Assalamualaikum
Lama rasanya ita tak jengah blog kesayangan ita ni. Kesibukkan yang tiada penghujung dan masa yang cukup-cukup terbatas membuatkan blog ini menjadi sunyi sepi tanpa berita. Terima kasih kepada kakak-kakak, adik-adik, anak-anak, rakan-rakan dan follower ita yang tak pernah jemu mengunjungi blog picisan ini dan sentiasa mencuba resepi yang telah ita kongsikan.
Alhamdulillah, pejam-celik, pejam celik dah hampir tujuh tahun ita menerajui Masam Manis. Dari blog hingusan yang tak pernah di pandang, bertatih dan menapak, hingga kini ita berasa sangat bersyukur dan bangga dengan blog yang cukup sabar menagkis setiap cabaran dan dugaan yang datang silih berganti.
Sebenarnya , hari ini ita terpanggil untuk bercerita sedikit pengalaman ita sepanjang ita bergelar seorang blogger, dari mula menggunakan camera compak hingga kini menggunakan camera DSLR, dari seorang suri rumah, tukang masak untuk keluarga, berjinak-jinak dengan dunia bakery dan kini menjadi seorang tenaga pengajar di Masam Manis Salon.
Walaupun profesion ita bertukar silih berganti kerana sifat ingin tahu ita yang cukup menebal, namun ita masih lagi seorang blogger.
"Aku Seorang Blogger"
Ita berasa bersyukur kerana sifat ingin tahu ita yang membuak-buak inilah yang membuatkan ita telah mengeksplore banyak pengalaman. Dari seorang suri rumah yang ingin mencuba resepi.. ibu yang terasa teringin menghidangkan menu yang enak dan lazat buat keluarga tercinta, dan akhirnya berkongsi di alam maya, apa yang telah di cuba untuk di rasa oleh rakan-rakan yang lain. Akhirnya minat ita terhadap dunia masakkan di jelmakan dalam sebuah blog yang pada mulanya di berikan nama " From Intan Kitchen " dan di tukar kepada Masam Manis yang di rasakan blog yang bakal melalui banyak pengalaman masam dan manis sepanjang mengemudi setiap pelayarannya.
Sauh telah di naikkan, layar sudah di bentangkan..
Minat ita terhadap dunia fotographer sedikit sebanyak membantu ita dalam menghasilkan blog yang pada mulanya di buat atas dasar suka-suka...
Hobi memasak ita gabungkan bersama photo masakan yang ita rakamkan yang pada mulanya bertujuan untuk simpanan sendiri dan di jadikan koleksi peribadai untuk kegunaan di masa hadapan. Namun siapa sangka, blog suka-suka ini di terima baik di kalangan pengemar masakkan dan kini menjadi follower yang cukup setia mengunjungi blog Masam Manis setiap hari.
Walaupun manis sudah mula terasa , namun masam mula menyinggah. Blog ita mula menerima banyak kecaman dari kalangan blogger masakkan yang lain. Hingga ada yang menyatakan ita nak tarik perhatian, giler glamour, perasan nak jadi popular.. padahal tidak sekelumit pun perasan itu pernah singgah di hati ini. Apa yang ita tahu.. apa yang ita suka .. ita akan lakukan dengan bersungguh-sungguh tanpa mengharapkan apa-apa kata pujian dan penghargaan. Pesan mak, senantiasa ita ingat.." buat apa yang kita suka.. bukan buat apa yang orang suka".
Ita rasa sangat bangga dan terharu, bila blog yang di kutuk , di hentam .. yang di katakan giler glamour ini.. akhirnya lahirlah blog-blog lain yang juga turut sama mengikut jejak langkah ini. Cara penulisan ita di ikut.. cara ita ambil gambar di ikut.. cara susunan barang dan prop juga menjadi ikutan mereka. Ita tak pernah rasa marah atau tergugat.. malah ita rasa bangga.. ita tahu ini adalah satu perkembangan yang baik dan satu perubahan dalam dunia blog masa kini. Setiap orang sukakan perubahan.. namun tak semua dapat menerima perubahan ini.. tapi ita percaya,, jika ianya membawa kepada kebaikkan .. tidak salah jika kita lakukan perubahan untuk sesuatu yang lebih baik.
Sebelum ita menjadi blogger masakkan, ita juga suka jengah blog-blog orang lain.. ita suka baca dan suka menganalisa sendiri. Bukan sahaja blog masakan, blog politik pun ita baca.. Setiap kali ita baca blog orang.. ita rasa seronok. Itu yang membuatkan ita lagi seronok untuk mempunyai blog sendiri.
Untuk pengetahuan mereka yang baru mengenali ita, blog ita di buat oleh anak ita Amirul dan Azrul, mereka berdua, sangat memahami minat dan sedikit bakat yang ada pada ibunya. Blog ini di buat juga adalah untuk membuatkan ibunya ini kurang memikirkan anak-anak yang pada masa itu berada jauh dari mata. Bimbang ibunya akan menangis atau murung setiap kali teringat anak-anak yang berada di asrama, maka blog ini di buatkan khas untuk ibu tersayang. Ita biasalah.. tak berapa celik IT, jadi apa yang di sediakan itulah sahaja yang ita tahu. Dari cara buka blog, masukkan entry, edit gambar, masukkan gambar semua di ajar dan hanya itu sahaja yang ita tahu.. yang lain-lain jangan tanya kerana otak yang semakin berkarat ini memang agak lembab untuk belajar.
"My Blog"
Alhamdulillah blog ita di terima baik bukan sahaja dari orang tempatan malahan dari luar negara. Bukan sahaja dari kalangan orang Melayu sahaja malahan dari pelbagai bangsa, agama dan suku kaum.
Ita rasa sangat bersyukur bila mereka dapat menerima baik blog masakkan ita hingga ada yang meletakkan link masam manis pada blog mereka.
Apa yang paling ita suka, resepi yang ita kongsikan turut di cuba dan di berikan feedback yang cukup positif.
Follower ita bukan sahaja dari orang Malaysia, malahan dari orang kulit putih dan kulit gelap juga.
Itu yang membuatkan semangat ita berkobar-kobar untuk hasilkan yang terbaik dan menunjukkan pada orang luar bahawa orang kita juga boleh berikan yang terbaik.
Trafik ita juga meningkat setiap tahun terutamanya pada bulan Ramadhan yang kadang kala di luar jangkaan. Ita rasa sangat bersyukur kerana mereka memilih blog Masam Manis sebagai rujukkan.
Blog ita bukan sahaja di kunjungi oleh suri rumah, malahan ada juga bakers dan anak-anak kita yang berada di perantauan yang mencari resepi untuk mengalas perut.
Dulupun ita pernah terfikir.. jika anak ita belajar jauh di perantauan, bagaimana mereka nak masak.. Tapi kini ita bangga, bukan sahaja anak ita dapat jadikan koleksi ibunya sebagai rujukan malahan anak orang lain juga dapat memanfaatkannya untuk tujuan yang sama.
Ita rasa sangat seronok bila membaca kiriman email dari mereka yang kadang kala melahirkan rasa syukur atas perkongsian resepi yang ita berikan.
Ada masa ita sampai tak tertahan menahan kesedihan bila membaca setiap email yang di hantar. Yang ita tak boleh lupa seorang ibu yang baru melahirkan anak, dia lumpuh selepas melahirkan anak , tak boleh bergerak dan hanya tab sahaja yang menjadi peneman setianya. Setiap hari dia akan buka blog Masam Manis sebagai melepaskan kebosanan. Katanya bila ita pos gambar masakkan ia cukup membuatkan ia gembira dan bahagia.. Bila ita tak tulis blog.. dia rasa sepi dan tertunggu-tunggu khabar berita dan masakan terbaru ita..
Sedih sangat ita baca ceritanya hingga air mata ini tertumpah juga kerana cukup terharu.
Satu lagi kisah adalah seorang anak yang terpaksa menanggung adik-adik yang masih bersekolah. Adik-adik di berhentikan sekolah kerana ibu bapanya telah terlalu uzur. Dia tidak dapat keluar bekerja kerana terpaksa mengaja ibu dan ayah yang terlantar sakit. Akhirnya ia menjumpai blog ita dan menggunakan resepi yang ita kongsikan untuk mendapatkan sumber pendapatan. Dari resepi yang ita kongsikan, ia buat jualan kuih dan kek yang ita ajarkan dan akhirnya dapatlah menghantar adik-adik ke sekolah.
Kisah ke tiga adalah seorang ibu yang berhadapan dengan anak yang menghadapi sakit yang koronik yang perlukan perbelanjaan yang besar untuk kos rawatan. Dengan blog masam manis ia cuba berjualan dan hasil jualan itu di gunakan untuk bayaran perubatan anaknya yang sakit.
Kisah ke 4, seorang wanita yang baru mendirikan rumahtangga. Di pulaukan oleh keluarga mertua kerana di katakan tidak pandai masak. Akhirnya dia belajar masak dari blog Masam Manis. Kini dia berasa bangga kerana mula di sayangi, kini ipar duai pula yang berebut nak belajar masak darinya.
Kisah ke 5 adalah kisah wanita yang kehilangan suami, hilang dahan untuk berpaut. Selama ini bergantung 100% pada suami. Terasa sangat kehilanagn dan tidak tahu bagaimana nak mulakan kehidupan dan nak menanggung anak yang masih kecil. Dari blog Masam Manis dia kumpulkan semangat baru, mencari sesuap nasi untuk anak-anak yatim itu..
Sedih sangat.. kadang ita tak tertahan-tahan menangis. Suami pun turut sama mengalir air mata bila membaca email dari mereka.
Ita rasa sangat bersyukur, blog ita yang tak seberapa ini dapat juga memberikan sedikit sumbangan pada insan-insan yang memerlukan. Sebenarnya banyak lagi kisah yang tak dapat ita kongsikan di sini.. ianya menjadi semangat buat ita untuk terus berblog walaupun pelbagai rintangan dan dugaan yang terpaksa ita tempuhi.
Dalam blog ita kebanyakkannya adalah perkongsian resepi yang telah ita cuba, resepi dari keluarga, dari emak, mak mertua, atuk, makcik kak ipar atau resepi favourite ita dan keluarga. Ita bukalah chef, ita hanyalah blogger masakkan yang suka mencuba masakkan yang baru setiap hari.
Setiap kali ita kongsikan resepi , pasti ita akan sertakan dari mana resepi itu ita dapat dan ita jadikan sumber rujukkan.
Kadang kala ita cukup hairan pada sebilangan bakers, mereka cukup marah bila ita kongsikan resepi masakkan yang viral. Padahal ita dah tulis di situ dari mana ita rujuk masakkan yang ita masak. Sebenarnya ita tahu mereka takut rahsia mereka terbongkar. Mereka kadang kala tak ada asas bakers pon.. mereka pun rujuk resepi dari google, buat kelas dan mengajar. Sebenarnya mereka takut dengan bayang-bayang mereka sendiri..
Pernah juga beberapa orang rakan fb yang hantar pm pada ita melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap tenaga pengajar. Ada yang kata bila dia pergi kelas masakkan, sekali tengok resepi yang di ajar oleh pengajar adalah sebijik resepi yang ita kongsi dalam blog masam manis.
Ada pula pengajar yang lansung tak boleh sebut nama ita dalam kelas mereka. Terus melenting dan marah student. Ita kata kenapa pulak? apa salah kak ita pada dia.. apa yang kak ita dah buat..
Rupanya setelah ita selidik, resepi yang di ajar adalah menggunakan resepi yang ita kongsikan. Oleh kerana takut rahsianya terbongkar dia cuba alihkan perhatian pelajar dengan mara-marah.. supaya student tak terus bertanya soalan yang dia tak boleh jawab. Aduyaiiii... macam-macam ragam..
