May 29, 2017

Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah


Assalamualaikum sudah masuk 3 kita berpuasa. Pasti perut pun sudah mula pandai menyesuaikan diri menahan lapar dan dahaga. Bulan puasa ramai yang merebut peluang untuk melipat gandakan lagi amalan. Dalam bulan yang mulia ini sahajalah kita dapat mengumpul seberapa banyak pahala untuk bekalan di sana nanti. Entahlah kita jumpa atau tidak bulan Ramadan di tahun hadapan.

Dalam sibuk kita berpuasa, pasti juadah berbuka juga menjadi satu kemestian. Sebenarnya banyak pahala yang kita dapat bila kita menyediakan juadah untuk orang berbuka. Sudah semestinya tugasan itu di pikul oleh para isteri dengan penuh tanggung jawab dan penuh kesabaran. Memang menguji kesabaran sebenarnya bila kita di tugaskan untuk memasak, dalam pada kita berpuasa. Dugaan dan kesabaran itulah pahala yang berganda-ganda tau!


Ok, pasti kawan-kawan ita di luar sana yang dah mula masuk dapur dan mula buka peti ais, intai-intai dan memikirkan apalah yang hendak di masakkan petang nanti.
Bagi yang tak ada idea tu apakata kita sediakan nasi tomato untuk keluarga petang nanti. Mudah dan ringkas yang paling utama semetinya sedap dan menjadi kesukaan kami sekeluarga.


NASI TOMATO

5 cawan beras - cuci dan toskan 
1/2 cawan susu cair 
4 biji tomato - cincang 
1/2 cawan sos tomato 
2 s/b majerin /minyak sapi 
5 s/mb minyak 
Garam secukup rasa 
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak) 
daun pandan disimpul or daun sup cincang 

bahan tumis 
3 ulas bawang putih - hiris 
5 ulas bawang merah - hiris 
1 inci halia - hiris 
3 biji Buah pelaga 
3 biji Bunga cengkih 
1 inci Kulit kayu manis 
2 kuntum Bunga lawang 

1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu.. 
2. Masukkan susu cair, tomato,sos tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih. 
3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak. 
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur.. 
5. Bolih dihidangkan bersana lauk ayam masak merah dan dalca 


AYAM MASAK MERAH

Bahan A
1 ekor ayam
1 labu bawang besar ~ potong gelang atau potong baji
2 sudu makan sos cili
Minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa
sedikit serbuk kunyit
1 kiub ayam

Bahan B
15 tangkai cilikering Kisar
2 inc halia ~ kisar
1 /2 inc lengkuas
3 ulas bawang putih ~ kisar
1 labu bawang besar ~ kisar
2 batang serai ~ titik
4 biji tomato ~ potong baji

Bahan C ( rempah tumis 4 sekawan )
Kulit kayu manis
Biji pelaga
bunga lawang
cengkih


Ayam potong kecil, cuci bersih. Kemudian gaulkan dengan garam dan kunyit dan goreng sehingga masak. angkat dan ketepikan

Panaskan minyak dalam kuali
Tumiskan rempah tumis hingga harum, kemudian
Tumiskan bahan yang dikisar hingga garing dan harum
Masukkan ayam, sos  cili , bawang besar, kiub ayam, garam dan gula secukup rasa
Gaulkan sehingga sebati
Hidangkan bersama nasi tomato atau nasi lain yang sesuai. 



6 comments:

Sammy Sablee said...

Assalamualaikum Kak. Kak guna beras apa ni? Terima kasih

Sammy Sablee said...

Assalamualaikum Kak. Kak guna beras apa ni? Terima kasih

ellyn ina said...

Kak..sukatan cawan tu cawan biasa atau pun pot beras?

Raja Bolen said...

Terimakasih Artikel Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah nya bagus dan membantu sekali, semoga sukses selalu yaa .. Aamiin
Salam Resep Kue Kering

Shima Shaari said...

Beras basmathi ke?

~AnyThing~ said...

tq. for sharing😘😘

AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.