Kuih Koci Meleleh - masam manis f

Breaking

Jan 5, 2017

Kuih Koci Meleleh



Assalamualaikum

Hari tu.. semasa pulang ke Kota Bharu, ada lah adik ipar tanya kak ita tau tak buat kuih koci meleleh. Katanya kuih koci memeleh ni tengah hot di Kelantan. Ramai kawannya yang jual kuih koci meleleh katanya.

Kuih koci ni kalau di Kota Bharu biasanya intinya kacang, jadi macam tak berapa best lah..  adik ipar ita ni pula , dia dah lama tinggal di JB jadi dah biasa makan kuih koci Johor yang intinya kelapa. Itu yang bila ada orang jual kuih koci ala Johor, dia tak lepaskan peluang.. dah lama benar mengidam nak makan kuih koci Johor katanya lagi.. . Selalu lah dia beli.. sedap katanya lembut , tak kenyal macam koci biasa tu.. dan meleleh-leleh santannya.



Katanya lagi kuih koci tu warna kuning.. sedap sangat.
OOOooo... kalau kuih koci yang warna kuning tu koci labu atau koci keledek oren.
Kebiasannya kalau orang buat kuih koci menggunakan tepung pulut. Kalau yang putih tu tepung pulut aje lah.. kalau yang hitam tu di campurkan dengan pulut hitam. Jadi kuih kocinya liut-liut gitu. Kalau orang tua yang pakai gigi palsu tu kena hati-hati sikit takutlah kalau gigi palsu tu tertanggal masa makan kuih koci ^_^ maklumlah ianya liut-liut dan kenyal-kenyal gitu..

Tapi ita kebiasannya, bila buat kuih koci ita tak menggunakan tepung pulut sepenuhnya, biasnya ita campurkan keledek atau sedikit kentang yang di rebus, jadi tak lah liut sangat. Rasanya lembut dan enak di nikmati.

Hari ni ita kongsikan resepi kuih koci lembut dan meleleh. Resepi ini di kongsikan oleh Chah. Dalam resepi ni Chah menggunakan labu, sebaliknya ita menggunakan keledek oren. Untuk resepi ni, anda boleh gunakan keledek oren atau guna labu. Ada sesetengah orang tak suka rasa labu, jadi bolehlah gunakan keledek oren atau keledek putih.

Jom kita intai resepi dan kaedah menyediakan kuih koci meleleh ni.



KUIH KOCI MELELEH
Resepi oleh : Chah

Untuk Inti

1/2 biji kelapa parut ( putih sahaja ~ pilih kelapa yang agak muda )
2 -3 keping gula melaka ( 1 cawan )
Gula pasir (1/3 cawan - jika kurang manis boleh tambah )
2 helai daun pandan dikoyak dan disimpul
Air kelapa (juga boleh digantikan dengan air kosong biasa)
1 sudu besar tepung gandum


Masak gula melaka , sedikit gula pasir dengan air kelapa hingga gula hancur.
Masukkan simpulan daun pandan.
Masukkan kelapa dan masak dengan api perlahan hingga kelapa agak kering dan melekit.
Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata.
Masak hingga agak kering.
Sejukkan.




Untuk Doh

1 cawan labu yang telah direbus dan dilenyek
1 1/4  cawan tepung pulut
Sedikit garam halus


Keledek atau labu di kupas, kemudian di rebus dengan sedikit garam dan air
Angkat seteleh empuk dan toskan airnya
Lenyekkan labu
Gaulkan Keledek bersama tepung pulut dan sedikit garam
Uli hingga menjadi doh

Inti kelapa yang kita sediakan tadi kita uli sebesar guli
Leperkan doh dan letakkan inti
Kemaskan dan bulatkan semula, ketepikan

Untuk Santan

1 cawan santan
1 sudu teh tepung beras
secubit garam


Campur tepung dengan santan dan kacau hingga sebati.
Masak dengan api perlahan. Masukkan garam.
Apabila sudah timbul buih-buih kecil (mendidih sedikit) tutup api dan ketepikan
Masukkan doh yang telah di letakkan inti dalam santan
Sediakan daun pisang yang di potong bersaiz 10 x 12 ( 10 inc panjang dan 12 inc lebar )
Daun pisang hendaklah di layurkan terlebih dahulu sebelum di potong. Jangan lupa untuk cuci bersih daun pisang.
Kemudian sapukan sedikit minyak pada daun pisang ( bahagian yang nak letak kuih )
Sekarang bolehlah kita mulakan proses membungkus



Daun pisang di sapukan sedikit minyak
Letakkan doh yang bersantan di tengah-tengah daun
Dan lipat kemas. 
Kelepitkan di bahagian hujung daun sebelah kiri dan kanan lipatan
Kemudian lipat ke bawah kemas
Ulang proses yang sama dengan bahagian yang sebelah lagi
Kemaskan


Susun dalam kukusan
Kukus kuih dalam kukusan selama 15 minit atau hingga kuih masak
Angkat dan sejukkan


Kuih koci sedia di nikmati untuk minum petang, sarapan pagi mahupun untuk jamuan dan kenduri-kendara.





12 comments:

umi's cup cake said...

salam kak ita,
kalau adunan byk ni dapat berapa ketul?

Gee® said...

meleleh dah ailior kite...

Jay Jari Manis said...

Assalam Puan Ita, untuk adunan inti, berapa sukatan gula diperlukan untuk 1/2 cawan kelapa n 1 cawan gula Melaka tu ye... Maaf atas kemusykilan ini... terima kasih di atas perkongsian ilmu....

cikkyra90.blogspot.com said...

sedapnya.....nak! hehe
baru saya tahu versi kelantan intinya kacang ye

Azlita Aziz said...

Waalaikumussalam Umi. Akak buat dapat dalam 30 biji ++ bergantung juga pada saiz kuih kita bulatkan

Azlita Aziz said...

Waalaikumussalam Jay

Untuk kelapa tu, adunan gula tu agak-agak aje. Kita rasa manis dia kalau kurang tambah. Tapi akak buat 1 biji kelapa, akak letak 1 cawan gula merah dan 1/2 cawan gula pasir. Kalau gula tu berketul dan bautkan kelapa likat, tambah lagi sedikit kelapa. Tapi adunan ni dapat banyak lah. Tapi jgn risau blh simpan untuk kuih yang lain pula :)

Azlita Aziz said...

Ya Cikkyra, akak pun bila makan kuaci di kelantan dalamnya kacang merah kdg kacang hijau :)

Unknown said...

Alhamdulillah akhirnya dapat juga mengintai blok kak ita ni sy ni peminat seni akak air tangan akak cukup memukau syukur tapi sy ni suka tengok je tk pndai tk berseni

Unknown said...

Alhamdulillah akhirnya dapat juga mengintai blok kak ita ni sy ni peminat seni akak air tangan akak cukup memukau syukur tapi sy ni suka tengok je tk pndai tk berseni

Unknown said...

emm...nampak sedap, mudah pula nak buat. Terima kasih pn atas perkongsian resepi kuih koci meleleh ni.

z4ki4h said...

As Salam Kak ita... kuih koci ni boleh frozen kan x?

Unknown said...

1 pek tepung pulut boleh dpt dlm 38 pcs .....kalau 1 cawan tepung ni anggaran 10pcs kut....

Post Top Ad

test