Chocolate Cheese Lava.. ooo.. inilah kek yang di katakan berhantu dan menjadi kegilaan ramai dan dah viral seantaro negara.
Wow! hebat penangan kek yang satu ini..
Kek yang juga di katakan ibu duit dan di jadikan sumber pendapatan bagi sebilangan suri rumahtangga dan bakers-bakers hingga di gelar kek berhantu kerana permintaan yang sangat tinggi di kalangan para pelangan dan peminat kek coklat cheese.
Tak dapat ita pastikan dari mana munculnya dan siapa yang menjadi pelopor hingga menjadi satu fenomena kini.
Hinggakan ita juga tak sanggup hanya melihat ia lalu lintas di halaman wall fb ita setiap hari.
Keinginan mencuba dan merasa begitu meluap-luap! sedap ke ?.. tak sabar nak cuba!
Hari ini ita kongsikan resepi yang hebat ini.
Resepi ini ita ambil dari Fb Chef Asma di Sini
Kalau resepi Chef Asma siapalah yang ingin menolaknya! Tiada siapa yang dapat menyangkal lagi kehebatan Chef yang telah banyak membantu suri rumah, ibu-ibu tunggal, wanita mahupun anak-anak remaja yang menyukai bidang masakan. Rata-rata ramai yang telah berjaya membina kerjaya dalam bidang masakan bermula dari menuntut ilmu dari Chef yang menjadi kesayangan ramai ini.
Tidak kiralah samaada menjual kuih talam, roti, pastry, kek ataupun biskut.
Sebagaimana yang seringkali ita ulang-ulang kata.. Jika nak menuntut ilmu .. pergilah pada yang pakar.
Kemunculan kelas-kelas masakkan dewasa ini bagaikan cendawan lepas hujan. Tidak kiralah kelas masakkan ataupun belajar secara online. Sebagai penuntut ilmu.. kita haruslah bijak dalam memilih siapakah guru yang dapat menjadikan kita hebat dalam bidang yang kita minati. Kita yang menentukan hala tuju masa depan kita. Oleh itu sekali lagi ita ingatkan pilihlah guru yang sememangnya pakar dalam bidang mereka. banyak chef-chef yang hebat yang bersedia membimbing anda. Chef Asma , Chef Amer, Chef Arm, Chef Obi adalah antara chef yang hebat yang harus anda dapatkan ilmu daripada mereka. Chef Asma sendiri banyak mengendalikan kelas masakkan yang merupakan ibu duit! Yuran kelas yang mampu milik di samping ilmu yang tidak akan anda perolehi dari guru-guru kelas masakan mee segera yang bagaikan cendawan tumbuh lepas hujan.
Ok! ita pun dah tak nak sembang banyak-banyak.. dah tak sabar nak kongsikan kek yang hebat ini!
Jom ikut ita masuk dapur, kita mulakan projek mengukus kek!
CHOCOLATE CHEESE LAVA BERHANTU
Rujukkan : Chef Asma Nordin
KEK CHOCOLATE MOIST ANIS
1 cawan susu cair / fresh milk / UHT Whipping Cream
1 cawan minyak jagung / minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula halus / gula castor
2 biji telur Gred A
Telur di pukul dengan wisk
Ketepikan
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
Satukan semua bahan kering dan ayak
Ketepikan
* Jika kek ini hendak di bakar sebaiknya gunakan UHT Whipping Cream untuk dapatkan kek yang lebih moist. Bakar dengan kaedah steam bath untuk dapatkan kek yang lembab
* Jika kek ini hendak di kukus sebaiknya gunakan fresh milk atau susu cair.
Satukan susu, minyak jagung, susu pekat, serbuk koko dan gula halus ke dalam periuk dan masak atas dapur dengan api yang perlahan hingga gula larut.
Kemudian masukkan telur yang telah di pukul terlebih dahulu dan masak sebentar atas api yang sangat perlahan. Sekejap aje..
Akhir sekali masukkan campuran tepung yang telah di ayak
Masak sebentar sambil di kacau rata dengan api yang sagat perlahan. Sekejap aje...
tutup api.
Sediakan bekas aluminium atau bekas yang tahan untuk di kukus ~ ( jika kek di kukus ) atau sediakan loyang ~ jika kek di bakar
Susun bekal aluminium dalam kukus
Tuangkan adunan 1/2 daripada bekas
Kukus dalam kukusan yang telah didih airnya selama 30 ~ 45 minit atau sehingga masak
Jika bakar, gunakan suhu 170C. Bakar secara steam bath selama 45 minit atau sehingga kek masak sempurna
Sementara kita tunggu kek kita masak, kita sediakan krim cheese
KRIM CHEESE
250 gm Cheese
500 ml UHT Whipping Cream
3 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh pes lemon ~ jika suka ( dalam gambar tak ada )
Satukan cheese dan susu pekat manis dan putar hingga adunan lembut dan sebati
Masukkan UHT Whipping Cream dan putar hingga kental.