Ada seorang rakan ita pula belajar membuat kek dari blog ita. Dah buat jualan pon.. tapi termakan kata-kata manis dari pengajar masakkan. Konon nak dapatkan hasil kek yang lebih baik dengan tips dan panduan yang melangit di janjikan. Sampai di kelas aduyaiii.. bagai tersentap bila lihat resepi sebiji resepi yang ita kongsikan yang selama ini di gunakan.. apo nak di kato..
Oleh itu ita sentiasa ingatkan.. jangan mudah terpedaya dengan janji manis..
Untuk menjadi orang yang hebat anda tidak perlu takut dengan bayang-bayang sendiri. Tidak perlu takut untuk berlaku jujur. Ibarat kata pepatah ular menyusup akar tak akan hilang bisanya. Tapi hakikat yang ita dapat , manusia mempunyai pelbagai ragam, kek yang terhasil mengikut acauan nya. Jika loyang bulat kita gunakan bulatlah kejadiannya.. jika empat segi yang kita guna begitulah sebaliknya...
Dulu semua ingat ita upah fotographer untuk ambil gambar masakan ita , hihi... kadang agak pelik, kenapa kita perlu upah orang untuk ambil gambar?
Rutin ita sebagai bloger bermula seawal pagi, ita akan pilih menu atau hidangan yang ita ingin sediakan, pergi pasar seawal pagi untuk mencari bahan masakkan. Ita yang masak sediri setiap masakan maklumlah ita tak ada pembantu atau orang gaji. Semua ita buat sendiri.. dari siang ikan, kopek bawang.. menumbuk, menumis, memasak, membakar , menghidang... semua ita lakukan sendiri.
Ita juga yang merancana setiap sudut pengambaran, pencahayaan, susunan prop, susun atur , cara potongan , hidangan dan mengambil setiap gambar dari setiap angle dan sudut yang ita rasa menarik. Pada ita jika kita masak sendiri kita akan rasa lebih feel untuk ambil gambar.. kita lebih tahu di bahagian mana yang harus kita fokuskan agar masakan itu nampak lebih terasa enaknya.
Penat??
Tak usah di bilang.. hanya Allah yang tahu. Tapi kepuasan itu lebih utama pada ita. Seronok bila ita dapat hasilkan sesuatu yang memberi manfaat pada insan lain.
Sebab tu bila ada yang marah bila gambar mereka di curi atau di ambil oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.. Ita dah lebih dahulu merasainya.. rasa sedih bila hasil usaha dan penat lelah kita lansung tidak di hargai..
Tapi sekarang ita dah lali dah.. biarlah mereka nak ambil.. itu tandanya setiap apa yang kita lakukan adalah terbaik di mata mereka.
Oh tuhan.. aku photographer dan food stylish?
Minat ita dalam photographer dah lama terpendam. Tapi ita langsung tak ada asas dan ilmu dalam dunia photographer. Dulu pernahlah ita belajar ambil gambar dari seorang rakan, tapi masa tu ita tak serius kerana ita tahu ita tak mampu nak beli kamera dan tak mampu nak cuci filem yang pada masa itu masih lagi menggunakan roll filem.
Ita mula berjinak dalam dunia photography dengan menggunakan kamera compak sahaja. Ita suka ambil gambar tapi tak suka orang ambil gambar ita sebenarnya. Ita rasa cukup hodoh bila dalam gambar hihi
Oleh kerana itu ita mula merakam gambar setiap masakkan yang ita masak.
Pada masa dulu tak banyak yang kita tahu tentang food stylish, tak ramai yang ajar dan tak ada buku panduan untuk merancang bagaimana nak menghasilkan gambar masakkan yang terbaik.
Ita banyak belajar dari permerhatian. Dari gambar yang terakam dalam majalah masakkan dalam dan luar negara. Tapi industri food photography kita di Malaysia berkembang sangat perlahan. Kebanyakkan gambar cover majalah masakkan masih di takuk lama. Pembaharuan yang di buat sukar di terima. Hinggalah majalah masakkan tempatan mula buka mata bila blog masakan lebih di minati dari majalah masakan pasaran tempatan itu sendiri.
Pada masa itu pihak majalah mula berebut-rebut mencari bloger masakkan untuk menghiasi majalah masakan mereka. Dulu ita ingat photographer majalah yang merakamkan gambar masakan yang hebat. Rupanya masakan yang kita lihat hebat itu adalah air tangan tukang masak itu sendiri.
Bukan mudah nak menjadi photographer dan bukan calang-calang orang yang boleh menjadi food stylish.
Kata orang setiap hasil yang terbaik kita perlukan pengorbanan dan banyak wang ringgit juga yang perlu di laburkan. Ita sentiasa belajar untuk menghasilkan yang terbaik.
Untuk pengetahuan semua bukan mudah tau nak dapatkan gambar masakan yang cantik. Kebiasannya prop yang ita gunakan ita hanya guna untuk satu dua gambar sahaja. Ita tak suka gunakan ianya berulang kali kerana ia tak nampak real di mata ita dan sangat klise'. Oleh kerana itu ita perlu dapatkan prop baru setiap kali ita nak menyediakan masakan baru. Banyak prop dari papan alas yang kebanyakkan ita buat DIY sendiri ada kalanya ita terpaksa pergi ke kampung atau kedai lama untuk dapatkan papan buruk untuk di jadikan prop.
Ita juga akan merantau dari satu negeri ke satu negeri dan daerah untuk dapatkan bahan lain seperti pinggan lama, periuk belangga lama, sudu garfu lama dan apa-apa keperluan dalam prop masakan ita. Tempat yang ita suka kunjungi pastinya bazar karat dan kedai-kedai lama.
Selain prop, sudut dan pencahayaan juga harus di titik beratkan. Kalau dulu orang tak suka gambar yang ada bayang, tapi kini gambar yang ada bayang lagi dramatik dan di sukai ramai kerana nampak lebih hidup dan outstanding.
Disebabkan kemunculan banyak laman sesawang , blog-blog masakkan dan ig. Ramai yang mula mengambil kesempatan dan menaguk di air yang keruh. Banyaklah yang mula menggunakan kesempatan dengan menganjurkan kelas photography menggunakan smart phone. Bagi mereka yang bukan dalam bidang photography mungkin teruja.. tapi bagi photographer.. DSLR juga yang menjadi keutamaan.
Gambar yang di ambil menggunakan smart phone dan DSLR ada kebaikkan dan keburukkan masing-masing. Gambar dari smart phone lebih mendatar, tak nampak hidup dan dramatik. Tidak banyak yang boleh kita belajar dan tak banyak yang boleh kita explore. Cuma ia lebih mudah, lebih cepat dan lebih ringkas. Menggambil gambar dengan smart phone tak perlu belajar sebenarnya. Apa yang pasti anda haruslah bijak dalam susun atur bahan agar bila gambar di rakamkan ia nampak menarik di mata mereka yang melihatnya.
Gambar dari kamera DSLR lebih advance, lebih canggih kerana ia sememangnya di buat khusus untuk merakamkan gambar. Cuma agak payah bagi mereka yang kurang mahir dalam editing.. tapi hasilnya gambar pasti lebih kebabom!!
Dari gambar masakan ita di bloglah ita mula mendapat permintaan untuk merakamkan gambar produk makanan dari pengeluar produk terkenal dan juga IKS. Ada juga bakers tempatan yang minta ita rakamkan gambar masakan mereka untuk tujuan iklan. Tapi di sebabkan kekangan masa dan faktor kesihatan ita yang sering terganggu ita tak dapat berikan komitmen dan terpaksa tolak beberapa tawaran.
Dunia blogger walaupun terasa manis umpama madu tapi adakalanya terasa sangat pahit ibarat kopi tanpa gula. Ingat bukan semua orang suka apa yang kita buat!
Sukar rasanya nak puaskan hati semua orang.. apa sahaja yang kita lakukan sentiasa menjadi perhatian, silap percaturan kita akan menjadi mangsa rakusnya hati manusia yang tiada perasaan.
Sebagai seorang blogger ita pernah mengalaminya.. tak tahu di mana silap dan salahnya.. hingga kita di kutuk, di maki dan di hina..
Dulu blog masakkan cukup meriah, ibarat satu kawasan perjiranan di alam maya. Walaupun tidak pernah mengenali satu sama lain.. tidak pernah bersua muka.. tapi terasa sangat akrab dan sangat rapat. Selalu bertanya khabar.. sering bertukar-tukar menu.. hingga setiap kali ada resepi baru yang di kongsi.. ianya seakan di edar-edarkan pada jiran yang lain untuk di cuba dan dirasa.. ya Allah seronok sangat waktu itu.. Bayangkan ita yang selalu tinggal sendirian di rumah bila suami bekerja, anak-anak pula di asrama.. jiran-jiran kiri dan kanan pula biasalah.. kawasan perumahan ita ni kebanyakkannya bangsa asing jadi kami jarang bersua muka. Kalau ada pun kakak sebelah rumah yang selalu jadi rakan sembang ita. Tapi blog membuatkan ita terasa seolah ita punya ramai jiran.. ramai rakan.. yang mempunyai minat yang sama..
Ku sangka panas hingga ke petang.. rupanya hujan di tengahari.. ikatan persahabatan alam maya semakin hari mula semakin rapuh bila ada antara blogger sudah mula berpuak-puak.. mula sindir menyindir antara satu sama lain.. ita perasan sikap ini mula timbul bila masing-masing sudah mula berebut trafik, bila ada antara blogger lain yang sudah mula melepasi trafik mereka.. perasaan marah dan benci mula bersarang. Ita tak pernah kisah pun pasal trafik ita.. sebab ita buat blog bukan kerana nak kejar trafik tapi ita buat kerana ita suka.. ita minat, di blog inilah ita curahkan segala isi hati.. segala pengalaman hidup , segala kisah misteri , perjalanan hidup ita dan keluarga.. ia seolah diari kehidupan ita yang hanya satu-satunya kenangan ita untuk anak-anak bila ita tutup mata nanti.. terutamanya untuk satu-satunya anak perempuan ita Dalili yang bakal dewasa dan pasti melalui farsa yang sama seperti ibunya. Kerana itulah ita rasa ita masih lagi kekal sebagai blogger hingga kini.
Perang dingin antara blogger tidak berakhir di situ malah berlarutan bila ada antara blogger-blogger yang di undang untuk menghiasi dada-dada majalah. Mulalah pelbagai gelaran di berikan setiap kali ada blogger yang di undang untuk menjadi tetamu dalam majalah.
Bila di undang untuk menghiasi dada majalah masakan, siapalah yang tidak suka.. Apatalagi ita yang sukakan sesuatu yang baru dan ingin merasa sendiri dan melaluinya sendiri. Pengalam menghiasi beberapa majalah masakan, gambar di pilih untuk jadi cover majalah masakan , berkongsi resepi dalam majalah masakan adalah merupakann pengalaman yang cukup berharga bagi ita. Tapi adakalanya ianya hanya indah khabar dari rupa, bila kita dah melaluinya baru kita tahu tipu helah, pahit getir dan penat lelahnya. Ada yang di bayar.. ada yang tak dapat bayaran.. dan ada juga yang janji tinggal janji. Tapi ianya satu pengalaman yang cukup-cukup berharga.
Ita pernah di undang untuk ke beberapa rancangan TV, dan hanya sekali ita terima untuk rancangan " semanis kurma" itupun bila ianya hanyalah panggilan talifon secara live sahaja. Seronok memang seronok bila kita di undang oleh pihak TV atau radio, kerana ianya suatu penghargaan, pengalaman dan juga bahan yang kita dapat gunakan untuk penulisan dalam blog kita nanti.
