Assalamualaikum,
Hari ni ita masak yang mudah dan ringkas aje.. Bila nampak ada kepala ikan dalam peti ais, suami cadangkan ita buat asam pedas. Biasa kepala dan bahagian ekor ita buat gulai aje.. untuk bahagian isi ita suka goreng. Ita suka sangat ikan merah, isinya sedap!. bila di goreng, isinya rangup di luar dan lembut di dalam. Kepala anak-anak tak makan.. ita pun tak makan kepala sebenarnya, sebab tu ita suka buat gulai aje kepala ikan.. dari terbuang aje kan..
Resepi kali ini ita ambil dari dapur kak Umie. Lama dah dapur kak Umie sunyi sepi tanpa berita. Sejak kembali dari menunaikan haji, nampaknya kak Umie lebih banyak di fb. Blognya kian hari kian sepi tanpa berita dan menu menarik untuk tatapan peminat setia Home Sweet Home. Walauapapun yang kak Umie lakukan kini, kita doakan semoga kak Umie terus sihat dan senantiasa bahagia bersama suami dan anak-anak yang tersayang.
Resepi asam pedas ni ada kelainan kerana selain menggunakan cili api ia juga menggunakan lada hitam. Wah! pasti dah dapat merasa kepedasan lauk kita ni..
Ita kurangkan lada hitam kerana ita takut terlalu pedas nanti anak-anak tak boleh makan pula. Ita juga gantikan daun sup dari resepi asal kepada daun kesum. Ita lebih sukan aroma daun kesum yang membuka selera.
Menurut kak Umie, resepi ini adalah resepi olahan kak Liza. Satu kelainan dan satu lagi koleksi resepi asam pedas yang harus di cuba!
ASAM PEDAS CILI API LADA HITAM
Resepi Oleh : Kak Liza
Rujukkan : Kak Umie
500 gm ikan pari ~ potong kecil ( ita guna ikan merah )
2 biji tomato ~ di belah 4
1/2 cawan air asam jawa
air secukupnya
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
daun sup ~ potong pendek ( ita gantikan dgn daun kesum )
Bahan Kisar
20 biji cili api
2 sudu besar lada hitam biji
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
2 cm belacan
2 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1 batang serai
Ikan pari dibersih dan gaulkan dengan asam limau, asam jawa dan garam sebentar.
Bersihkan semula dan toskan.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi dan masak/garing.
Masukkan air asam jawa dan air.
Biarkan mendidih.
Masukkan ikan dan garam.
Renehkan hingga kuah agak pekat dan masukkan tomato.
Seimbangkan rasa dan tutup api.
Masukkan potongan daun sup dan hidangkan bersama nasi putih.
1 comment:
nak cuba esok! tq for the nice recipe 😁😁
Post a Comment