Kelas Korean Flower Buttercream 20 Ogos - masam manis f

Breaking

Aug 24, 2017

Kelas Korean Flower Buttercream 20 Ogos


Assalamualaikum


Alhamdulillah kelas korean Flower Buttercream pada 20 Ogos di Salon masam manis yang lalu berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua student yang hadir. Kelas kali ini kak ita rasakan cukup istimewa. Seronok sangat kerana rata-rata mereka sangat kreatif, pandai dalam pemilihan warna dan sangat berhati-hati. Istimewanya kelas kali ini kerana adanya pasangan kembar yang menyerikan kelas kali ini dan merupakan kelas pertama kak ita yang ada pasangan kembar. Bukan itu aje.. pasangan ibu dan anak juga turut menceriakan hari-hari kami di masam manis salon.









Rata-rata student datang dari jauh dan dekat. paling jauh dari sempadan Thailand tau! dari canglun Kedah dari Sabah negeri di bawah bayu.. dari Penang pulau mutiara, dari Kuala Lumpur, dari Kulai dan sekitar Johor Bahru.
Terima kasih yang tak terhingga kerana sudi datang sejauh itu untuk bersama kak ita di masam manis. Kepada semua, jika ada kekurangan di pihak masam manis, layanan yang kurang memuaskan, tutur bicara yang ada menguris hati.. kak ita bagi pihak masam manis, memohon beribu kemaafan dan halakan segala kelemahan. Insyaallah kami cuba memperbaiki kelemahan ini dan sentiasa belajar dari kesilapan.











Kelas kali ini juga ada bekas studen kak ita. Sebenarnya kak ita cukup seronok bila ada bekas pelajar yang join semula kelas kak ita, kerana kak ita dapat lihat progress dan perubahan yang cukup ketara dari mereka. Kebiasannya bila mereka datang semula belajar.. banyak sangat perubahan.. semakin mahir dalam membentuk kelopak bunga.. semakin mahir dalam pemilihan colour dan yang paling kak ita kagum .. hasil kerkja mereka semakin kemas dan sentiasa displin dalam menghasilkan kek. Itu yang buatkan kak ita rasa apa yang kak ita cuba sampaikan nampaknya berhasil dan sangat-sangat membanggakan. Seronok sangat .. tak tergambar dengan kata-kata..













Terima kasih sekali lagi kepada semua.. semoga apa yang kak ita sampaikan dapat di manfaatkan dengan sebaiknya.. praktis bagi mereka yang masih belum mahir.. kerana praktis yang berterusan akan memantapkan lagi hasil sentuhan yang lebih baik. Kepada semua kak ita doakan semoga maju jaya dan salam sayang dari kejauhan

Kepada yang nak join kelas Korean Flower Buttercream, untuk bulan Ogos dan September dah fully booked. tarikh terbaru pada 7 Oktober. Jika berhajat nak join boleh whatsapp kak ita di talian 018 3747833
Cepat dapatkan tempat anda sebelum ianya fully booked !


2 comments:

Miza Talib said...

Subahannallah cantinya kejadian bunga dari buttercream tu nampak macam real

Cheta Eita said...

Wowww...kagummm cantik² hasil seni semuanya...

Post Top Ad

test