Ita juga pernah terlibat dalam corporate promotion untuk Planta , Maggie, Yeos, dan beberapa produk lain. Sebenarnya ianya sanggat menyeronokkan, bukan kerana bayaran tapi pengalaman itu yang lebih berharga dari segala-galanya.
Ita banyak belajar sesuatu yang baru, dapat mengenali ramai orang dari pelbagai latar belakang. Berkenalan dengan ramai artis yang turut sama terlibat menjayakan program yang sama. Bersua dan di interview oleh wartawan adalah merupakan satu pengalaman yang sukar di lupakan.
Tapi.. keseronokkan itu tidak lama.. bila perasaan kurang senang rakan blogger yang lain mula ita dapat rasakan, akhirnya ita menolak semua tawaran majalah dan TV kerana ita tak nak lagi di gelar " giler glamour "
"Bila aku cuba menjadi food reviewer"
Ita suka makan...
Tidak heranlan ita memiliki muka yang tembam dan badan yang ehem... ehem...
Dalam kalangan keluarga ita terkenal kuat makan walaupun sebenarnya ita cukup memilih setiap apa yang masuk kedalam mulut ini.. Ita tak suka makanan yang berbau terlalu kuat seperti durian, cempedak, malahan bau kulit kayu manis pun ita tak suka. Ita juga memilih dan sukar mencuba makanan yang ita tak pernah makan. Tapi bila ita jadi blogger makanan ita harus menjadi seorang yang tidak memilih..
Cuba apa sahaja yang kita nak cuba dan nak merasa.. dari situlah bermulanya ita menjadi reviewer makanan. Ita mula mencari kedai makanan yang sedap untuk di kunjungi dan merasai hasil makanan yang mereka sajikan. Jika sedap dan kena pada selera ita dan keluarga, ita akan kongsikan pada rakan-rakan atau follower ita.
Satu lagi pengalaman berharga yang ita kutip. Ita cuba untuk membantu peniaga yang ita rasa masakanya sedap dan ada potensi tapi tak ramai yang tahu. Bila ita ketengahkan dalam blog dan ramai yang datang.. ianya menjadikan ita cukup bangga dan terharu.
Sampai kini, ada sesetengah peniaga yang ita pernah promote kedai mereka tak putus-putus mengucapkan terima kasih pada ita setiap kali ita melangkah kaki ke kedai milik mereka. Bangga ita bila melihat perubahan pada perniagaan mereka. Ita tumpang seronok melihat bangsa sendiri maju pun sudah cukup buatkan ita happy.
Ada yang pernah tanya dengan ita tentang kedai makan yang ita kongsikan. Ada yang mengangap ita di bayar untuk bercakap bohong dan menceritakan yang baik dan enak sahaja. Maaf itu bukan sikap ita sebenarnya.
Sebenarnya ada agen yang upah ita untuk mencari beberapa kedai untuk ita buat review. Ita di berikan bayaran dan dapat makan percuma di kedai tersebut. Setiap kali ita datang ke sesuatu kedai yang ita nak buat rivew ita tak beritahu dan pilihan kedai atas suka ita dan secara rawak. Bila ita menjamu selera di kedai tersebut ita akan pastikan aspek kebersihan yang paling utama, masakan yang sedap dan layanan yang memuaskan sudah semestinya. Jika tidak capai piawaian tekak ita, sumpah mati hidup balik pun ita tak akan singgah lagi apatah lagi nak kongsikan dalam blog kesayangan ita ini.
Bermula dari situ ita telah di undang untuk menjadi food reviewer ke Hong Kong, Singapura, Indonesia dan beberapa negara lagi atas tajaan Board of Tourism negara tersebut melalui ejen mereka. Tapi ita terpaksa tolak memandangkan faktor masa, dan kesihatan ita pada waktu itu yang tidak mengizinkan. Walaupun ita rasa sedikit terkilan kerana terpaksa menolak perlawaan tersebut. Sekiranya ita sihat, sudah pasti ita tak akan melepaskan peluang yang tak mungkin ita dapat buat kali ke dua.
Tentu seronok bila kita dapat ke negara orang dan dapat menikmati masakan dari negara mereka.. kan.. ?
Tak apalah bukan rezeki ita barangkali.
" Bakers oh bakers "
Minat ita yang mendalam terhadap dunia bakeri bermula bila ita di undang oleh Chef Amer ke akademinya.
Ya Allah betapa kerdilnya diri ini terasa.. di undang oleh idola yang amat ita kagumi. Sebelum ini ita hanya baca cerita Chef hebat ini di majalah, pernah menonton rancangan TV kelolaannya dan buku coklat miliknya senantiasa menjadi peneman ita setiap hari. Tak sangka bila ita dapat bertentang empat mata dengan idola yang menjadi pujaan hati.
Dengan kata-kata semangat dan galakkan yang di berikan , ita tidak menoleh ke belakang lagi... Ita terus bertekat untuk menjadi seorang blogger bakers.
Alhamdulillah, telah 5 tahun ita berkecimpung dalam dunia bakeri. Dari suka-suka pada mulanya.. kini ita sudah mula menerima tempahan. Ita suka sesuatu yang baru sebenarnya. Kadang ada yang tak faham.. Ita ni sebenarnya ingin mencuba.. kata orang selagi nyawa di kandung badan tidak salah kita mencuba dan mencabar diri sendiri untuk sesuatu kebaikkan.
Membuat kek tak sama seperti memasak. Kalau memasak kita tumbuk-tumbuk.. campak-campak dah jadi lauk. Tapi tidak untuk kek yang sangat fragile. Kek perlukan ketelitian dalam penyediaan, perlukan kesabaran, ketekunan dan yang paling utama sukatan bahan yang tepat dan semestinya yang segar-segar belaka.
Kek, sebagaimana yang kita tahu bukanlah makanan ruji rakyat Malaysia. Ia lebih popular di luar negara. Oleh kerana itu kek luar negara agak keterlaluan manisnya. Untuk menyamai selera tempatan, ita kadang kala terpaksa mengubah beberapa sukatan pada bahan agar dapat di terima ramai.
Teringat ita masa mula membuat kek Red Velvet, kek itu cukup popular dan menjadi viral bukan sahaja di blog masakkan malahan di laman sesawang. Ada yang boleh terima dan tak kurang juga yang kata ia terlalu pahit. Biasalah kek orang putih , rasa pahit tulah yang membezakan ianya dari kek yang lain.. ini tidak rasa kek semua sama aje kan... Untuk mengurangkan rasa pahit ianya dimakan bersama cream lemon cheese yang yummy! tapi akibat tidak dapat di terima oleh tekak orang Melayu kita, ita ubah dan olah agar ia boleh di terima oleh pelanggan ita.
Kegilaan orang ramai pada masa itu terhadap kek membuatkan ramai yang mengambil kesempatan dengan menganjurkan kelas masakkan. Maka ramailah dan berduyun-duyunlah yang merebut peluang dan ilmu yang di curahkan.
Yang sedihnya , semakin ramai yang berpuak-puak dan bergaduh kerana resepi. Hingga tidak ada langsung perasaan malu atau bersalah bila menghemburkan kata-kata yang kurang enak di dengar. Yang lain pula menjadi pemerhati.. tumpang tepuk dan bersorak. Bagi yang seteru pula disimbahkan lagi minyak biar terus terbakar dan akhirnya ikatan persaudaraan terlerai di alam maya. Nauzubillah.. sayang seribu kali sayang.. maka bermulalah penutupan satu blog ke satu blog.. seakan virus yang menyerang.. ramai yang patah semangat dan kecewa.
Dari situ ita mula mengenali sikap manusia yang suka bertopeng. Kita dialam maya memang tak mengenali satu sama lain.. kita hanya kenal di alam maya sahaja.. Kerana itu kita tak tahu bagaimana orangnya.. apa latar belakangnya.. dari mana asal usulnya..
Ada orang yang sangat suka bertopengkan agama untuk menarik perhatian orang lain. Menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri. Bila buka fb dia.. pelbagai nasihat dan fatwa yang keluar.. tapi sebenarnya kalau orang yang pakai topeng ni tak lama.. ada masa dia pun rimas juga.. Bila bergaduh mula kita nampak belangnya.. hingga setiap perkataan yang keluar dari mulutnya terasa sungguh berbisa dan tak sanggup cuping telinga ini mendengarnya.. sungguh lain dari kata-kata fatwa punjanga yang di karang setiap hari. Oleh itu bagi adik-adik yang baru .. harus berhati-hati.
Bila telibat dengan dunia bakeri, kita harus bersedia dengan segala kemungkinan. Ia bukan suatu yang mudah semudah kita makan popcorn. Bertambah lagi dengan harga barang yang semakin meningkat harganya dan tekanan hidup yang semakin sukar.
Pengalam ita buat kek mungkin boleh di jadikan sedikit panduan.
Dunia bakers tak seindah yang di lihat dan di pandang, bakers tidurnya tak tentu masa. Ada kalanya kita tak tidur berhari-hari kerana nak siapkan tempahan. Ada masanya bakar kek tak jadi-jadi.. habis semua bahan dibuang , Kadang kala tengah-tengah buat kek terputus pula bekalan.. ini tak cukup itu tak ada.. kedai pula dah tutup.. pasti mengelabah dan panik setiap kali berhadapan dengan situasi getir ini.
Ada masa tempahan di cancel last minit. Dah siap buat customer tak datang ambil.. siapa pula nak makan kek yang berlambak-lambak.. Ada masa kita pulak yang tak dapat bagi komitmen.. ada kecemasan, anak sakit , kematian.. bagaimana pula nak mengadap customer nanti.
Ada masa buat kek tak sempat hantar kek dah runtuh.. jatuh, terlanggar atau tumbang. Hanya Allah jua yang tahu apa yang bermain di fikiran saat itu..
Apa yang anda rasa ita juga dah rasa.. tapi tak payah nak kecoh-kecoh nak heboh satu alam maya dan menyalahkan satu sama lain.. Tak usahlah menjadi seperti anjing yang menyalak bukit.
Cara ita senang.. minta maaf dan pulangkan duit.
Masa mula-mula ita buat jualan kek ada beberapa rakan bakers yang ucapkan tahniah. Ada juga yang mengalu-alukan kedatangan ita ke dunia bakers. Sampai ada yang kata kalau ita banyak tempahan dan tak boleh buat .. boleh pass pada dia.. dan kalau dia banyak tempahan dan tak boleh buat dia akan pass pada ita.. harus berhati-hati dengan orang seperti ini yang lembut lidah dari gigi. Sebab itu ita lebih suka sendiri. Ita buat bila ita suka dan ita tak buat bia ita rasa tak perlu.. Ita bukan nak kejar kuantiti tapi lebih utamakan kualiti. Buat apa kita kejar banyaknya oder tapi hasil kita tak sempurna dan menyakitkan mata.
Biasalah kan manusia. Kehadiran ita dalam dunia bakers tidak di senangi rakan bakers yang lain. Seakan mereka tidak percaya pada takdir dan rezeki dari Allah.
Dunia bakers di Malaysia ni tak lah sebesar mana pun... bakers kita pun banyak yang baru bertatih dan masih terikut-ikut dengan style kek lama.
Kehadiran ita bukan untuk bersaing dengan sesiapa apatah lagi nak menabur pasir dalam periuk bakers yang lain. Ramai rupanya yang masih tidak percaya pada qadak dan qadar, jodoh pertemuan, ajal maut dan rezeki itu semuanya atas ketentuan Dia yang satu.
