Tuna Sandwich yang sangat sedap! - masam manis f

Breaking

Jul 27, 2016

Tuna Sandwich yang sangat sedap!




Sandwich adalah makanan yang mudah di sediakan, ringkas, fresh dan juga healthy untuk tubuh badan kita. Tidak hairanlah jika ramai daripada kita yang menjaga kesihatan atau yang menjaga diet lebih gemar menikmati sandwich sebagai makanan seharian.

Kami sekeluarga memang mengemari sandwich. Jika dulu ita lebih suka makanan yang berat, tapi bila dah meningkat usia, kita kena jaga pemakanan supaya terhindar dari penyakit yang boleh menganggu tugas kita sehari-hari.

Dulu ita tak berapa suka sandwich tuna. Ita lebih suka sandwich sardin kerana lebih kemelayuan sikit dan sesuai citarasa ita yang tekak orang kampung ni. Tapi bila selalu suami bawa pergi makan sandwich di luar, atau bila travel dan payah nak cari makanan yang halal, yang membuatkan ita terpaksa juga menikmati sandwich terutamanya tuna sandwich. Jadi bila dah selalu sangat di sogokkan dan mula rasa sedap, itu yang membuatkan ita  terjatuh cinta dengan sandwich.





Sebenarya dah kerap kali juga ita sediakan sandwich tuna, dan ita masih lagi setia dengan resepi sandwich yang satu ini. Pada ita ini adalah resepi sandwich tuna yang paling sedap dan paling mudah di sediakan.


Selain untuk makanan atau hidangan keluarga, ia juga sesuai untuk jamuan, untuk berkelah atau juga bekalan ke tempat kerja. Anda boleh sediakan tunanya dahulu dan simpan dalam peti ais. Ia tahan lah untuk 3 hari.

Roti yang di gunakan pula sebaiknya roti yang sedikit keras. Ita lebih suka guna roti wholemeal kerana dia lebih padat dan lebih enak.



Untuk saladnya pula ita lebih suka guna green coral atau red coral. Ita juga campurkan iceberg lettuce. Iceberg lettuce ini lebih crunchy dan sedap untuk di nikmati berbanding daun salad. Anda juga boleh tambahkan purple cabbage untuk warna yang lebih menarik.

Untuk timun ita lebih suka guna Japanese cucumber kerana ia lebih crunchy dan tidak mudah berair.
Jom kita lihat apa bahan yang kita perlukan.



TUNA SANDWICH



2 tin tuna ~ Solid tuna in oil vergin
~ Isi tuna di tapis dan buangkan minyakknya. Kemudian di lenyek kasar
2 biji telur rebus

Bahan di dadu kecil
1 biji bawang Holland ~ sederhana besar
1/2 biji capsicum merah
1/2 biji capsicum hijau
4 biji cili padi ~ jika suka pedas boleh lebihkan
~ jika tak suka pedas boleh gantikan dengan cili merah, buang bijinya dan cincang halus

Bahan Sos
3 sudu besar mayonis
3 sudu besar Coleslaw
1 sudu teh pewrahan lemon
1 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh garam

2 buku roti wholemeal
kepingan Chesdale
1 batang Japanese cucumber ~ di hiris nipis
Green coral dan red coral
Iceberg lettuce ~ di hiris
Purple Cabage
2 biji tomato ~ di hiris nipis
Sedikit margerine atau butter
* untuk sayuran tu terpulang nak guna sayur apa. Kalau nak guna daun salad pun boleh juga.



Mula kita sediakan tuna dahulu
Telur yang telah di rebus di kupas kulitnya dan di lenyek halus
Kemudian masukkan tuna yang telah di tapis minyaknya dan di lenyek kasar
Gaulkan adunan ini rata
Kemudian masukkan ladi padi yang di cincang, masukkan bawang holand yang di dadu kecil, capsicun merah dan hijau yang telah di dadu, gaul rata
Masukkan pula coleslaw, mayonis, serbuk lada hitam, garam dan perhan lemon
Gaul rata
Bahan ni bila dah siap anda bpoleh masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti ais. Tahan lah 2 , 3 hari.


Cara menyediakan tuna sandwich

Ambil sekeping roti wholemeal
Sapukan dengan sedikit butter atau margerine
Kemudian letakkan 1 keping chesdale
Letakkan sayur-sayuran pilihan ( ita letak red coral dan green coral )
Kemudian letakkan hirisan timun ( ita guna japanese cucumber )
Dan letakkan hirisan tomato
Kemudian letakkan tuna yang telah kita sediakan tadi, tetak rata-rata
Ita tambahkan hirisan iceberge lettuce
Letakkan i keping lagi roti yang kita telah sapukan butter atau margerin dan kapitkan kedua-duanya
Tekan sedikit atasnya supaya ia padat
Buangkan tepi roti yang keras
Kemudian potong sandwich kepada 2 keping atau 4 keping ikut kesesuaian.
Bolehlah nak potong 4 segi atau 3 segi ikut keselesaan masing-masing.
Tuna sandwich sudah sedia untuk di nikmati.






15 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum kak ita,
Kalau xguna keju boleh x ?
Husband xmkn keju..hihihi

ASTraveller said...

aduiyai, sedapnyaaa nampak. tq share. gambar tu sangat cantik dan menyelerakan hahahaa..

Fatimah Nabila said...

bca bhan2 pun dh tau sedap..hmm..

maszull said...

assalamualaikum kak ita..wah sedapnya...boleh buat sarapan atau minum ptg kn...:)

Anonymous said...

Dah lama teringin nak buat sandwich ni.kena try juga ni.

MEGAT PANJI ALAM said...

Assalamualaikum..

tumpang tanya bahan bnyk ni utk brapa org ye bleh makan..

tq..

Unknown said...

Boleh buat utk bekalan suami p keje nie..

Unknown said...

Keju brand apa yg plg sedap ek??

katalogshoppe said...

Dulu pernah buat srkali resepi ni. Mmg best sngat. Ank2 suka. Hari ni nsb baik jumpa lg resepi ni. Nk buat utk sarapan ank2 esok utk ke tuisyen..ke latihan taekwando dan ke daki bukit. Tq sist share resepi sedap ini. 👍👍👍

Unknown said...

Tuna tu mmg x masak dulu ke?

Unknown said...

Tuna dlm tin mmg x payah masak dahulu ke?

Unknown said...

Bestnya dapat resepi bergambar:) Nak try buat untuk bawa ke picnic lah..TQ sis for the receipe..

Unknown said...

Kak ita kita share resepi ye...

Unknown said...

Senang je ni..

sakinah (SMS) said...

Wah ! sedapnya. Boleh cuba nie. Tq,for resepi 😀

Post Top Ad

test