Assalamualaikum
Lama tak update cerita kelas ita kan. Ya Allah betapa sibuknya ita sejak kebelakangan ini, hingga kadang kala ita tak sempat nak masukkan gambar kelas. Ramai student yang dah menjerit-jerit " mana ni kak ita gambar kelas tak masuk lagi.." Kelas tahun lepas pun masih ada yang belum terupdate lagi..
Maaf lah sangat-sangat kerana kak ita tak sempat-sempat nak edit gambar. Taulah kan kalau nak masukkan gambar nak kena edit nak kena touchup sana sini. Maklumlah bila dah penat seharian mendeco.. muka berminyak-minyak... jadi kenalah touchup sikit bagi molek ya dak..
Ada gambar yang dah hilang pulak tu.. sedihnya.. tak tau nak jawab apa dengan student kak ita.. Sebenarnya komputer kak ita rosak, jadi bila hantar kedai dia setting balik .. habis gambar yang tak sempat di save dah hilang macam tu aje.. frust sangat.. sangat tapi nak buat macam mana kan... sabar ajelah..
Ok lah kak ita nak cerita pasal kelas figurine kak ita pada 8 januari yang lalu. Private Group Figurine Class yang terdiri dari 5 orang student dari Singapura dan Johor Bahru. Terima kasih kerana sudi menghadirkan diri untuk sama-sama belajar membuat figurine.
Kelas berlansung dari pukul 9 pagi hingga pukul 8 malam. Wow! lama kelas ni.. tapi seronok walaupun ada yang tak berapa sihat. Ada yang nak pulang awal kerana bimbang tersangkut pada kesesakkan lalu lintas di seberang tambak.
Apa yang kak ita seronok, mereka semua dah bijak bermain dengan fondant. Figurine yang di hasilkan penuh dengan karektor tersendiri. Rata-rata sudah dapat membentuk identiti sendiri dalam menghasilkan watak figurine masing-masing.
Dalam kelas figurine ni, kak ita memberikan kebebasan 100% kepada pelajar dalam membentuk karektor masing-masing. Kak ita cuma guide mana yang perlu supaya pelajar dapat memahami apa yang cuba di sampaikan dan bila pulang nanti mereka dapat menghasilkan pelbagai figurine dengan sedikit ilmu asas yang kak ita sampaikan.
Biasanya setiap pelajar yang sudah masuk kelas kak ita, kak ita senantiasa monitor. Kak ita selalu intai hasil kerja mereka. Kadang kak ita rasa cukup terharu bila melihat mereka sudah mula dapat mengkreatifkan diri dalam menghasilkan produk masing-masing.
Jangan tak tau.. ada student kak ita yang dah mula menjual figurine mereka tau! kagum sangat kak ita.
Dalam kelas ini juga kak ita mengajar bagaimana nak buat gumpaste sendiri. Gumpaste kak ita adalah 50-50 gumpaste. Hasinya figurine yang di hasilkan lebih halus, lebih mudah di bentuk, lebih ringan yang membuatkan figurine dapat berdiri di atas kek dengan tidak risau ia akan melentok, lembik atau berubah bentuk asal.
Gumpaste kak ita juga tidak mudah cair walapun cuaca pada musim tengkujuh. Tidak melekit bila cuaca hujan dan sangat stabil. Jadi tak perlu risau. Kak ita akan ajar membuat figurine dalam kelas dengan sentuhan personal coaching one by one. Insyaallah bila melangkah aje keluar pasti dah dapat menghasilkan figurine dengan karektor anda sendiri.
Terima kasih kepada semua peserta yang mengambil bahagian. Semoga semuanya berjaya dengan kerjaya dan passion masing-masing. Jika ada salah dan silap, terkasar bahasa , tergurau senda, kalau ada terkurang di pihak kak ita dan Team Masam Manis, kak ita dengan rasa rendah diri mohon ampun dah maaf. Semoga kita berjumpa lagi.
Anda berminat untuk mempelajari kaedah membuat figurine yang comel. Dengan memggunakan gumpaste yang ringan , mudah di bentuk, dapat menghasilkan figurine yang lebih halus dan licin dan yang paling utama figurine anda dapat berdiri di atas kek dengan mudah.
KELAS BASIC FIGURINE
TARIKH : 12 FEBUARI 2017
LOKASI : MASAM MANIS CAKE SALON JB
MASA : 9 PAGI HINGGA SELESAI DECO
Apa tunggu lagi..
Di Masam Manis kami akan mengajar anda dengan kaedah personal coaching one by one.
Berminat !!
Whatsapp 018 7691544 untuk dapatkan butiran lanjut dan info kelas terkini.
8 comments:
Wah cantiknya kek. Best ni tq sebb sudi upload.
Jemput ke website kami ye..
http://raiza-catering-services.blogspot.my/
kak ita still guna no hp tu lgi ke x reply msj pon
wahh, kelas ni tak de buat kat KL ke kak?
Alhamdulillah. Masih boleh jenguk blog Ita yang ini.
Kak ita... Secara jujurnya dr blog kak ita sy belajar bakery dan masakan... Resepi yg tulus dan sgt ikhlas penerangannya.. Skrg saya sudah berjaya bkk kedai mkn.. Wlau pun hanya layak dipanggil gerai kampung...tp Alhamdulillah kedai sy selalu full house.. Sy doakn kak ita dimurahkn rezeki.. Allah yg mampu balas jasa kak ita sudi kongsi ilmu melalui blog inu.. 01113002790

Post a Comment