Sebenarnya mereka kurang senang bila ita kongsikan resepi di blog Masam Manis kerana mereka takut dengan bayang-bayang mereka sendiri.
Bermula dari situlah, blog ita selalu kena hack. Beberapa kali fb ita di godam, banyak gambar masakkan dan resepi yang ita kongsikan hilang dari fb dan blog ita. Bila ita ita cuba dapatkan semula.. rupanya mereka report blog dan fb ita spam. Kadang ita sedih dengan situasi ini.. tapi ita cekalkan hati. Ita percaya.. setiap apa yang kita buat jika kita buat dengan ikhlas.. insyaallah Allah tetap bersama kita.
"Aku mengkukis untuk projek hari raya"
Jutawaan cookies??
Biar betullll...
Betulke buat cookies boleh jadi jutawan..? Mulanya sukar nak percaya. Bila Chef Amer kenalkan ita dengan seorang jutawan cookis yang popular di Johor Bahru baru ita percaya rupanya buat cookies boleh jadi jutawan. Kerja 4 bualan dalam setahun dah boleh bergelar jutawaan.
wah.. nak cubalah. Ita mula membuat cookies dan nak merasa bagaimana penat lelah dan pahit getirnya membuat cookies. Bukanlah nak jadi jutawan.. sangatttt.... tapi lebih kepada nak dapatkan pengalaman dan gambaran bagaimana kehidupan seorang pengkukis.
Bila dah terlibat secara langsung baru ita tahu betapa sukarnya nak buat cookies. Bukan sukar buat cookies tu.. tapi komitmen dan punctual dalam masa amat-amat tinggi bila kita terlibat dalam projek ini. Mungkin agak sukar untuk ita kerana ita buat seorang tiada pekerja dan pembantu. Dari membancuh tepung , pembungkusan , pemasaran dan penghantaran semua ita kena lakukan sendiri. waaahhh.. boleh ke jadi jutawan ni...??
Masa tidur usah cakap kadang tak tidur berhari-hari kerana nak siapkan kukis tempahan costomer. Lebih-lebih lagi kita mengejar masa. Ada pernah ita tak balik raya , suami dan anak-anak aje yang balik kampung kerana ada lagi kukis yang belum di ambil costomer dan belum sempat di siapkan.
Bila ita dah terlibat dalam bidang ini barulah ita tahu rupanya bisnes kukis ni banyak cabaran, rintangan dan dugaannya. Persaingan juga cukup hebat bertambah bila tiba musim perayaan. Harga barang yang melambung dan tidak menentu turun naiknya turut mempengaruhi keuntungan.
Bak kata pepatah.. kalau untug sabut timbul untung batu tenggelam... silap gaya boleh gulung tikar..
Ita sedikit beruntung kerana ita mempunyai follower ita sendiri yang sentiasa surpport ita, walaupun tak menang tanggan di buatnya.. Boleh ita katakan bisnes ini walaupun nampak simple tapi tak seperti yang kita jangkakan. Kalau di beri pilihan ita lebih rela buat beratus kek dari membuat kukis. Apa-apa pun pengalaman yang di kutip itu lebih bernilai dari harga sebuah keuntungan.
Tulis buku masak lah pulak..
Ita pernah menerima beberapa undangan untuk menulis buku dari beberapa publisher ternama. Tawaran yang di beri lebih kurang sama dan akhirnya ita memilih untuk bersama MPH bagi menghasilkan buku masakkan.
Ingat senang buat buku.. rupanya susah jugak. Masa dan komitmen harus lah 100 %. Bagi ita yang merupakan seorang bloger.. ia bukanlah suatu yang mudah. Menentukan menu yang sesuai , yang di sukai ramai dan dapat menarik pembaca adalah sesuatu yang sukar lebih lagi zaman teknologi di hujung jari mereka lebih memilih blog masakan dari membeli buku di pasaran.
Hingga kini ita masih berhutang 2 buah buku lagi yang entah bila lah ita dapat siapkan.
Sekarang ita berangan-angan pula nak buat buku decorating cake. Ita harap satu hari nanti impian ita ini akan menjadi kenyataan..
"Viral ke.. virus"
Ramai yang suka viral tapi tak ramai yang suka virus. Begitulah dengan ita.
Dulu-dulu.. bila sesuatu masakan itu menjadi viral ramai yang nak mencuba dan merasa. Setiap hari kita akan lihat makanan itu lalu lalang di wall fb atau blog rakan-rakan yang telah mencuba.
Ingat lagi tak makanan yang pernah menjadi viral?
Pasti ingat akan viralnya kek caramel. Fuh.. berpeluh ita mencuba dan berapa kali ita humban dalam mulut cik tong.. sebelum ita temui kaedah penyediaan yang mudah.
Kek alunan kasih juga pernah popular satu masa dahulu.. Apam polkodot yang dari polkodot dah bertukar jadi angry bird.
Dari durian creap , brownies kedut hingga dah bertukar kek hantu dan kek kampung pisang TMJ haha..
Seronok sebenarnya bila jadi viral ni.. tapi awas bila jadi virus.
Virus yang ita maksudkan bila ada orang yang cuba menangguk di air yang keruh.
Contonya kek RM 1. Kek itu asalnya di jual dengan harga RM 1 sepotong oleh seorang pengeluar tepung yang pada mulanya hanya niat untuk bersedekah di negeri nun jauh di utara pantai timur. Entah macam mana ada pulak kutu yang cuba viralkan.. konon marah lah kot.. tapi silap pecaturan terus popular pulak kek tu.. hingga ramai yang mula berangan pula apabila di janjikan boleh mendapat pulangan yang lumayan sehingga menjadi jutawan dengan menjual kek RM 1. puuittt!
Virus mula menular maka lahirlah insan-insan yang kononya ingin membatu mereka yang masih berangan di awangan ini dengan mula mengadakan kelas kek RM 1. Wah.. semakin bertambahlah koleksi kek RM 1 sepotong hingga ada yang menjual kek RM 8.90 sebijik pun ada.
Janji-janji manis mula di tabur.. entah kiraan matematik mana yang mereka gunakan dan tak tahu dari celah mana keuntungan dapat di perolehi bertambah lagi harga barang yang melambung kini.
Jom kita sama-sama buka minda dan fikir sejenak apakah kek ini benar-benar ada untungnya.
Pertama
Bila kita mula nak menjual kek RM 1, kita perlu ada resepi. Bila nak dapatkan resepi kita mula masuk kelas yang dikatakan boleh menjana keuntungan dengan harga RM 250 untuk satu kelas. Ok sekarang kiraan telah bermula.. berapa bijik kek kita kena jual untuk dapat cover balik duit kelas yang kita telah laburkan. Jika 1 biji kek bersaiz 8 " dan di bahagi kepada 12 bahagian dan di jual pada harga RM 12 sebiji. Katalah untuk sebijik kek keuntungan bukan modal ya.... untung aje RM 2 untuk 1 kek. Berapa bijik kek yang perlu di buat untuk cover kos yuran kelas RM 250 ...... ( 125 biji )
Ok, berapa kita perlu buat sehari untuk dapatkan 125 biji jika kita buat kecil-kecilan tanpa pekerja. Katalah 1 hari tak tidur malam , kita boleh siapkan 10 biji dengan oven yang bersaiz kecil bermakna kita perlukan 12 hari atau 2 minggu untuk siapkan 125 biji, barulah dapat cover modal untuk kelas.
Itu baru cover kelas.
Kedua
Seterusnya.. jika kita teruskan membuat dengan jumlah yang sama dan kelajuan yang sama kita akan perolehi keuntugan kasar sebanyak RM 20 sehari dan RM 600 sebulan secara kasar. Alamak... !! terlupa pulak masa cikgu ajar tu dia tak bagi tahu pulak kita kena tolak bil air untuk basuh peralatan, basuh kain buruk, bil api untuk bakar dan berjaga malam, untuk mixer dan aircond kalau rumah ada aircond. Lupa pulak kira bil talifon 10 gig sebulan untuk wasap dan ambil oder. Lupa pulak lagi nak kira duit minyak pergi kedai beli barang dan hartar kek pada customer. Lupa lagi nak kira duit gas 1 tong yang kita guna untuk bakar kek.. alamak..! ada baki lagi tak RM 600 tu..
Jika kita mula rasa tak banyak untung, jika buat sorang dan kuantiti kek sedikit, kita mula tambah kuantiti kek dan mula ambil pekerja. Gaji pekerja sebulan pula paling busuk RM 900 seorang. Kalau dah tambah pekerja pasti kita perlukan oven yang lebih besar. Kita pun mula berangan nak beli oven industri yang besar untuk tingkatkan pengeluaran. Carilah oven industri secondhand berharga RM 2000. Dah ada oven kena beli chiller baru yang besar lah pulak.. yang boleh muatkan lebih banyak kek.. tak kan nak letak kek kat luar.. kalau tak habis lembik kek nanti. Kos beli chiller pula busuk-busuk pun RM 2000 yang secondhand 2 pintu. Pas tu kenalah beli mixer industri jugak agak-agak secondhand dapat tak RM 2000 untuk 10 liter ? Sedikit sebanyak peralatan yang lain turut bertambah contoh macam loyang, tray, senduk, besen dan lain-lain, pasti kosnya jugak meningkat. Bila semua dah mula tukar yang besar kita jangan lupa bil api, air dan talipon juga meningkat sama. So.. berapa pulak biji kek yang kita perlu buat untuk cover kos barang yang kita beli tu dulu.. Adoiii.. lagi tak tidur malam di buatnya... Belum habis cover duit beli chiler, mixer dan oven.. kek dah tak viral lagi... adoiiii... lepas ni doa banyak-banyak agar ada kek lain yang akan viral pulak.
Dari pandangan ita siapalah yang untung dari kek viral RM 1 ni..?
Tentunya customer jugak tak untung kerana dapat kek yang sama aje rasanya..
Siapa yang untung??
Sudah semestinya orang yang menagguk di air yang keruh itu..
"I want to be a cake decorator "
Menjadi seorang cake decorator bukanlah impian ita sebenarnya. Dulu ita bercita-cita nak jadi interior designer. Ita cukup minat dengan decorasi rumah. Bertambah seronok bila suami yang tahu minat ita memberikan ita kepercayaan 100% untuk hiasan deco rumah baru kami. Sebenarnya bukan rumah baru aje yang ita deco.. dulu masa ita duduk rumah sewa pun ita suka deco dan kebanyakkannya ita suka buat DIY, hingga bila ita nak pindah tuan rumah tak bagi pindah kerana dia suka ita tinggal di rumahnya kerana ita menjaga rumahnya seperti rumah ita sendiri.
Bukan rumah ita aje yang ita deco.. rumah mak dan mak mertua di kampung juga ita yang deco. Rata-rata ita mendapat galakkan dan kepercayaan dari kedua ibu bapa dan mertua sudah cukup buat ita berasa bakat yang cecoet ini amat-amat di hargai.
Minat ita dalam dunia decorasi juga ita kongsikan dalam blog kesayangan ita. Tapi seperti biasa, orang kita tidak terbuka mindanya. Mulalah ada kata-kata belakang yang kurang enak di dengar. bukanlah tujuan ita kongsikan deco rumah untuk tujuan menunjuk-nunjuk atau riak dengan apa yang ita ada.. ianya lebih kepada ilmu decorasi yang mungkin boleh di jadikan panduan oleh insan lain yang mana tahu dalam perancangan untuk membuat hiasan rumah baru mereka pula.
