Assalamualaikum
Nasi Kak Wook ni ita sediakan untuk sahur kami sekeluarga pagi tadi. Bila ita kongsikan gambar menu sahur ita di ig ita azlitaaziz ramai yang bertanyakan resepi. Ok jap lagi kita intai resepinya ya. Cuma ita tak dapat lah buat step by step cara penyediaannya, sebab ita masak subuh hari, maklumlah nak sediakan sahur.
Ada yang tanya, wah! kak ita sempat pulak mengulai pagi-pagi. heee... kak ita bangun pukul 3 pagi dek, untuk sediakan sahur buat keluarga. kalau bangun lewat memang tak sempat lah.. apa yang ada ajelah yang akak masak nanti.
Lama dah nak buat nasi kak Wook ni. Ita pernah makan sewaktu pulang ke Kelantan. Rasanya memang sedap! gabungan nasi , ayam goreng dan sambal belacan cukup ringkas namun gabungan yang sangat ummph! hairan kan... hanya gabunga tiga lauk menjadikan nasi ini cukup popular.. kalau sesiapa yang pulang beraya nanti.. gi lah cari nasi kak Wook. Kalau yang tak dapat pergi ke negeri Cik Siti Wan Kembang ni... boleh lah cuba resepi yang ita kongsikan ni..
Emm... bercerita pasal negeri Kelantan ni.. ita cukup kagum tau dengan orang Kelantan. Bukanlah sebab ita dah menjadi menantu orang Kelantan, maka ita kena bodek orang Kelantan.. Tak ada istilah bodek tau! ini betul.. betul.. bukan cooobaaannn...
Di Kelantan, kebanyakan makanan yang di jual cukup simple! sebagaimana yang kita sedia makhlum orang Kelantan ni.. pagi-pagi mmereka makan nasi tau! kalau belah selatan ni.. pagi nak cari, lontong lah.. soto lah.. nasi goreng lah.. nasi lemak lah.. roti canai lah.. berbanding dengan orang Kelantan, mesti nasi dan gulai... siap ada sambal lada lagi tau pagi-pagi.. !
Yang hairannya.. mereka boleh jual nasi hanya dengan satu gulai dan sambal lada.. tapi orang beratur panjang macam nak beli tiket bas balik raya.. ! Cuba kalau kat belah selatan ni.. pasti ada yang merungut.. nasi dengan gulai aje...
Tapi itulah orang Kelantan.. mereka cukup menyokong satu sama lain.. dalam bab meniaga ni.. Tak pernah ada dengki khianat lah ita tengok.. Sebab tu ramai yang kata orang Kelantan ni.. kenegerian.. tapi pada ita mereka buka kenegerian.. tapi sangat support bangsa sendiri.. sebab tu mereka boleh hidup muafakat.. kalau tak caya boleh pergi Kelantan dan tengok sendiri gaya kehidupan mereka.. haha.. susah-susah.. cari lah seorang orang Kelantan buat menantu hihi...
Ok lah.. tak nak bebel-bebel lah.. semua dah tak sabar kan nak tau resepi.. jom lah ikut kak ita semak resepi.
NASI ALA KAK WOOK
Resepi Oleh : Rozmaliza
NASI PUTIH
Dalam resepi ni nasi di tanak macam biasa bersama simpulan daun pandan. Tapi kebiasann nasi yang ita makan di Kelantan kebanyakkannya di kukus. jadi terpulang nak kukus boleh nak tanak macam nasi biasa pun boleh.
GULAI AYAM ALA KAK WOOK
Bahan Kisar
4 labu bawang besar merah
5 ulas bawang putih
1 1/2 inc halia
1 1/2 inc lengkuas
Rempah
3 sudu besar rempah kari daging atau rempah gulai darat
1 sudu besar rempah kerutub
1 kiub ayam ~ita tambah
1 batang serai ~ di titik ( ita tambah )
Kacang panjang ~ dipotong 2 inc
Terung ~ potong kecil
1 batang carrot ~ potong 2 inc ( ita tambah )
2 biji kentang ~ belah 4 ( ita tambah )
Leher ayam, kaki ayam, sayap dan paha ~ dipotong kecil.
1 cawan Santan cair
Garam secukup rasa
1 ketul kecil nisan atau gula Melaka
Bahan rempah satukan bancuh dengan sedikit air dan gaulkan bersama ayam. Perap sebentar
Panaskan sedikit minyak , tumis bahan kisar dan serai hingga wangi
Bila dah wangi, masukkan ayam dan rempah yang di perap tadi dan masak hingga ayam empuk.
Jika terlalu kering, letakkan sedikit air
Masukkan kentang dan masak hingga kentang empuk
Kemudian masukkan kiub ayam dan santan, renihkan hingga kuah sedikit pekat
Masukkan terung, kacang panjang, dan carrot
Kemudian perasakan dengan nisan dan garam secukup rasa
Bila kuah pekat, angkat dan hidangkan
AYAM GORENG ALA KAK WOOK
Ayam ~ dipotong keci
Garam
2inc kunyit hidup di tumbuk lumat
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk cili
Ayam basuh bersih-bersih dan ditoskan.
Kemudian dipotong kecik2.
Lumurkan ayam dengan bahan diatas dan perapkan sekejap.
Goreng ayam dalam minyak terendam sampai sederhana garing.
SAMBAL BELACAN ALA KAK WOOK
4 biji cili kering ~ direbus
Cili padi ikut pedas
2 inci belacan
1 labu bawang besar dibakar
1 labu bawang putih dibakar
Gula, garam, ajinomoto
Air asam jawa
Limau kasturi
Blend semua bahan diatas kemudian masukkan perahan asam limau kasturi berserta dgn kulitnya..
3 comments:
salam kak ita, kalau bawang dibakar tu bagaimana cara dia? first time dengar...sorry, saya budak baru belajar...harap kak ita sudi berkongsi cara
Salam Kak Ita, best nampaknya resepi ni. Insya-Allah, saya cuba masak kt family. Terima kasih.
Kak... Rempah kerutub tu... Kerutuk ke
Post a Comment