* Pastikan jangan terlebih pukul kerana UHT Whipping cream akan mencair jika terlebih pukul
COKLAT LELEH
250 gm coklat masakkan gelap
250 ml UHT Whipping Cream
1 sudu teh golden syrup / glucose syrup / madu
1 sudu besar butter
1 sudu besar paste Hazelnut / Nutella ( dalam gambar tak ada )
1 sudu teh esen vanilla ( dalam gambar tak ada )
Satukan coklat, butter dan paste Hazelnut dalam mangkuk
Masukkan UHT Whipping cream dan golden syrup dalam periuk dan panaskan hingga timbul buih kecil tepi periuk.
Angkat dan tuangkan dalam bekas berisi coklat masakkan
Biarkan coklat mencair
Tambahkan esen vanilla dan gaul rata
Biarkan sejuk
Kek yang telah masak di biarkan sehingga sejuk sepenuhnya
Potong kek kepada 2 kepingan ( jika nak buat cheese di tengah )
Ambil sedikit cheese ( dalam 2 sudu besar) dan campurkan dengan sedikit coklat leleh. Gaul rata dan letakkan dalam piping bag untuk hiasan atas kek.
Kek yang telah di potong di letakkan cheese
Kemudian lapiskan dengan sekeping lagi kek di atas cheese
Ratakan cheese di atasnya
Simpan sebentar dalam peti ais hingga cheese keras sedikit
Bila cheese dah keras, tuangkan coklat leleh
Hiaskan atas kek dengan corak pilihan dengan menggunakan cheese coklat yang di letakkan dalam piping bag tadi.
Lorekkan dengan lidi ketika coklat masih cair
Simpan dalam peti ais sebentar hingga coklatnya keras sedikit
Sedia di nikmati
Apa tunggu lagi...
Jom kita menjamu selera..
Wow!
Lelehan coklat dan cheese... yang yummy!
Emmm..... sedapnyaaa...
Kek coklat yang sangat moist.. rasa yang sangat kaya dengan coklat
Cheese yang sangat yummy!
Terbenam gigi bila mengigitnya..
Rasa coklat yang sangat mewah!
Lelehan coklat dengan haruman vanilla dan Hazelnut yang nenusuk ke kalbu..
ya Allah.. hebat anugerah kurniaan Mu..
tida siapa mampu menidakkannya..
tida siapa mampu menidakkannya..
Memang berhantu!!
Satu scope lagi.... plsss...
91 comments:
Wah wah tak sabar nak cuba.. best ni
Tengok pun dah tau sedap. Resepi senang ja..Harus simpan. Thanks kak Ita kongsi resepi..siap dengan gambar bahan dan cara lagi. (^_^)
tq kak share resepinya...wowwi..harus coba
memang berhantu!
towing services KL/Selangor/N9/Melaka
http://gg.gg/towingservices
Sedapnyeeee..kena try ni..tq resipi nya k ita
Mengancamnya.....!!
Nina simpan dalam gobok dulu resepi nya yaa kak Ita
Assalamualaikum ita. Sorry kalau soalan saya x logic. Tapi macamana nak potong cake pd 2 bahagian kalau guna bekas aluminium? Tq
meleleh air liur tengok...harus dicuba nie..tq kak for sharing the recipe...
Salam kak Ita...kelihatan sedaaaaap sekali cakenya.
Macam russian cake ya kak, hanya berbeza di penyediaannya saja. Mesti dicoba!
Semuga Allah memberkati,merahmati dan meredhai hamba2Nya yang sentiasa memberi inspirasi dan membantu sesama hamba2Nya.. Aaminnn..
You inspired me to do good things to others.
#muliahati.. Alhamdulilah syukur.
Tq Ita sbb share resepi ni, mmg dok mencari2 resepi kek ni.. Xsabar nk cuba
salam kak ita nk tnye akak gune coklat brand ape ye utk rse coklat yg best?