Dari decorasi rumah kini ita beralih pula pada decorasi kek. Ita cuba buat sesuatu pembaharuan dalam decorasi kek.. tak lah kita asyik di takuk lama... aje.. walaupun ita menerima kecaman yang hebat bila ita mula membuat figurine.... tapi ita gembira kerana seni hiasan kek itu kini sudah boleh di terima ramai.
Ita tak ada asas decorasi kek. Ita tak pernah belajar deco kek dari mana-mana guru. Guru ita adalah buku, google dan youtube. Pada mula ita lihat kek-kek hebat dari bakers oversea.. ita cukup kagum dan ita tak pernah terfikir boleh lakukannya. Kalau ita dah mula mengadap komputer, pasti kek-kek hebat dari bakers luar negara yang selalu menjadi pembakar semangat ita untuk mencuba. Kadang teringin juga nak berguru.. tapi ita lebih suka cuba dahulu..
Ada orang Allah kurniakan dia keistimewaan yang orang lain tak ada. Dia di berikan bakat seni yang kalau dulu di sekolah cikgu-cikgu tak pandang sebelah mata pun.. Cikgu lebih banggakan mereka yang hebat akedemiknya.. hebat matematiknya.. hebat sainsnya.. Orang kita biasalah.. Dotor.. Loyar engineer.. yang di pandang.. itu dah Tan Sri P. Ramlee gambarkan dalam setiap filemnya arahannya dahulu..
Ada orang dia perlu berguru.. Jika tak ada cikgu depan mata dia tak boleh buat. Ada pula yang kadang berguru bagai nak rak.. keluar duit beribu.. terbang berbatu-batu nak dapatkan ilmu.. tapi bila balik hasilnya sama seperti orang yang tak berguru. Kadang terlintas juga dalam kepala ni.. ya Allah.. macam ni hasil berguru dengan cikgu yang beribu.. sedih..!!
Ita suka mencuba. Selagi ita tak dapat hasilnya ita akan cuba dan terus mencuba. Satu sikap ita kalau ita nak ita akan lakukan dengan bersungguh-sungguh, tak pernah putus asa dan tak pernah ada rasa jemu. Tapi kalau ita tak suka jangan paksa..
Ita adalah orang yang sangat-sangat cerewet. Dari makanan, pakaian, hiasan rumah hingga setiap apa yang ita buat ita cukup-cukup cerewet. Setiap hasil sentuhan ita ianya adalah 100% dari ita. Ita yang buat sendiri tanpa ada pembantu.
Anak-anak dah faham benar dengan sikap cerewet ibunya ini.. Kerja ita tak boleh orang usik.. Ita tak pernah puas hati dengan apa yang orang buat.. ita lebih suka buat sendiri.. sebab tu ita tak pernah ada pembantu hihi
Sebagai home bakers ita sangat berhati-hati dalam penghasilan kek. Kebiasannya kek ita fresh from the oven. Hari ni buat hari ni juga ita hantar pada customer. Ita kebiasannya tidak mengambil masa yang lama untuk mengsilkan sebijik kek. Kek harus sentiasa berada pada suhu yang betul terutamanya kek yang menggunakan cheese kerana bahan kek sangat sensitive dan perlu senantiasa di jaga hygiene.
Ada kalanya ita hairan bila ada bakers yang kata mereka memerlukan berhari-hari.. berminggu-minggu malah berjam -jam dalam menyediakan kek. Pernah terdetik dalam hati ita.. tak rosak ke kek tu.. bila di buat terlalu lama dan berhari-hari. Kebiasannya jangka hayat home bake kek hanya satu minggu sahaja dan bagi kek berat seperti chocolate moist jangka hayatnya lebih cepat iaitu tiga hari. Jika di simpan lama ia akan mudah berkulat walaupun kita simpan di dalam chiler. Tapi ita tak tahulah pulak jika ianya taktik pasaran atau bertujuan untuk meletakkan harga yang tinggi atau nak bagi tahu hasil kerjanya terlalu teliti hingga berhari-hari di perlukan untuk menyiapkan sebijik kek.
Mungkin jika kek terlalu besar, banyak bunga yang harus di sediakan, kita perlukan masa yang agak lama untuk menyediakan bunga dari gumpaste atau figurine. Tapi bila ia telah masuk pada susunan pada kek ita rasa tak sampailah pula berjam-jam nak di siapkan. Ita biasanya bila semua bahan dan alat dekorasi telah tersedia di depan mata, hanya ambil masa satu atau dua jam untuk di siapkan. Bagi kek yang bersalut fondant sepenuhnya , mungkin dua tau tiga jam masa sahaja ita peruntukkan untuk menyempurnakan hiasan.
Figurine oh figurine
Bila ita buat figurine.. orang selalu kaitkan dengan agama. Bayaklah ita terima email dan private message yang marah, yang kurang senang dengan apa yang ita buat. Ita suka buat figurine.. ita tak anggap ia berhala, sebaliknya adalah makanan untuk anak-anak. Seronok bila lihat anak-anak gembira dapat kek dengan karektor figurine comel kesukaan mereka. Ia bukan benda yang kekal pada ita, bila dah di makan dah tak ada dah ia... tapi itu mungkin fahaman ita yang dangkal otaknya ini.
Suami yang tahu minat ita yang banyak bagi galakkan. Selalu suami kata.. " dia orang tak boleh buat sebab tu dia orang jelous dengan apa yang ita buat.." walaupun ita tahu kata-kata suami hanya nak sedapkan hati.. tapi ita yakin dengan apa yang ita lakukan.
Belajar buat figurine bukan mudah. Tak seperti buat bunga.. Bunga ada acuan khas. Kita terap-terap dengan acuan, ikat dengan dawai , warnakan dengan dust colour dan keringkan. Proses yang cukup mudah, menjadi kegilaan ramai dan harga juga lumayan. Orang yang tak ada asas pun boleh buat, hanya perlu tahu tekstur bahan dan teknik dalam pembuatan.
Figurine.. tak ada acuan khusus. Perlukan kemahiran dan seni halus supaya hasilnya membanggakan. Semuanya gunakan akal fikiran , bakat dan kemahiran. Perlukan kesabaran yang tinggi dan perlukan praktis yang berterusan. Walaupun ianya sukar di sediakan.. tapi harganya tidak setimpal dengan setiap kesungguhan untuk menyiapkan sebiji figurine. Orang kita masih tak pandai menilai seni..
Mula ita buat figurine menggunakan fondant, tapi hasilnya memang cukup menghampakan. Ita teruskan pencarian hingga ita temui CMC untuk di letakkan pada fondant supaya ia lebih keras. Kejadiannya tak seperti yang ita harapkan. Tekstur kasar dan sukar di bentuk. Hinggalah ita di perkenalkan dengan gumpaste yang lebih mudah. Tapi cuaca kita tak berapa sesuai, tarikan graviti dan cuaca panas lembab membuatkan figurin sukar keras dan adalakanya tarikkan graviti buatkan ia berubah bentuk. Setelah pelbagai trial and error akhirnya ita temui gumpaste yang ita gunakan kini. Lebih ringan, cepat keras, mudah di bentuk, lebih licin, tidak mudah retak dan tahan lama.
Figurine ita yang ita simpan dulu masih elok, hingga ada student yang tanya ita.. "akak punya figurine tidak berlapuk dan bercendawan pun.. figurine yang saya belajar dengan cikgu lain.. lepas tiga, empat hari dan mula keluar kulat.. dan figurine retak-retak.."
Sebab tu ita kata kena banyak trial and error sebab hanya ita sahaja yang tahu apa yang ita hendak dalam setiap hasil seni ita. Alhamdulillah Allah selalu memudahkan pencarian ita. Rasa syukur sangat.. Sebab tu ita suka belajar dari pengalaman kerana ita lebih kenali bahan.
Ita suka sesuatu yang mudah, kerja yang simpel dan tidak rumit, sesuai dengan suhu dan cuaca kita serta yang paling utama bahan mudah di dapati.
Demam Korea melanda
Kemunculan kek Korean Flower menjadi kegilaan ramai bakers. Ramai yang mula menanam impian untuk mempelajari kek Korean flower yang menular ke serata dunia.
Untuk pengetahuan semua, terutamanya bagi mereka yang telibat dalam dunia bakeri, asalnya kek ini adalah Arty Cake yang di perkenalkan oleh Maha Muhammed dari UK yang di kenali sebagai " "Monet of cake" dan "The Queen of Buttercream Art" Hasil sentuhan dari Maha menjadi keterujaan sesiapa yang memandangnya.
Kemudian hasil seni ini di copy paste dan di gubah oleh Korean bakers untuk menjadikan ianya lebih nampak hidup dan realistik. Biasalah negara Korea suka copy dan paste dan sukakan sesuatu yang nampak cantik pada luaran sahaja. Lihat sahaja kereta dari Korea, nampak cantik luaran tapi engine tak berapa baik dan keretanya juga tidak tahan lama berbanding kereta dari Jerman dan Jepun.
Tapi macam biasa orang kita suka mengagung-agungkan orang luar.. ibarat kata pepatah kera di luar di susukan anak di rumah mati kelaparan.
Industri kek Korean Flower di Korea berkembang sangat cepat dan pantas. Hingga mereka sesama mereka juga bersaing dan bila terlalu banyak persaingan di negara sendiri mereka mula keluar dari negara mereka untuk mencari peluang di negara lain. Maka lahirlah beberapa nama Korean flower cake decorator yang mula meniti dari bibir ke bibir ramai bakers tempatan.
Ita mula berjinak dengan kek bunga-bunga bila ita mula mengenali Arty Cake hasil sentuhan Maha. Keterujaan melihat sentuhannya yang cukup berseni membuatkan ita berusaha untuk mempelajari sendiri bagaimana nak hasilkan bunga seperti beliau.
Ita membeli setiap nozel yang ada di kedai dan mencuba setiap satunya untuk mendapatkan teknik paiping sebenar. Ada juga ita rujuk dari beberapa buku rujukkan kerana pada masa itu tidak ramai yang berkongsi teknik menghasilkan bunga di google dan yutube.
Pada masa itu ita hanya menggunakan American Buttercream atau lebih di kenali ABC buttercream. Dari ABC buttercream ita beralih ke Swiss meringue buttercream, Italian buttercream dan French buttercream. Apa sahaja krim yang ita tak cuba, semuanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Italian buttercream, Swiss meringue buttercrean dan French buttercream tidak beberapa sesuai dengan suhu negara kita yang terlalu panas.
Di Korea, mereka menggunakan bean paste untuk menghasilkan Korean flower buttercream yang di makan bersama rice cake tempatan Korea. Rasanya mungkin enak pada selera rakyat Korea tapi mungkin tidak pada selera kita. Bean paste juga tidak terdapat di jual di negara kita dan kalau nak import dari Korea pasti harganya berlipat kali ganda dan belum tentu di terima ramai. Bila Korean bakers terjah pasaran kita, mereka mula menggunakan Swiss meringue buttercream dan Italian buttercream, tapi suhu negara kita yang panas membuatkan mereka mencipta satu lagi resepi dari jelly.
Ada yang menyatakan jelly cream berasal dari Thailand dan tak kurang pula yang menyatakan dari Filipina. Tapi apa yang pasti krim itu dapat di terima, tahan panas dan mudah di kendalikan.
Cikgu ku sayang..
Ita tak pernah terfikir nak jadi salah seorang tenaga pengajar. Dulu masa ita mula-mula kerja ada lah.. bila balik dari kerja aje.. budak-budak flat dok sakat.. " baru balik kerja cikgu..?" ha.. layak kah aku jadi cikgu..
