Kasui Goyang - masam manis f

Breaking

Jan 6, 2017

Kasui Goyang




Assalamualaikum..

Jika semalam kita dah menikmati keenakkan kuih koci yang lembut dan meleleh-leleh.. hari ini satu lagi resepi kuih tradisional yang menjadi kesukaan ita. Kuih yang banyak nolstagia dan kenangan ita bersama emak yang sangat ita sayangi.

Kuih inilah yang emak buat jualan untuk sama-sama membantu meringankan beban bak yang pada masa itu pendapatan tak lah besar mana dan tanggungan pula ramai. Kuih inilah yang juga menjadi sarapan ita kesekolah setiap hari. Walaupun begitu ita tak pernah rasa jemu.. mungkin berkat air tangan seorang ibu yang masak dengan penuh kasih sayang.



Ita berkesempatan untuk menimba ilmu kuih tradisi keluarga ini. Pelbagai tip dan petua yang emak kongsikan pada ita.. Beruntung ita dapat seorang ibu yang pandai memasak dan air tangan emak ita memang terbaik.. bukan ita saja nak puji tau! tapi memang keluarga sebelah bapa dan juga jiran tetangga semua sukakan air tangan emak. Ita pun suka.. sangat-sangat suka.. tapi bila dah berkeluarga ita seakan segan nak minta mak masakkan.. walaupun ada masanya anak tekak ita melonjak-lonjak nak merasa kenikmatan air tangan seorang ibu. Ita pendamkan saja kempunan anak tekak ni.. biarlah emak berehat.. dah terlalu lama mak berkubang di dapur.. masa senja ni.. biar emak rehat sepuas-puasnya sambil melakukan amal ibadah.


Menurut emak lagi, untuk dapatkan kuih kasui yang hitam keperangan.. pilihan gula merah amatlah perlu di titik beratkan. "Pilih gula perang atau gula merah yang kehitaman kalau boleh cari yang lama, yang dah basah pun tak apa kerana lagi lama gula perang itu... lagi cantik warna kuih kaswi kita nanti.... jadi tak payahlah nak tambahkan pewarna untuk dapatkan warna hitam" Setiap butir bicara emak senantiasa segar dalam ingatan ita.

"Kuih kaswi yang cantik adalah kuih kaswi yang berkilat.. lembut bila di nikmati dan sedikit liut bila di kunyah .. " terang emak dengan panjang lebar sewaktu mengajar ita menyediakan kuih kaswi.
Tak heranlah permintaan untuk kuih kawi emak mendapat sambutan yang di luar jangkaan. Setiap kali ita menghantar kuih kasui emak di warong Mak Long, pasti ramai yang telah menunggu. Dan bakul kami tak pernah pulang bersisa. Hebattt... mak!

" 87.. 88.. 89.. 90.. " ita menyusun kuih kaswi di dalam raga. " dapat duit kuih ni nanti .. mak belikan kasut sekolah baru ya.. kasut intan dah berlubang.. nanti hujan habis basah setokin.. kecut kaki tu nanti.." kata lembut emak menusuk ke sanubari ku.. "Ya allah berikan lah kesihatan yang baik pada ibuku... sayangilah dia... sebagaimana dia menyayangi aku dari sebesar ibu jari.... "  mataku mula berkaca.. mahu saja kupeluk erat emak..




Alamak.... ! nangis lah pulak.. karang tak siap pulak projek kita nak buat kuih kaswi ni...
Ok hari ini ita kongsikan kuih kaswi goyang.. Sebenarnya kuih ini ita terpandang kat fb Nor Hayati Ramlan teruja pulak nak mencuba. Ita teruja bila dalam resepi guna kicap manis.. uik! pelik ni.. harus di cuba. Walaupun ita dah terbiasa dengan resepi mak, tapi ita kadang suka juga mencuba resepi kawan-kawan. kalau nampak ada kelainan aje.. terus terasa nak cuba!

Resepi di kongsikan oleh Lyn Abd Rahman , tengok Lyn makan aje.. dah terluir di buatnya.. Bergoyang-goyang.. macam goyang Inul..
Kepada yang belum cuba bolehlah cuba.. !


