Sandwich Telur mudah dan ringkas - masam manis f

Breaking

Jul 30, 2016

Sandwich Telur mudah dan ringkas




Jika tempoh hari ita dah kongsikan Sandwich Tuna yang sedap! hari ini ita kongsikan pula sandwich telur yang mudah dan ringkas.
Sandwich  telur ini,  sesuai di sediakan untuk sarapan pagi, minum petang, untuk bekalan anak-anak ke sekolah atau bekalan suami atau isteri ke tempat kerja. Di sebabkan sekarang ni kalau kita nak makan kat luar agak mahal, adalah lebih afdal jika kita sediakan bekalan untuk ke sekolah atau tempat kerja. Dapat jimatkan sedikit belanja, di samping sandwich ini juga makanan yang sihat dan sesuai bagi mereka yang diet atau pentingkan kesihatan tubuh .

Untuk intinya tu boleh sediakan awal, simpan dalam peti ais tahan lah untuk 2 atau 3 hari. Bahan lain macam sayur-sayuran tu kita potong bila nak sediakan sandwich, lebih segar dan lebih rangup bila di nikmati.



Cara membuatnya lebih kurang sama macam sandwich tuna, cuma bahannya lebih mudah dan ringkas. Tak perlukan capsicum kalau tak nak letak sayur dan tomato pun boleh. Tapi macam ita,  ita suka letak sayur banyak-banyak hihi sebab ita dan anak-anak suka makan sayur.

Jom kita mulakan, boleh sediakan untuk jamuan hari raya esok  kan..?





SANDWICH TELUR

3 atau 4 biji telur ~ di rebus
1 biji bawang Holland ~ di dadu kecil
4 biji cili padi ~ di cincang halus jika suka pedas boleh lebihkan kalau tak suka boleh ganti dengan cili merah

Bahan Sos
2 sudu besar mayonis
2 sudu besar coleslaw ~ option nak letak boleh tak letak pun tak apa
1 sudu teh lemon jus
1 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh garam halus

2 buku roti wholemeal ~ jika nak guna roti biasa, pastikan roti tu jenis yang keras sikit, sbb roti yang terlalu lembut tidak sesuai.
Kepingan Chesdale
Iceberg lettuce ~ di hiris ( jika tak ada boleh guna salad atau green coral dan red coral )
1 batang Japanese Cucumber ~ di hiris nipis ( jika tak ada boleh guna timun )
2 biji tomato ~ hiris nipis
Sedikit margerine
* sayur-sayur terpulang pada citarasa, nak letak boleh tak letak pun tak apa. kalau nak lagi ringkas letak timun aje pun ok.




Telur di lenyek kasar dengan garfu
Masukkan cili padi atau cili merah yang di cincang halus
Masukkan juga bawang Holland yang di dadu
Masukkan lada hitam, garam, Coleslaw ( jika suka ), mayonis dan jus lemon ( lupa ambil gambar )
Kemudian gaulkan semua bahan rata
Simpan dalam peti ais sebentar


Ambil sepasang roti, sapukan margerin atau butter di atas setiap keping roti ( sebelah bahagian sahaja)
Letakkan 1 keping cheesedale
Letakkan sayuran , tomato hiris, salad atau lettuce , dan hirisan timun.
Kemudian letakkan adunan telur tadi, ratakan
Ita tambahkan sedikit lagi lada hitam
Kepitkan dengan sekeping lagi roti yang telah di sapukan margerin atau butter
Tekan permukaan roti biar ia serap dan padat
Potong tepi bahagian roti yang keras
Potong sandwich kepada 2 kepingan atau 4 kepingan segitiga. Jika suka 4 segi potong ikut kesesuaian anda.
Sedia di nikmati




Mudah aje kan cara penyediaan sandwich ni.. janji semua bahan ada kita boleh sediakan sekelip mata aje..
Selamat mencuba !




11 comments:

nadiaizzaty said...

Ya Allah , resepi sandwich mmg senang dan ringkas , tapi bila tgk gmbr kak Ita ...jadi menyelerakan sangat sandwich nie =) ...tq for sharing kak Ita .... =D

Unknown said...

singgah

http://belogs.blogspot.my/

Unknown said...

mudah dan sedap ni Ita
bahan semua dah ada nunggu rajin je lagi ni

Rey said...

Terima kasih atas informasi resep nya

Cr. Siti Hazreen Shahrom said...

Terliur tgk gambar2

shamyheart said...

wah, nampak sedap

Unknown said...

Gmbar tu mmg nmpk sedap.. sy nk try gan anak2 kt tbka

Jepun Mari said...

menarik & sedap, terus ada idea nak buat breakfast esok

Unknown said...

Good

Dapur azura losong said...

Sedapnya..boleh buat untuk jual ni.terima kasih kak ita

Cik December said...

Kalau inti tu sy masuk dlm peti sejuk maknanye klau sy bungkus sandwich mlmnye pehtu esoknye jual utk budak sekolah boleh tahan lah ye?

Post Top Ad

test