Bila ita buat kek ramai yang hantar email dan minta ita buat kelas, ada yang kata nak sangat belajar dengan ita. Kadang ita hairan jugak.. ita dah kongsikan resepi di blog dah buat tutorial dengan gambar step by step.. pun masih ramai yang minta ita buat kelas. Masa tu tak terlintas lansung hati ita nak buat kelas.. ita tahu setiap kelemahan yang ada pada diri ini. uh.. bukan mudah tau nak jadi cikgu.. kita nak turunkan ilmu pada orang lebih-lebih lagi ilmu itu berbayar. Salah percaturan harus kita menjawab di akhirat nanti..
Tapi setelah ita di pujuk oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan dan galakkan dari suami yang tak putus-putus ingin ita keluar dari kepompong , akhirnya ita sahut juga segala cabaran. Ita ni pemalu tau sebenarnya.. tak suka jumpa orang. Ita seorang yang suka menyendiri.. kurang bergaul dan kurang bercakap, macam mana nak berhadapan dengan orang ramai.
Untuk pengetahuan, ita tak pernah menghadiri ke kelas yang berbayar. Kebiasannya ita di undang ke kelas untuk membuat promo bagi kelas tersebut bagi tujuan promosi. Adalah beberapa kelas yang ita di undang. Ita melihat pelbagai kaedah dan cara pengajaran yang di sampaikan bergantung kepada tenaga pengajar yang profesional hingga kepada mereka yang amatur. Ada sesetengah dari mereka yang ita tak berapa suka cara pengajarannya dan cara mereka handle pelajar. Ada yang terlalu bossy dan lebih banyak mengarah dari mengajar. Semua pelajar kena ikut arahan tanpa di berikan peluang untuk menunjukkan kreativiti masing-masing. Ada pula yang mengajar tapi lokek. Resepi tidak di kongsikan sepenuhnya. Contoh, rempah yang di guna adalah rempah mereka sendiri tidak di berikan option untuk pilihan ke dua. Tak di terangkan bahan apa yang di letakkan dalam rempah dan setiap pelajar harus mendapatkan rempah tersebut jika nak membuat resepi yang di ajar. Ita rasa ianya tidak adil bagi pelajar yang telah mengeluarkan wang untuk menghadirkan diri ke kelas tersebut. Ada pengajar yang sangat spoting, kelas penuh dengan gurau senda namun masih terlihat tahap keprofesionalnya. Ada yang terlalu strick ketika mengajar, tak boleh tanya hanya boleh lihat dan ikut arahan sahaja.
Ada kelas yang ita hadiri siang-siang dah bagi warning supaya student dan ita sendiri tak merakamkan gambar dan video. Hairan ita.. sedangkan ita di undang oleh penganjur untuk mengambil gambar bagi tujuan promo. Mungkin dia takut ita akan kongsikan cara dan resepi di blog nanti.
Ita telah menghadirkan diri ke beberapa kelas undangan, dari yang mengajar secara hands on, demo dan semi demo. Ada kelas yang terlalu ramai pelajar hingga tenaga pengajar tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajar sepenuhnya. Pada masa itu terdetik di fikiran ini jika ita buat kelas nanti ita tak akan buat kelas macam tu.. Mulalah dari situ ita memasang angang-angan untuk membuka kelas ita sendiri.
Bila peluang datang bergolek.. ita pula yang seriau di buatnya. Peserta seramai 30 orang yang harus ita ajar merupakan satu cabaran yang cukup besar bagi ita yang terlalu amatur ini. Akhirnya ita pecahkan mereka kepada dua kumpulan dan mengajar selama dua hari.
Permulaan ita buat kelas ita menyewa cafe milik rakan suami. Tempat belajar yang selesa tapi bilik yang tidak sejuk dan berdekatan jalan raya yang bising dengan kenderaan lalu lalang membuatkan ita mula mencari tempat yang lebih selesa untuk student ita.
Ita mula menyewa di Starhill Golf And Country Club untuk mengajar. Tempat yang sangat selesa, segala kemudahan yang ita perlukan di sediakan sepenuhnya. Makanan yang enak dan lazat untuk setiap kelas dan layanan dari pekerja yang cukup baik membuatkan ita berasa sangat selesa dan cukup seronok mengajar di sana, ita rasa student ita pun begitu juga.
Tapi seperti biasa setiap yang baik ada juga kelemahannya. Memandangkan ita seorang blogger , ramai antara student yang datang ke kelas ita lebih kepada ingin mengenali ita dengan lebih mendalam selain datang untuk mendapatkan ilmu. Adakalanya mereka seakan tidak mahu pulang walaupun hari telah lewat malam dan suami masing-masing telah lama menunggu. Pihak Starhill pula memberikan ita masa hanya sehingga pukul 7 malam sahaja. Akhirnya akibat waktu yang cukup terbatas ita mencari kedai untuk mendirikan salon kek ita sendiri yang di beri nama Masam Manis Salon. Ha.. lepas ni bolehlah borak sampai pagi dengan ita di saloon.
Ita mulakan kelas ita yang pertama dengan mengajar Korean Flower Buttercream. Alhamdulillah sambutan yang cukup baik dari kalangan follower ita hingga kadang kala ita rasa cukup-cukup terharu di buatnya. Ada yang sanggup datang dari utara dengan memandu semata-mata nak datang kelas ita, ada yang datang naik keretaapi dan tak kurang juga yang nak flight dan bus. Kadang ita , selalu doa agar mereka di pelihara dari sebarang musibah dan semoga apa ilmu yang ita sampaikan mereka dapat menerimanya dan dapat memanfaatkan dengan sebaiknya.
Ada student yang datang dari pantai timur dan ada juga yang datang dari seberang tambak. Ada peserta yang datang dari Indonesia, Australia dan sejauh dari Ireland. Ya Allah ita tak pernah terfikir dengan apa yang ita lalui hari ini. Bertemu dengan ramai kenalan tidak mengira bangsa, agama dan suku kaum. Ada Melayu, India, Cina, Kadazan, Dusun dan lain-lain. Ada yang lansung tidak tahu berbahasa Melayu dan agak sukar bagi ita untuk mengajar kerana ita tidak beberapa fasih berbahasa Inggeris. Kadang kala belum kelas bermula mereka dah tanya kelas apa lagi pula lepas ni.. hingga ita terpinga-pinga tak tahu nak kata apa.. Ya Allah hanya Dia yang tahu betapa ita terharu dan terasa sangat kerdil dengan apa yang di berikanNya.
Ita cuba membawa kelainan dalam kelas yang ita anjurkan. Setiap pelajar ita sediakan meja mereka sendiri dengan segala kelengkapan belajar di sediakan. Ita tidak mahu mereka bersusah payah mengusung peralatan lebih-lebih lagi bagi mereka yang terpaksa tempuh perjalanan yang jauh.
Ita memberikan 100% kebebasan kepada pelajar untuk membuat dekorasi kek mereka. Ita nak lihat kreativiti mereka terserlah, ita nak lihat mereka tahu mereka boleh buat sendiri, bukan hasil mereka di buat oleh cikgu.
Walupun ada yang kata yuran ita terlalu mahal tapi ita rasa ianya cukup berbaloi dan setiap wang yang di bayar ita pulangkan kembali kepada pelajar dalam bentuk peralatan yang ita berikan untuk di bawa pulang ke rumah.
Bagi kelas cup cake yuran ita sebanyak RM 390. Cup cake dengan 9 bunga yang harus di pelajari dengan menggunakan 6 nozel yang ita sediakan dan semua nozel ini ita berikan percuma kepada pelajar. Ita berikan nozel bukan untuk menarik mereka atau promo untuk tarik orang pergi kelas ita, tapi sebaliknya ita nak lepas balik dari kelas ita, mereka terus praktis agar tidak lupa. Ita juga tidak mahu mereka sukar nak cari nozel hingga membantutkan minat mereka yang mula bercambah. Selain nozel ita juga berikan nail dan flower lifter secara percuma. Selain itu ita juga berikan nail holder yang ita tempah sendiri beserta apron sebagai survinear. Peserta pula membawa pulang 9 biji cup cake beserta kotak. Selain itu ita juga berikan buku bergambar dengan step by step dan video tutorial supaya pelajar dapat praktis selepas pulang dari kelas. Sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang beserta kudapan ringan turut ita sediakan sepanjang kelas berlansung. Ita harap apa yang mereka bayar mereka dapat semula dan pastinya ita turut cuba membantu untuk mempromosikan kek mereka setelah mereka mencuba nanti.
Sepanjang ita buat kelas ita agak sukar untuk lena. Ita senantiasa fikirkan apakah student ita dapat faham apa yang ita sampaikan.
Pelajar ita bukan dari kalangan bakers sahaja, dari setinggi-tinggi pangkat dan kedudukan, doktor, loyar enginear, datin , guru-guru, nurse, polis , askar semua profession lah... terus kepada surirumah, wanita yang telah pencen , remaja dan serendah kanak-kanak.
Bayangkan bagaimana nak handle student dalam satu kelas dari kedudukan yang berbeza-beza. Ada yang memang datang sebagai bakers yang sunguh-sungguh nak belajar. Ada datang sekadar nak mengisi masa lapang, ada yang datang semata nak sembang dengan ita, ada yang datang nak tengok macam mana ita buat bunga.. ada yang datang untuk melihat bagaimana ita mengendalikan kelas dan susun atur, macam-macam hal.. sabar adalah kunci yang paling utama bagi ita. Layanan sama rata harus di berikan agar semua yang pulang berpuas hati. Namun ita tahu ita juga manusia biasa yang punya kekurangan dan kelemahan..
Ada pernah sekali ita buat kelas ada student tanya " kak ita bila kak ita nak marah..? kita tengok kak ita tak marah-marah pon.. senyum aje.." hihi terkejut ita.. haha nak sangat kena marah ke dik... hihi
Di kelas ita bukan sahaja mengajar bagaimana buat bunga, tapi ita lebih tekankan pada displin. Di sebabkan kita handle makanan kebersihan harus di utamakan. Meja harus sentiasa dalam keadaan bersih dan kita juga perlu konsisten dan teratur dalam penyediaan. Alhamdulillah apa yang ita ajar di fahami oleh pelajar ita. Walaupun ita tak terangkan secara lansung, tapi bila mereka ulang kembali kelas ita, ita dapat lihat perubahan pada mereka, meja mereka lebih teratur dan lebih bersih. Hasil kerja mereka juga lebih kemas dan tersusun. Semakin bijak dalam pemilihan warna dan lebih berani mencuba. Alhamdulillah ita yakin mereka dapat apa yang ita cuba sampaikan.
Kadang kala ita berasa sangat beruntung dan bersyukur kerana ita dapat suami yang sangat-sangat memahami, yang sangat membantu ita dan cukup support apa yang ita lakukan. Ita juga bertuah kerana di kurniakan anak-anak yang sangat memahami minat ibunya ini.. yang tak pernah menolak apa yang ita masak.. semuanya sedap aje.. bila ita tanya hihi..
Dan bertuahnya ita kerana mempunya seorang adik ipar yang sanggup susah dan senang bersama ita.. yang sedia memberikan telinganya untuk mendengar segala keluh kesah ita selama ini.. cukup sabar dengan kerenah ita yang kadang kala naik minyak ini...
Dari buttercream biasa ita mula mengajar buttercream baru yang lebih mudah di kendalikan. Lebih mudah untuk dapatkan bahan dan sesuai dengan suhu dan cuaca kita yang panas dan lembab.
Buttercream lama lebih messy, berminyak susah untuk di cuci. Walaupun begitu ia tahan juga panas dan mudah di bentuk.