Assalamualaikum kak ita.. akak guna dark chocolate tu jenama apa ye? terima kasih
bole guna tepung kek x? kalau bakar kek tu x jd moist ke?
saya mohon resepi ya puan ..tqvm
tq kak ita share resepi...saya save dulu
Puan nad kua kan laaa dlu dripda bks aluminium just so simple :-)
Assalam. Baiknya hati Ita, share step by step lagi. Nanti boleh la cuba..TQ
assalamualaikum kak ita..
aduhai sedapnya tengok kek tu pepagi ni...
memang meleleh nengoknya...
maunya satu bekas tu mkn sorang xmo kongsi ngan org..
tq akak kongsi resepi..nanti boleh cuba,insyaAllah..
sy ni penggemar coklat n cheese...nyum..nyum..nyum...
http://duniavitamintini.blogspot.my/2016/08/pengedar-shaklee-perlis.html
Sedap nya....nk cuba resepi k ita tu...
As salam kak ita..sy dh buat n rse..mmg sdap....rich of chocolate n cheese...mkn satu sudu nk lg...xleh brhenti..hehehe...nk tyelh market price brape ye...
cokelat meleleh tu yang tak tahan.. hujung mggu ni nak try jugak.. hihihi
Sedapnyaa.. Nk buat juga.. Huhuu
>>>>>Luka Kencing Manis Pulih Dalam Masa Tiga Hari!<<<<<
Salam kak kena cuba ni.Minta halalye resepi
Sedapnyaaaa........ mohon sahre kat ita...saya selalu buka blog awak...sebab sentiasa menarik dimata saya.. :) jom follow blog saya http://adindamenawan.blogspot.my ..ada jugak buat2 resepi yg best2 :)
Sedapnyaa...
sedapnya.... saya selalu buka blog azlita ni , sebab byk yg menarik, semoga berjaya terus dan terusan.. follow my blog if interested adindamenawan.blogspot.com
byk cerita2 menarik yg sy ceritakan.. :)
Kak ita..cream cheese tu pkai tatura bley x?
Boleh Lily
May I know the pan size you use? Thank you and I look forward to hearing from you.
Cheers from Melbourne, Australia
The aluminium pan size is 3' x 7'
K.ita...yg krim cheese tu mmg guna 500ml whipping cream ker? Klu nk krg kn boleh x? Mcm resepi nk buat cheese frosting tu ada beza x dua2 tu?
Sedapnya.. tq resepi
Kak azlita..butter tu untuk coklat leleh tu 1 sudu metrik ka?kalau dalam gram brp gram?
kalo saiz besar mcm ni anggaran bape rm ek kak
Sis azlita satu adunan ni dpt brpe bekas alminium tu ye
dah cuba resepi niy...mmg marbeles...huhu.. laju je abis ny, sampai tak sempat nak snap gambar...next time buat mestiii ambik gambar dulu..tqvm :)
Assalammualaikum.Mama saya dah cuba buat, Alhamdulillah menjadi dan sedap sungguh rasanya.Mama sampaikan salam terima kasih utk resepi.
kalau nak di jual brapa harga sesuai ye sis utk satu aluminium tu
Alhamdulillah..tperinci resepi sis.tqvm.nk kene g bli bhn2 tu..mmg bhntu la lps ni
Sedapnye...sy ambik resepinye yr...tq
Satu adunan ni dapat berapa bekas yer? Saiz bekas?
Sedappp tp nk buat tu kos nye utk cheese aje da mahal kan!? Huhuhu ni kalau nk jual kek cmni brapa rm yek? Any idea?
Kak...nak tanya...semua bahan ni dapat dalam berapa bekas aluminium?mohon akak reply...huhu....
knapa sya punya xjadi . dia jadi sgt manis untuk keknya . kek jadi basah ditengah 2 dan terlalu berminyak .
Omg....sedapnya.....lain bahan sume dah ada....whipping cream je xde...haishhhhh
Terjebak jugak. memang sedap kek ni
Pes lemon blh digantikan jus lemon x?
Assalamualaikum. Mmg sdppppp sgttttt..tak terkata..setiap suapan x dpt dilupakan..tk tuk resepi yg sgt sdp.
Assalamualaikum Kak azlita..bole x guna non dairy whip cream tuk dicampurkn dgn cheese ganti uht whip cream? Byk resepi guna uht dairy tuk buat cheese cream..ada beza ke?
Kak ita pernh bg resepi indulgent y boleh pilih samaada guna uht atau non dairy. Rasa ada beza sikit. Uht lebih lemak berkrim.
Agaknya dlm resepi ni pon boleh tukar jugak
Salam akak. Sye nak tanya untuk cream cheese tu boleh tak gantikan whip cream dgn susu cair. In term of texture boleh jadi tak? Mohon penjelasan kak. Terima kasih
Assalamualaikum kak, hehe saya share and save ye resepinya. Buat nya taktau bilaaa hahahhaha terima kasih kak :)
sedappnyaaa
Tq ita share resepi, anak2 cucu akk suka cake coklat
Tq share resepi.ank n cucu akk suka sngat cake coklat leleh
Kak ita,
Saya dah cuba.
