Apam Tembam Apam Kampung - masam manis f

Breaking

Jan 10, 2017

Apam Tembam Apam Kampung




Pagi ni kita sarapan dengan apam kampung aje...  Apam orang dulu-dulu zaman tok nenek kita.. Apam lama yang mudah di sediakan.. main campak-campak aje.. tak ada sukatan yang tepat pun kalau orang dulu-dulu buat kuih.. tapi yang hairanya menjadi aje kan..? itulah berkat memasak dengan kasih sayang.. Insyaallah hasilnya pasti menjadi kesukaan anak-anak dan di ingati sampai bila-bila.. Berkat air tangan ibu gitu...

Apam kampung ni.. adalah kuih kesukaan atuk ita. Selalu kalau duk rumah tok, mesti dia buat kuih apam ni.. senang kot buatnya.. makan pun kenyang. Tapi biasanya apam ni atuk ita kalau makan dengan kelapa dan ikan kering, atau di cicah dengan sambal tumis. Jadi dah menjadi kebiasaan bagi kami makan apam cicah sambal tumis macam makan roti..



Sebabnya apam ni agak mengkal sikit berbanding apam moden sekarang yang lebih lembut. Rasanya juga tidak manis sangat, jadi sesuailah kalau cicah dengan sambal, kari atau asam pedas. Memang makan sampai kenyang.. Kalau dah makan apam ni.. memang tak makanlah tengahari tu... Biasalah atuk.. dia tak nak cucu dia lapar.. jadi ada aje makanan yang di sediakan untuk mengalas perut cucu-cucu kesayangannya.

Hari ini ita terpanggil untuk menyediakan apam tembam Mat Gebu ni...  Geramnya melihatkan apam Mat Gebu yang tembam tu..... Inilah penangan bila dok mengadap FB. Asal nampak kawan-kawan masak dah terliur... nak mintak sikit... jauh lah pulak.. haha


Jadi kalau dah anak tekak ni melonjak-lonjak nak merasa... terpaksalah merajinkan diri memasak.. Sekurang-kurangnya hilanglah kempunan nak merasa apam kampung atuk ita... Tulah masa arwah ada dulu tak pulak nak menanya macam mana nak membuatnya... dah tua-tua ni barulah terasa nak makan apam kampung atuk ni...

Jomlah kita intai bahan-bahan dan bagaimana nak sediakan apam kampung tembam yang mudah dan ringkas ni.



APAM TEMBAM / APAM KAMPUNG
Resepi Oleh : Adnan Ibrahim

1/2 cawan gula melaka atau gula perang
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
1 helai daun pandan di simpul

Satukan bahan ini dalam periuk dan masak sampai gula larut
Sejukkan, dan tapis. Pastikan dapat 2 cawan air gula ni, kalau kurang tambah sikt air jadikan 2 cawan



11 gm yeast
1 sudu teh gula
1/2 cawan air suam

Satukan semua bahan ini, kacau rata dan perap selama 10 minit. Ia akan berbuh-buih dan naik sekali ganda

4 cawan rata tepung gandum
secubit garam
1/2 cawan air


Satukan tepung dan garam dalam bekas
Buat lubang kat tengah dan tuangkan yeast yang telah di perap tadi.
Gaul rata
Tuangkan air gula dan gaul rata
Tuangkan 1/2 cawan air lagi dan gaul rata sampai tidak berbentil. Kalau susah boleh masuk dalam blender, tapi jangan masuk semua.. kena masuk sikit-sikit sebab adunan kental blender susah nak berpusing. Kalau nak guna hand mixer pun boleh.



Kemudian tutup ( tutup dengan tudung yang tinggi sebab adunan akan naik ) dan perap adunan selama 1 jam hingga ia nak 2 kali ganda
Sediakan loyang 11 inc yang telah di sapukan minyak
Tuangkan adunan dalam loyang
Tutup loyang dengan kertas aluminium supaya air kukusan tak menitis atas apam.
Kukus dengan api besar selama 40 minit
Bila dah masak, tunggu sejuk baru potong
nak mudah potong, sapukan sedikit minyak pada mata  pisau

* Adunan ni dapat banyak ya, jadi kalau terasa keluarga tak berapa ramai, atau tak ramai yang nak makan, sila lah buat 1/2 daripada sukatan bahan-bahan dan guna loyang kecik sikit.








9 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Assalam Kak Ita, dulu arwah abah sy petang2 rajin tau buat apam ni. Sy lah tukang pegi kedai beli kelapa parut dengan tepung gandum, hahaha

Warisan Petani said...

Kecik2 dulu selalu sarapan/minum petang apam kampung ni.

cikkyra90.blogspot.com said...

sedapnya. dah lama betol mak tak buat ni. baca sini kan, terus request dekat mak buatkan nanti. haha :P

Adam said...

Saya suka apam ni.

Gee® said...

Apam ni memang sedap kan Ita... arwah nenek gee dulu pon suka buat kuih ni... masa kecik2 dulu bila balik kampong selalu kuih ni yang menjadi juadah...berebut2 kami adik beradik... nostalgia lah apam kampung ni...

Unknown said...

Share recipe...tq

Unknown said...

Dah terkeluar ayaq liuq cek. teghuih kacau tepung. esok nk kukuih. tima kasih lah ita noo.

Unknown said...

Nak cuba.buatlah

azisue said...

kuih paling sy mnat..

Post Top Ad

test