Ita mula membuat buttercream baru setelah ita merasa penat nak cuci nozel yang berminyak. Pelbagai trial and error yang ita buat hingga ita temui resepi yang ita gunakan kini. Mula ita risau juga kalau ita hanya syok sendiri. Ita gunakan peluang yang datang iaitu bila jiran sebelah rumah meminta ita sediakan kek untuk perkhawinan anaknya. Ita sediakan kek yang bersaiz agak besar dengan hiasan bunga buttercream yang baru ita cipta. Mula risau jugak kalau orang tak boleh terima.
Pukul 1: 30 kek di potong pukul 2 petang kek dah licin di makan. Hingga ita tak nampak sekuntum bunga pun yang tertinggal di atas piring. Seakan tidak percaya dengan apa yang ita lihat. Biasa orang makan kek aje.. bunga tolak tepi, tapi ini.. sekuntum bunga pun tak tinggal. Alhamdulillah ita mula yakin dengan resepi yang baru ini.
Ita menggunakan hanya bahan yang mudah di dapati di kedai biasa. Tak perlu ke supermarket atau kedai bakery kat kedai mamak depan rumah pon anda boleh dapatkan bahan. Pada ita buat apa anda bayar beribu ringgit untuk ke kelas Korea sedangkan anda sukar nak dapatkan bahan yang mereka gunakan. Tapi jika ada duit beribu dalam bank tidak salah jika nak dapatkan pengalaman baru... Korea menggunakan butter putih atau pure butter yang agak sukar kita dapati di Malaysia, kalau adapun harganya agak mahal. Mereka sengaja menggunakan nozel mereka sendiri supaya kita kena beli nozel mereka untuk buat bunga.. ya Allah apasal lah nak susahkan diri... gunakan sahaja barang tempatan, lebih mudah di dapati dan hasilnya lebih kurang sama. Apa yang penting praktis. Bukan kerana nozel anda dapat hasilakan bunga yang cantik.. kadang ada nozel yang mahal tapi kalau tangan keras kejung pun payah nak hasikan bunga. Tapi bagi mereka yang dah pro tak salah kalau nak mencuba.
Ada yang kata dengan nozel dari Korea kita dapat hasilkan kelopak bungga yang lebih nipis. haha.. itu hanya fisikologi aje.. permainan minda dan hanya dimomokkan aje.. Untuk dapatkan kelopak yang nipis bukan susah, jika kena dengan buttercreamnya.. dan anda nipiskan nozel yang ada dengan player dah pasti anda akan dapat hasikan kelopak yang nipis. Jangan terikut-ikut sangat cakap orang Korea ni.. kita kan ada akal... cuba guna akal sikit.
Ita dah 3 tahun bergelumang dengan bunga Korea. Dengan pelbagai jenis bunga, pelbagai tema warna , corak dan bentuk yang ita praktis. Boleh ita katakan setiap hari ita praktis dan tangan ini tak pernah lepas dari buttercream. Pada ita apa yang dikatakan hanyalah propaganda aje.. sebenarnya praktis make perfect!
Untuk pengetahuan semua, ita pernah di undang oleh bakers Korea dan Hong Kong untuk berkolobrasi dalam membuat kelas Korean flower di Asia. Beberapa kali mereka memujuk dan beberapa email ita terima dari mereka . Mungkin mereka nak mengambil kesempatan dengan menggunakan pengaruh ita bagi mempopularkan mereka. Silap orang.. ita lebih rela beri peluang pada bangsa sendiri dari membanggakan orang luar. Sebenarnya ita kurang bersetuju dengan business proposal mereka. Bayaran yuran yang pada ita tak masuk akal dengan bahan yang sukar di dapati lagi membuatkan ita tidak berganjak dengan keputusan ita. Mengikut proposal mereka, mereka akan mengajar beberapa bunga sahaja, seperti rose, english rose, hydrenga , kekwa tidak seperti mana bunga yang kita lihat terpampang indah di ig mereka. Bunga yang di ajar bersepah di dalam yutube. Ita rasakan mereka tidak beberapa jujur dan mengajar hanya untuk mengaut keuntungan semata. Dan semuanya indah khabar dari rupa sahaja. Ita lihat hasil student yang pergi kelas mereka membuat bunga yang sama, susun atur yang sama, design yang sama dengan warna bancuhan yang serupa. Tida kreativiti dari pihak pelajar.
Cabaran yang mendatang
Cabaran sebagai bakers dan pengajar semakin hari semakin hebat. Tumbuhnya bakers baru bagaikan cendawan selepas hujan. Akibat faktor ekonomi yang tidak menentu , maka ramai yang di berhentikan kerja. Kerana kos sara hidup yang tinggi , mereka terus mencari option lain untuk survive dan dunia bakeri adalah pilihan utama yang dirasakan paling mudah.
Bila timbul situasi begini, persaingan dari segi harga pun bermula. Jangan terkejut jika harga kek yang di tawarkan menjadi semakin murah walaupun harga bahan mentah semakin meningkat. Caras mencaras sudah menjadi lumrah dalam dunia bakers kini. Semuanya akan menjadi suatu realiti dan bukan fantasi lagi.
Walau apapun cabaran yang mendatang selepas ini, ita harap dapat menempuhnya dengan sabar.
Jangan panggil ita Chef
Jangan panggil ita photographer
Jangan panggil ita food stylist
Jangan panggil ita bakers
Jangan panggil ita jutawan cookies
Jangan panggil ita cake decorator
Jangan panggil ita writer
Jangan panggil ita teacher
Ita masih lagi seorang blogger.......
50 comments:
Assalamualaikum kak ita. salam dr perak. Sy bc dr mula smp hbs. Byk info yg sy dapat. Sy selalu mengikuti blog kak ita. Blog kak ita mmg menjadi sumber rujukan sy tau. Sampai sy bookmark blog akak supaya sng nak cari. Terima kasih kak ita untuk semua ilmu.. semua tips. Semua maklumat dr blog.. semoga kak ita terus maju. InsyaAllah klu ada rezeki teringin juga nak join kelas kak ita. Mungkin di tapah ker. Dekat skit kan. InsyaAllah. Doakan sy dapat jumpa kak ita. :)
Ya Allah kak tulus mulus hatimu.. Semoga Allah permudahkan perjuanganmu.. Kami sentiasa menyokong akak dari blakang...
Panjang lebar luahan akak kali ni tapi sangat2 padu berpandu dan mengena pada mereka-mereka itu.
Thank you kakak baik...
alhamdulillah..boleh lagi membaca coretan kak ita dan resipi2 yg selalu sy jadikan rujukan...terima kasih puan azlita
Perkongsian yg sgt mendalam..terima kasih kerana mrnjadi sumber inspirasi ramai..termasuk sya sendiri.harap sentiasa sabar dgn dugaan dunia n lebih berjaya kak ita!!
Akak gigih lin baca tau..sedih ada seronok pun ada baca pengalaman kak ita.. betul la ckp akak.. penuh masam dan manis dlm blog ni.. good luck kak. Love u
Rindu nk bace blog kak ita....
blog masammanis kak ita ni jadi rujukan sy.. deco2 kek.. baking kek.. semua rujuk d blog kak ita.. harap2 1 hari nanti dapat bertemu dengan kak ita... harap2 ada rezeki dapat join class kak ita..
salam kenal. edith, kota kinabalu, sabah
Tahniah k.ita...t.kasih ats ilmu dan pengalaman yg dicurahkan. Kami disini akan sentiasa menjadi follower setia k.ita.
Salam k.ita...tapi dh susah nk masuk blog akk..nape ye...goegle akk pnya blog dpat tapi nk masuk blog tu cm xboleh
As'salamualaikum kak,
Kak Ita yang Nina kenal masih seperti dulu.. bangga ngan akak!
Terima kasih banyak kak di atas segala perkongsian selama ini.
Paling terkesan resepi kek coklat moist akak.. sampai sekarang nina guna resepi akak untuk jualan dan kemudian nina share kat blog nina. Dan dari blog nina plak, ramai yang dah cuba dan berjaya hasilkan kek coklat moist yang sedap!
.
Teringin nak jumpa kak bertentang mata dan big hugs akak. Chewah..
.
Eh! Macam buat entri lak nina komen . Hahaa
*Blogger memang gini kot* hehe
Ikhlas & Salam sayang
Nina Mirza
tQ akak...
Salam k.ita..terlepas rindu y lama bc entry y pjg niiii.rindu nk tgk entry resepi br k.ita...sy pengikut dan pecinta blog akak sejak zaman uni. Terpikat dgn kekemasan dan kesenian bakat y Allah kurniakan pd akak. Tiap kali buka blog akak ni perut pasti berkeroncong.. Terima kasih k.ita. byk resepi hidup dan resepi mskn k.ita sy pelajati.. semoga ALLAH permudahkan urusan akak dunia dan akhirat
Salam wbt kak Ita
Baru ni sy cari blog akk tapi tak blh view, syukur boleh view semula blog akk.
Blog akk memang menjadi sumber rujukan sy. Mudahan perkongsian yg akk berikan ini diberikan pahala berlipat ganda.
Biarlah apa orang nak kata dan kecam, yang penting Allah tahu niat ikhlas akk.
Salam sayang daripada saya peminat Kak Ita dulu kini & selamanya.
Terbaiikk entry Ita...x tau nak ckp apa dah... Allah dh pilih Ita untuk dunia baking ni..keikhlasan Ita nampak pada hasilnya sekarang bila Allah uji dan permudahkan pula...Alhamdulillah. Tak semua dapat pengalaman dan pengajaran melalui kisah dan dugaan yang Ita alami...Ita mmg kuat, dengan izinNya...
Akak doakan Ita terus berkongsi selagi ada kudrat dan masa dan sentiasa berada dinlandasan yang diredhai Allah...Amiin ya Robbal 'alamin... Love u!
Salam Puan Ita,
Sungguh terharu baca blog Puan Ita. Apa yang saya nak sampaikan telah pun sampaikan oleh peminat / pengikut bloger Puan Ita yang lain.
Apa yang boleh saya dikatakan ialah “I pray that You & Your Family Blessed more and more”.
Betul kata- kata Puan Ita:-
Pesan mak, senantiasa ita ingat.." buat apa yang kita suka.. bukan buat apa yang orang suka".
Untuk menjadi orang yang hebat anda tidak perlu takut dengan bayang-bayang sendiri. Tidak perlu takut untuk berlaku jujur. Ibarat kata pepatah ular menyusup akar tak akan hilang bisanya. Tapi hakikat yang ita dapat , manusia mempunyai pelbagai ragam, kek yang terhasil mengikut acauan nya.
TERIMA KASIH PUAN ITA.
Sooria KL
Moga Allah permudahkan segala urusan Ita dan juga urusan kita semua dalam berkongsi ilmu. Aamiin.
Biarlah orang nak kata apapun. Yang penting, Allah tahu niat dan keikhlasan kita.
Teruskan berkongsi ilmu, info dan gambar masakan Ita yang sedap dan cantik.
Assalamualaikum Kak Ita.
Alhamdulillah, akhirnya impian saya nak jumpa in-person dengan Kak Ita menjadi kenyataan. Yer betul Kak Ita sangat jujur Memberikan ilmu seperti yang terpapar Di dalam blog Kak Ita begitulah terlihat kejujuran Di wajah Kak Ita ketika mengajar Di dalam Kelas. Mungkin juga disebabkan kejujuran inilah ada makhluk yang dengki. Bertabahlah Kak Ita.
.
Sekelompok yang bencikan Kak Ita, ada ramai lagi yang menyayangi Kak Ita. Percayalah lebih ramai yang menyayangi Kak Ita sebenarnya.
Teruskan menjadi inspirasi Kak.
