Belimbing merupakan buah yang berasal dari negara yang beriklim tropika. Buahnya berwarna kekuningan bila sudah matang, dengan bentuk buah bersegi dan membentuk bintang apabila dipotong. Buah belimbing rasanya sangat menyegarkan, selain daripada rasanya yang enak, buah belimbing juga sangat baik bagi kesihatan dan juga memberikan manfaat bagi kecantikan tubuh.
Belimbing adalah salah satu buah ekzotik yang kaya dengan vitamin. 100 gram buah belimbing, menyediakan 31 kalori yang jauh lebih rendah daripada untuk buah-buahan tropika yang lain. Selain itu, ia juga kaya dengan nutrisi penting, antioksidan, dan vitamin mengandungi sejumlah manfaat untuk kesihatan, seperti berikut:
- Menyihatkan sistem pencernaan
- Mencegah Cancer
- Antioksidan
- Menuingkatkan kadar enzim
- Mengatasi tekanan darah tinggi
- Mengatasi masalah ginjal
- Mengurangkan kolestoral
Bagi mereka yang pentingkan kecantikkan, belimbing juga dapat membantu anda dalam mendapatkan kecantikkan semula jadi
Belimbing memberikan nutrisi yang baik untuk mereka yang mengalami masalah keguguran rambut. Vitamin B Kompleks di dalam kandungannya dapat menjaga rambut supaya kuat dan sihat
Vitamin C yang tinggi dalam belimbing juga dapat membantu mengurangkan proses penuaan
Belimbing dapat di gunakan sebagai masker pada wajah, langsung mengurangkan masalah jerawat. ia juga mengandungi seng yang mengurangkan kecenderungan jerawat.
JUS BELIMBING MADU
2 biji belimbing yang masak ranum
100 ml air masak
1 sudu besar gula
1 sudu besar madu asli
Belimbing di buang tepi bucunya dan di potong kecil
Satukan semua bahan dalam mesen pengisar dan kisar hingga halus
Kemudian di tapis
Hidangkan bersama ketulan ais
6 comments:
boleh cuba jus ni. ni pun duk eksperimen untuk skin :) Thanks info yang amat menarik. sukaaa sangat. :)
perghhh.. terliur tgk air ni.. hehe
Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
1. Hujung minggu
2. Giveaway Birthday By Starlavenderluna
3. Segmen: Join Bloglist Ain bulan Ogos-September 2016!!!
4. SEGMEN BLOGGER AKTIF 2016 - MARIA FIRDZ
sedapnyaa.. banyak khasiat belimbing ini ye ☺️👍
kena try ni. meleleh jugak...
belimbing makan..
tp jrng minum air dier..
nmpk sedap..klo org buat..lau sdri buat....ermmmm
^o^
Post a Comment