Lamanya rasa tak makan lauk kampung macam ni. Kalau masak lauk kampung ni.. memang bertambah-tambah nasi di pinggan. Teringat suasana di kampung yang telah lama di tinggalkan.
Nak cari pucuk kayu kampung memang agak sukar di kawasan pembangunan sekarang. Terpaksa pergi ke pasar tani atau pasar besar untuk dapatkan pucuk kayu dan ulam-ulaman kampung. Harganya pun boleh tahan jugak sekarang.. tak heranlakan sekarang ni.. bahan semua memang melambung naik harganya.. taraf hidup pun dah semakan meningkat.. hinggakan pucuk-pucuk kayu dan ulam-ulaman yang bersepah dalam semak di kampung dulu sudah ada harganya di pasaran.. kalau kat kampung dulu.. petik aje di semak belakang kebun getah atau kelapa sawit. Sekarang nak cari punyalah payah...
Alhamdulillah anak-anak ita cukup mengemari masakkan kampung. Bila kita latih mereka dari kecil, tak adalah kekok nak menikmati masakkan kampung. Malahan kadang kala mereka yang sibuk suruh ita masak lauk kampung macam pucuk manis, sayur turi, pucuk paku, pucuk ubi , sayur nangka dan lain-lain.
Bila makan dengan nasi hangat, pasti bertambah-tambah dan berpeluh-peluh di buatnya. Sayur pucuk paku ni kalau nak masak kenalah beli banyak. Sebab bila di buat lauk jadi sikit aje dapatnya.. Ita kebiasannya suka tumis dahulu.. ada yang tak tumis terus aje bubuh dalam periuk dan rebus. Ita ni suka tumis sebab sukakan bau harum tumisan tu.. berselera rasanya bila bau tu bangkit.
PUCUK PAKU MASAK LEMAK CILI API
2 ikat pucuk paku
1 cawan santan pekat
1/2 cawan ikan bilis atau udang kering ~ rendam hingga lembut
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
6 tangkai cili api ~ kalau suka pedas boleh lebihkan
1 inc kunyit hidup
Air secukupnya
garam secukup rasa
Pucuk paku di bersihkan, ambil daun pucuk dan batang yang lembut sahaja. Cuci bersih dan toskan
Bawang merah, bawang putih, cili api dan kunyit di kisar atau di tumbuk halus
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan tumbuk hingga harum
Tambahkan air dan biarkan didih
Bila didih tambahkan santan dan senantiasa di kacau
Akhir sekali masukkan pucuk paku dan garam secukup rasa
Bila pucuk dan lembut angkat dan hidangkan dengan nasi, ikan dan sambal belacan.
6 comments:
sedap nyerrr!!
Saya suka ni
Ikan bilis letak masa bila... dlm cara2 tu xde pun letak
Tengok pun dah salero.
Bolum makan lai
Masukkan time tumis cili tu
Kalo masak style negeri sembilan, tak payah boh bawang
Post a Comment