Masya Allah... Tak pernah jumpa Bakers yang berkongsi resepi yang betul. Saya tak pernah jumpa! Tapi tak tahu lah kalau orang lain jumpa hehe. Resepi Masam Manis yang saya ikut semua menjadi. Insyaa Allah apa masam manis kongsikan, semua diberkati Allah. Barakkallahufik.. :) Terima kasih Allah. Terima kasih juga pada masam manis. Luv ya <3
Keep up the great job Ita. I love reading your blog and I love your work.
Pedulikan apa orang lain kata. End of the day, you are on your own. Bukan makan duit diaorang pun.
Assalamualaikum. Panjang entry Ita kali ini ye..apapun bg saya your blog adalah antara blog wajib dan jadi rujukan setiap kali nak cuba resepi. Alhamdulillah so far some of resepi Ita sy dah cuba begitu juga tips yg Ita share mmg cun. Keep on blogging and sharing all your knowledge. Semoga sukses selalu.
Assalamualaikum Ita,
Bersabarlah Ita, biarla apa dia orang nak kata. Rezeki masing2 datang dari ALLAH.
Teruskan usaha Ita, your photography skills, baking skills are beyond excellent... top notch.
Akak kalau dekat, memang teringin nak attend kelas Ita, apakan daya, akak duduk jauh beribu batu :(. In Shaa Allah one day :D.
Hang in there babe, do what you do best and worry not about others :D
Assalammualaikum Kak Ita,
Terima kasih atas segala perkongsian resepi dan tips2 yang akak curahkan dalam blog ni. Blog akak mmg menjadi panduan saya utk baking dan memasak! sangat membantu.
Bila nak cari resepi. The most trust able resepi was from you! haha
Goodluck Kak Ita, semoga dimurahkan rezeki dan selamat Maju jaya.
You're my inspiration. Harap dapat join kelas baking akak satu hari nanti. Insya Allah.
Btw yang mana tak suka Kak Ita tu biar pi kat depa. You Have million supporters that always love you.
Tetra,
Johor Bahru
assalamualikum Ita. Alhamdulillah hari ni baru dapat buka blog ni walaupun dari minggu lepas Ita dah war warkan link terbaru. click & type masih tak dapat. Try lagi hari ni alhamdulillah berjaya juga masuk ke blog kesayangan saya ni. Wah...ita ni memang berjiwa seni. Mahir memasak, photografi, deco rumah lagi dan ya ita pandai menulis. Tiap kali melawat blog ita memang saya tertarik bukan saja dengan apa yang Ita hidangkan off course dengan gambar yang mempersona malah saya terhibur dengan cara Ita bercerita seolah Ita bercerita didepan saya. Doa dan harapan saya semoga Ita terus maju jaya dan dapat terus berkarya. Mudah-mudahan Allah SWT membalas dengan limpahan rahmatNya atas segala ilmu dan perkongsian. Dont stop at the top touch the sky before you drop. We luv U
Assalamualaikum..thank you Kak Ita utk resepi yg telah akak share…saya menggunakan resepi akak buat jualan & Alhamdulillah, keknya jadi best seller utk saya…Semoga Allah merahmati akak..
Tahniah kak ita..you are strong..
Assalamualikum...Semoga K. Ita di permudahkan urusan...saya ingat saya sorg jer yang selalu humban kek dalam cik tong..
Bestnya..saya selalu tukar blog saya..pernah dulu saya delete blog saya..menyesal hingga ke hari ni..tp sy memang tetap blogger...hati sy ada pada blog..thanks kak ita untuk resepi..banyak lagi yg sy nak cuba
Alhamdulillah..blog kak ita dah menjelma kembali.
Teruskan berkarya kak ita,hasil air tanganmu dinantikan oleh follower.Pedulikan cakap org..semoga Allah melindungi kak ita dr org² yg dengki khianat...teruskan usaha murni,pahalanya bab air yg mengalir..semoga Allah merahmatimu kak ita
Semoga kak ita terus sukses n sentiasa dilindungi olehNya.. teruskan usaha murni kak ita.. semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik kak ita��
Assslamualaikum Ita.
Semoga sukses selalu.
Hadapilah dugaan dengan sabar. Saya dah lama tak baca blog, haritu cari blog ita, dapat mesej kata blog not available. Mujur terjumpa kat fb. So sekarang sambung baliklah membaca blog ita ni.
Wish you success Ita.
Assalamualaikum Puan Azlita
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kaseh atas ilmu yg Puan kongsi selama ini. Dari resepi lauk pauk hingga ke membuat kueh2 tradisi dan berbagai lagi. Tidak ramai org yg mempunyai ilmu yg mahu berkongsi ilmu nya dgn sesiapa saja. Tapi saya dpat merasakan keiklasan puan yg ingin ilmu yg puan miliki dapat di kongsi bersama. Alhamdullilah, terima kaseh sekali lagi dan semoga Puan senantiasa di rahmati dgn kesihatan dan rezeki dari Allah SWT dgn apa yg puan lakukan Aamiin....
Alhamdulillah.. kak ita kembalu. Rindu blog akak. Thanks mewarnai hidup memasak sy yang daif ini...
allah kak ita..patut la buka blog akak sblom. i x boleh..kena hack rupa nya..nasib ada fb..lama jugak akk nk reply tp akk reply jugak ����
mekaseh kak ita
resepi kak ita sy ada guna utk jualan sy
mohon halal segala resepi kak
maaf bertanya..kak ita dh umhr brp skrg ni?
kelas tu bila buat sbb hajat di hati nk join jugak..farah dr terengganu✌��️
salam kak ita..saya farah 27tahun dari terengganu..sedih baca akk cerita dr awal sampai abis tu..patut lama akk menyepi..moga kak ita terus diberi kekuatan n semangat amin..umur kak ita brp skrg..moga kak ita terus sihat dan berjaya
assalamualaikum kak ita. wow! panjang citer kak ita kali. betol2 balas dendam ni. Ianya sgt berguna n mberi manfaat. Terima kasih atas perkongsian ini ya kak ita. Walaupun mengantuk usaha mata terkebil baca hingga habis. Alhamdulillah
Assalamualikum Puan Ita...
Beberapa minggu lepas rasa loss bila blog puan tak boleh buka... suka sangat bila boleh buka blog puan semula. Saya telah mengambil resepi dari blog puan untuk berniaga malah belajar menghias kek juga dari blog puan. Alhamdulillah rezeki saya murah ada jer yang minat dengan kek yang saya buat... Itu semua hasil perkongsian puan... Jika ada masa dan peluang ingin sekali bertemu puan untuk ucapan terima kasih... terima kasih puan.
Puas saya buka blog lama rupaye dh bertukar ke blog baru...dh habis baca kak ita..touching sesangat. Saya pun selalu buka blog kak ita cari resepi. Tahniah kak sbb mempunyai keluarga bahagia yg ada dan terus menyokong minat akak..doakan saya jugak kak..hihi halalkan resepi yg saya guna ye
assalamualaikum kak ita ..semoga sentiasa sihat hendaknya ..pada usia 38 tahun 3 tahun lepas first time sy buat kek ..selongkar blog terjmpa blog kak ita ..kek span resepi pertama yg sy cuba .. alhamdullilah menjadi ..lepas tu masam manis selalu diselongkar hehee .. terima kasih yg xterhingga dear diatas ketulusan berkongsi resepi ..
ada keheningan dalam tulisan2 kak Ita, semoga perjuangan tetap diteruskan. kak ita food stylist bukan stylish (ampun)
Assalamualaikum Ita. Dah lama sy follow blog Ita & jd peminat. Dr blog Ita, bnyk sy belajar. You're truly inspiring...teruskan your great work. Moga Allah kurniakan Ita & keluarga afiah & rahmat Allah...
assalamualaikum kak..semoga akak terus jadi blogger ye..saya harap dapat join kelas akak..
assalamualaikum akak..semoga akak terus jadi blogger...semoga saya dapat join kelas akak nanti..
Assalamualaikum kak ita...syukurnya dapat jumpa semula dgn blog akk ni..saya dh lebih 3 tahun jadi pengikut setia blog akk..nak cari resepi mesti taip nama resepi dan sekali dgn nama akk..dlm 2 bln jugak xikut blog akk,ada sekali tu nk buat rendang ayam kpg,taip asyik review je..sedih sgt2 masa tu..kenapa dh xbole nk tgk blog masam manis azlita lg??sedihnya hanya Allah yg tau..smalam sy xpuas ati,pergi di carian google,taip 'kenapa tak bole cari azlita masam manis' baru tau ada nama blog norazlitaaziz..selama ni sy jd pembaca je..kali ni sy nk tulis pnjg2 sebab gembira sgt dpt jumpa blog akk semula..sy suka sgt follow resepi2 akk..sy dpt rs akk ikhlas dlm sharing resepi sbb semua resepi akk yg sy cuba semua menjadi..sy gembira dgn pencapaian akk sekarang..semoga Allah permudahkan semuanya untuk akk..amin..semoga suatu hari sy dpt dipertemukn dgn akk..salam sayang dari sy,dila..
Pelbagai Produk Dispenser Water Filter & Master Filter (OutDoor) - Jimat Tenaga
• Alkaline WaterFilter - 6 Filters - RM599
• 2 Suhu - Panas & Sejuk (TableTop & Stand - RM899 - 1498)
• 3 Suhu - Panas, Normal & Sejuk (TableTop & Stand - RM1299-RM1499)
• Gold Master Filter- 7 Layer (Fiber - Outdoor) RM799
• Titanium Master Filter - 9 Layer (Fiber - Outdoor) RM999
Producing High Qualiti alkaline water ph 7-9
‘Siap Pasang Baru Bayar'
Harga Termurah di pasaran drpd segi kualiti, brand, rekabentuk dan harga
Warranty 12 - 18 Bulan
Filter import dari Korea (ada sijil halal)
Pemasangan terus ke kediaman @ Pejabat anda
____________
Super Jimat
-------------------
Deposit: RM 0
Wang Proses: RM 0
Bayaran Bulanan: RM 0
Siap Proses Pemasangan Baru Buat Bayaran
_________________
Untuk Tempahan
---------------------------
Hubungi - Whatapps/ Call / SMS: 017 8895 990 - Farid
http://penapis-air-bioultra.blogspot.my
salam pagi selasa akak ita tuuu., ;p
ps. blom abes baca entri panjang lebar nih, nnti sabung ..
Assalamualaikum....
Tahniah kak Ita moga terus maju.semoga allah kurniakan kesihatan yg baik serta berada dlm rahmat dan kasih sayang nya.
Ramadan Kareem utk Kak Ita Masam manis sekeluarga.
Perkongsian yg sangat berharga. Liku2 menjadi bakers yg berjaya dan sampai ke tahap yg amat membanggakan. sekurang-kurangnya, kami semua sedar dan berada di alam realiti iaitu untuk menjadi seperti Kak Ita bukan mudah malah banyak yg perlu dikorbankan sekaligus berdisiplin sekiranya ingin berjaya. Niat kena betul..in shaa Allah akan Allah bantu kita gapai impian. Terima kasih sekali lagi kerana tidak pernah lokek ilmu.Allah berkati hidup Kak Ita. Kalau ada rezeki dan diizinkannya...saya punya impian utk berguru dgn Kak Ita satu hari nanti. Aamiin.
terbaik, keep writing. ^,^
Assalamualaykum k.ita..hampir nangis cari blog k.ita xjpe..tukar phone n sim habis sume hilang..kipidap k.ita..saya y xberapa pndai masak, ikut step by step k.ita..alhamdulillah husband n anak2 suka
salam kak ita, selalu juga masuk blog akak..kdg² amik resepi kek utk buat besday cake anak²..ada juga yg buat utk jualan terutama choc moist tu..mmg sedap..cust selalu repeat order
Post a Comment