Chicken Manggo - masam manis f

Breaking

Aug 9, 2016

Chicken Manggo


Resepi ni pernah menjadi viral satu masa dulu. Ramai rakan-rakan yang pm ita minta ita kongsikan reselpi chicken manggo ni. Di sebabkan masa ita cukup terbatas dan ada kalanya susah nak dapat buah mangga, tu yang membantutkan lagi hasrat ita untuk mencuba.

Resepi yang dikatakan berasal dari Thailand dan cukup popular di kedai-kedai makan ala Thai. Keistimewaannya adalah pada hirisan manggo yang masam manis di tambah keranggupan ayam yang enak! Hidangan ini enak di hidangkan ketika panas, masih rangup dan mangga juga masih crunchy. Kalau dah masak awal, ayam dah terendam dengan sos dah mula lembik dan manggo juga dah keluarkan air... dah kurang umph! lah kan..

Cara penyediaannya cukup mudah dan ringkas. Kata orang tu kalau bahan semua dah ada di depan mata, sekali kenyit aje.. dah jadi... mudah aje kan... bukan susah sangat nak menyediakan chicken manggo ni..

Hidangan ni pada ita enak di gandingkan dengan masakan Thai yang lain.. contohnya macam tomyam. Pilihlah mangga yang masam manis dan masih keras kerana mangga yang sudah masak ranum tidak sesuai untuk hidangan ini.

Hidangan ini pada ita seperti kerabu mangga di gaulkan bersama ayam goreng crispy. Saling tak tumpah rasnya. Bagi pengemar masakkan Thai, pasti akan menyukai masakan yang bukan sahaja enak di makan tapi cukup mudah cara penyediannya.


CHICKEN MANGGO
Resepi oleh : Dari Dapur Kak Yah

2 keping isi dada ayam 
1 ulas bawang putih
Sedikit garam
Lada sulah
Tepung jagung

Isi dada ayam dipotong dua tiga kerat. ~ Ita potong kecil kerana sukakan ayam yang rangup
Tumbuk bawang putih dan lumurkan pada ayam tersebut dan masukkan juga sedikit garam dan lada sulah.  Perap seketika.
Golek-golekkan ayam yang telah di perap, pada tepung jagung dan biar melekat pada isi ayam
Seterusnya ayam, digoreng dalam minyak yang banyak sehingga kekuningan. 
Angkat dan toskan setelah masak. Ketepikan

Bahan Sos
2 sudu besar sos Plum
1 sudu kecil sos cili/Thai
1 sudu kecil sos tomato
Potongan cili padi ~ ikut sukalah nak berapa biji
sedikit air masak suam
Gula dan sedikit garam
Parutan buat mangga muda

Campurkan kesemuanya dan rasalah biar sedikit manis

Hiasan
Parutan mangga
Parutan carrot
Untuk ditabur atas ayam manggo kita...
Pastikan ayam yang telah digoreng apabila kita nak makan dipotong-potong dahulu sebelum menghidang.







No comments:

Post Top Ad

test