Sedappppp sangat!!!
Tq for the recipe..
this cake is very delicious!! already made this last nite..the cake and the cream are just the perfect combination !! love it! Thanks a lot to this blogger for sharing this recipe..
Sedapnya..seronoknya kl ada org tlg watkan hehe
Assalammualaikum.. saya tolong jawab ye.. susu cair dan whipping cream sangat berbeza sebab whipping cream dia boleh gebu kembang kalau kita whip pakai whisk atau mixer tapi susu cair memang tak kan kembang gebu.. harap jawapan saya membantu.. terima kasih..
Kak trm ksh respinya. Minta hlal ya, dh lma cri respi ni. Tq kak ita.
sis...macam mn cara sis potong kpd 2 bahagian? x lembik sgt ke kek nya? tq
Alhamdulillah... Tqsm ita share resepi... Dh lama dgr citer psl kek ni... In shaa Allah blh try... 😊
Bisa ga di simpen d freezer keesokan hari baru d hangatkan di microwave tau oven?
Blh tak dibuat 1 whole cake bukan saiz kecik?
Mantap. Mau coba juga in syaa Allah
betul saya pon nak tanya soalan sama.. saya buat cam terlalu most tak dapat keluarkan sbb melekat.. cane nak keluarkan ek? saya stim kek tu.. awak bakar ke stim? tapi sbb utk family makan sbb sedap.. anak dan husband suka..
Assalammualaikum kak ita.. nak tanya, saya stim kek ni tapi tak dapat keluarkan.. melekat.. macam mana nak keluarkan kek ni? kak ita ada sapu minyak ke dalam loyang? terima kasih kak ita.. saya buat dia agak lembap dan padat lepas tu lama nak masak, tengah tak masak sangat.. mungkin bekas besar sangat kot saya pakai.. hehe..
MasyaaAllah ... awesome sungguh kek ni. Tq for sharing dear.
Utk memudahkan kek dikeluarkan dari bekas aluminium tu,masa peringkat awal lapikkan bhg bawah dgn baking paper dan sapu sedikit butter/shortening d keliling .Buat mcm spt mana yg biasa kita buat jika guna loyang .
Utk memudahkan kek dikeluarkan dari bekas aluminium tu,masa peringkat awal lapikkan bhg bawah dgn baking paper dan sapu sedikit butter/shortening d keliling .Buat mcm spt mana yg biasa kita buat jika guna loyang .
Utk memudahkan kek dikeluarkan dari bekas aluminium tu,masa peringkat awal lapikkan bhg bawah dgn baking paper dan sapu sedikit butter/shortening d keliling .Buat mcm spt mana yg biasa kita buat jika guna loyang .
wow,so good.tak saba nak rasa kek hantu ini
12345678910
wow, tak saba nak rasa kek hantu ni.
1,2,3,4,5,6,7,8,9,10
Wow! is cooking so delicious.
thank you for sharing the recipe to us!!!
WOW THIS IS SO DILICEUOS.THE CHOCOLATE IS LIKE A LAVA
WOW THIS IS DELICEUOS . THE CHOCOLATE IS LIKE A LAVA
Wow!is cooking so delicious
wow, tak saba nak rasa kek hantu ni.Mmmm.
Wow!is cooking so delicious
WOW THISIS SODELICEUOS
18379147374 GOOD !!!!! I WANT TO LIKE 999999999 GOOD
WOW,KEK HANTU NI SUNGGUH SEDAP.MMM
Cantik tertarik menarik...kau mmg the BOOM!!!
Sedap sangat ni...saya nk cuba resepi ni ye kak...mohon halalkan resepi
boleh tahu berapa ukuran size bekas aluminium foil tu?
boleh saya tahu size bekas aluminium foil ni ?
Salam ita, tq very much share resepi ni,seriusly sedap giler.budak opis pon suka makan.Ikutkan ni 1st time buat kek ni.Sy buat style kukus dan sy buat yg kek coklat tu saja tanpa cheese,sebab anak tak suka cheese.Bila nk mkn tu baru dip dgn coklat.bdk2 suka.sy buat utk kek bufday diorg.konon nk mkn style absolute choc tu yg viral kat IG, sy buat sendiri lebih kurang rasanya.alhamdulillah.syukur..ada gambar kek yg sy buat tp tak leh nk post kat sini.Minta halal kan ilmu ni ya.
Saya rasa, masa masak/kukus, ttp bks kek dgn plastic wrap...saya bt sblm ni ok.
Saya rasa, masa masak/kukus, ttp bks kek dgn plastic wrap...saya bt sblm ni ok.
Post a Comment