KASUI GOYANG
Resepi Oleh : Lyn Abd Rahman

1 1/3 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan tepung ubi
5 cawan air
1 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
Sedikit kicap pekat manis ( ita letak 1 sudu besar kicap pekat )
2 helai daun pndan
1 sudu teh kapur makan ( bukan air kapu ya )

Masak gula pasir dan gula merah bersama air dan daun pandan yang telah di simpul


Masak sampai gula laur dan air didih
Bila dah didih biarkan suam , kemudian baru sukat dapatkan 5 cawan. Kalau tak cukup tambahkan sedikit air suam
Satukan tepung ubi dan tepung gandum dalam bekas, tuangkan air gula dan gaul rata.
Letakkan kapur dan kicap
Gaul rata dan kemudian di tapis
Tuang dalam loyang 10 X 10 inc yang telah di sapu minyak masak dan di lapis plastik
Kukus selama 25 minit atau sehingga masak
Sejukkan sebelum di potong.

Kemudian gaulkan bersama kelapa parut putih yang telah di gaul bersama sedikit garam
Sedia di hidangkan

Ita buat dalam acuan lompang. nampak kuih ita ada lesung pipit lah.... sukanya... goyang.. goyang.. goyang... goyang....








18 comments:

Sis Lin said...

Assalam Kak Ita..
waaa kita nak cuba gak laaa, teniu share kak.
Smlm bikin bingka ubi resepi kak, menjadi dengan jayanya hehhehe

Unknown said...

Assalammulaikum kak Ita,
1 1/3 tepung gandum
1 1/3 tepung ubi
Guna ukuran cawan ka?

Azlita Aziz said...

waalaikumussalam
ya ukuran cawan, akak dah betulkan di atas tu. maaf ya tak perasan tadi :)

Azlita Aziz said...

Waalaikumussalan
Alhamdulillah.. terima kasih Sis Lin sudi mencuba resepi yg akak kongsikan.

ila said...

As salam k.ita..sy juga turut sebak bila sy baca coretan k.ita..sedih la kak...berkat pengorbanan mak k.ita..k.ita berjaya sehingga ke hari ini...mmg air tgn seorg emak tiada tandingan kan...

adda syuhada said...

Kaswi...mmmm yummy.

intanrh said...

Assalam Sis, nampak sangat sedap dan menarik kuih kasui goyang ni, one of my favourite jugek. Thanks for sharing tapi buat nya ntah bila, tak de bakat buat kuih ;)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Wahhhh.. ni boleh bagi nama baru, lompang kasui bergoyang.. heheheh. Sebak baca kisah ibu kak ita

nor said...

Salam
Kuih kasui dgn kuih lompang sama ke? Sebab acuan sama.. arwah mak saya selalu buat...

faircharmlady said...

Salam. Betul ker tu, kena letak kicap? Tq

Unknown said...

As salam kak ita...tq sngt2 sudi cuba resepi kesui goyang lyn na.....malu taw otai try ...Hihihik....

Anantara said...

Sangat menyentuh hati membaca cerita tentang ibu Ita. Terkenang ibu saya juga. Dan terima kasih banyak utk resepi kuih kegemaran saya ni. Cuma nak tanya, kapur makan itu apa? Saya cuma tau air kapur. Terimakasih Ita.

Bila Hati Berbicara said...

kak ita...1st time tau letak kicap...apa fungsi kicap kak...tp kaswi mmg fav...nyummmm...nyummmm

amrulazmi said...

Tepung gandum dgn tepung ubi sukatannya sama banyak ya?

Unknown said...

Da 2 x bt gna resepi akk...alhamdulillah mnjd dgn jyanya...trma ksh ye k.ita...

Unknown said...

Alhamdulillah..sy buat menjadi kak it's.. Terima kasih ye😊

Unknown said...

Alhamdulillah..sy buat menjadi kak it's.. Terima kasih ye😊

Yasmin said...

Alhamdulillah menjadi resepi kuih kaswi ni.. Terima kasih kak.. ❤️

Post Top Ad

test