, 3 sedi, ada yang gunting-gunting serong dan lain-lain.. Ita lebih suka dengan cara mengulung, nampak comel dan menarik untuk di nikmati.

Ramai yang menjadikan ianya sebagai sumber pendapatan. Satu lodong tu rasanya di jual RM 15. Waa... macam-macam cara kita nak dapatan sumber pendapatan kan.. kalau ada yang nak jadikan sumber pendapatan, jom ita tunjukkan bagaimana cara penyediaan yang ita lakukan.


POPIA SEAWEED

Seaweed ~ ikut selera apa perisa yang pedas atau biasa
Kulit popia ~ bersaiz besar
1 biji telur ~ di kocok

Jika nakkan seaweed tu berperisa boleh letakkan perisa serbuk maggi, atau serbuk cili atau serbuk kari dalam adunan telur untuk di sapu nanti.


Mula-mula kita sediakan bahan-bahannya dahulu
Lipat seaweed kepada 2 bahagian dan tandakan
Potong ikut ukuran yang telah di tandakan dan di potong 2 keping
Kemudian potong kecil memanjang saiz 1/2 lebar pembaris anggaran 1/2 inc


Ambil pula kulit popia
Buat kaedah yang sama, lipat dua tandakan dan potong menjadi 2 keping
Potong pula kecil sebesar 1 pembaris lebar anggran 1 inc
Saiz lebar potongan seaweed lebih kecil dari saiz ukuran kulit popia


Letakkan telur yang telah di kocok di tengah kulit popia dari hujung ke hujung rata-rata
Lekatkan seaweed di atasnya
Dengan menggunakan kayu chopstik gulung kulit popia dengan seaweed di bahagian luar
*Jangan gulung ketat-ketat sebab nanti susah nak tanggalkan daripada chopstik
Bila sampai hujung letakkan sedikit lagi putih telur untuk lekatkan
Keluarkan gulungan popia seaweed dari chopstik


Buatlah sampai habis dan berapa banyak yang kita nak buat
Bila dah siap biarkan hingga ia betul-betul kering dan keras
Panaskan minyak dalam kuali
Pastikan minyak betul-betul panas
Goreng hingga kuning keemasan
Angkat dan toskan
Biarkan sejuk sebelum di simpan dalam telap yang kedap udara



15 comments:

Unknown said...

salam kak ita, terima kasih dgn perkongsian. menarik juga dgn gulungan begini. tade la tertanggal seaweed dari kulit popia :)

Sha Mohamed said...

Resepi yang mudah..

lindahadi said...

Kompem laju je anak2 ngadap ni...����

Unknown said...

assalamuaalikum Ita
popia seaweed versi baru ni cantikkk

Unknown said...

assalamualaikum, kak ita, boleh share kat mana boleh dapat seaweed

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

jenuh jugak tu nak menampal satu2.. menggulung ok lagi. kena buat kerja rewang ni.. heheheh

emma marini said...

sungguh kreatif

Unknown said...

Terima kasih atas idea yg dberi. Ssya dah cuba buat. Mmg nampak comel dan ada kelainan dpd yg biasa di buat

Rani said...

Salam kak.... nk tanya.. nape lepas goreng, jd chewy2 eh?

Nor Badriah said...

Salam Ita..seaweed tu akan rangup ke lepas digoreng?

Unknown said...

Kak ita...mana nak cari seaweed macam tu..

Unknown said...

Salam kak ita guna jenama apa tu..

Unknown said...

Alhamdulillah.. Kak, terima kasih..sy dah pelbagaikan popia seaweed nie.. Sdp yg amat...

jannatul said...

Nak cuba nih... Hehhehe

Nurus said...

Kalau letak seaweed di luar, x hangus & tertanggal ke masa goreng ?

Post Top Ad

test