Korea Day 4 - masam manis

Breaking

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Apr 24, 2018

Korea Day 4



Assalamualaikum...
Maaf tergendala cerita lawatan ita ke Korea, sibuk sikit minggu ni dengan tempahan kek, jadi terpaksa pospone nak tulis kat blog ni.. macam-macam nak cerita pengalaman mengembara di bumi Korea yang pastinya kenangan cukup indah dan sudah semestinanya menjadi pengalaman yang cukup berharga dalam diri ini.




Orang kata kalau sampai di Korea kalau tak pergi ke Pulau Nami ni tak lengkap rasanya lawatan tu.. macam lauk yang tak letak garam.. tak secukup rasalah kan..
Ok hari ini ita nak cerita pasal Pulau Nami.. atau Nami Island wow! bagaikan mimpi bila dapat jejakkan kaki ke Pulau Nami. Terbayang-bayang lagi slot drama Korea yang popular satu masa dulu Winter Sonata, dan tak sangka akhirnya dapat juga ita jejak ke tempat pengambaran drama yang telah mendapat kutipan tertinggi dan antara drama yang cukup popular dan menjadi pujaan ramai.



Menurut Jordan, Pulau Nami ni dulu tak lah segah dan sepopular sekarang, dahulu pulau ni hanya di kunjungi oleh orang tempatan, tapi bila meletupnya drama Winter Sonata, ianya terus popular dan antara tempat yang harus di lawati bila berkunjung ke Korea.

Tahukah anda, dengan kehebatan drama tersebut, boleh di katakan banyak antara kenangan , gambar dan replika watak dari drama tersebut di abadikan dan di tinggalkan untuk di jadikan tontonan pengunjung yang datang bertandang ke sini setiap hari.









Nami Islan ni  terletak Chuncheon , Korea Selatan, kira-kira 63 kilometer dari Seoul. Sebuah pulau yang dikatakan sangat cantik setiap musim dengan flora dan faunanya bertambah lagi cantik dengan susunan pohon yang seakan meraikan kedatangan setiap pengunjung. Di kelilingi laut yang membiru dan laluan angin yang sepoi-sepoi bahasa, menambahkan lagi keindahan dan keterujaan bila berada di sini.

Di sebalik kemegahan dan ke indahan pulau yang di katakan cukup indah dan terkenal dengan romantiknya , tersembunyi seribu kisah kedukaan yang menjadi lipatan sejarah di pulau itu sendiri. Menurut Jordan, pulau yang berbentuk separa bulan ini terbentuk akibat dari mendapan batu dan pasir dari sungai Han, pembinaan empangan Cheongpyeong Dam  pada tahun 1944 pula mengukuhkan lagi kedudukan geografi pulau yang berada di tengah-tengah sungai ini.







Nama Nami Island itu pula di ambil daripada nama General Nami yang meninggal dunia pada usia yang terlalu muda iaitu 28 tahun akibat difitnah dan telah di jatuhi hukuman bunuh, pada era pemerintahaan King Sejo iaitu raja yang ke 7 dari Dynasty Joseon. Mayatnya dikatakan telah di potong-potong dan di campakkan ke dalam sungai. Menurutnya lagi, masyarakat kampung yang sedih dengan kematiannya telah mencari mayatnya dan di katakan di kuburkan di pulau tersebut. Ada sesuatu yang misteri juga, dikatakan sesiapa yang mengambil batu , walaupun sebutir dari situ pasti hidupnya tidak akan tenteram. waaa... menyeramkan jugak kan..
Padanlah ita lihat di sekitar pulau itu banyak sangat replika patung yang pelik seakan ada sesuatu yang hendak di sampaikan dan di ceritakan dengan maksud yang tertentu... menarik ni..









Pada tahun 1965 Pulau Nami telah di beli oleh Mr Minn Byeong-do yang bersara dari jawatan Gabenor dari salah sebuah bank di Korea. Beliau ingin menghabiskan waktu tuanya di situ. Beliau juga telah menanam pohon Chestnut, poplar, mulberry, pokok ginko, maple,  pokol cherry dan pohon-pohon yang indah itu akhirnya menjadikan pulau itu begitu indah dan  merupakan tarikan utama pelancung yang berkunjung saban tahun.

Pulau nami di katakan berubah wajah mengikut musim. Jika anda berkunjung ke pulau Nami pada musim sejuk Dec ~ Feb , pulau ini akan bertukar keputihan akibat di timbuni salju yang putih sepo.. dengan cuaca dingin yang sejuk nengambarkan kesunyian dan kerinduan yang mendalam..




Habis musim Salji, bunga-bunga pula mula berkembangan sekitar bulan Feb ~ April. Pada masa ini anda dapat lihat bunga-bunga yang berkembangan, pohon cery blossom dengan bunganya yang putih memenuhi setiap ruang pulau yang indah ini. Bertambah indah bila melihat bunga tulip berkembangan dengan ungas , tupai dan arnab sudah mula keluar dari lubang pertapaannya di musim dingin. Ramai pengunjung yang akan datang untuk melihat keindahan pulau ini, tak kiralah samaada penduduk tempatan atau pelancung asing.















Habis musim bunga , muncul pula musim panas sekitar Jun ~ Ogos. Masa ini pohon-pohon sudah mula hijau kembali. Musim panas bukanlah musim yang sesuai untuk di kunjungi oleh pelancung. Di katakan pada musim ini cuaca dan suhu sangat panas hingga mengigit kulit. Kebanyakkan yang berkunjung adalah warga tempatan yang menghabiskan masa mereka beriadah dan bersantai di hujung minggu











Bila masuk musim luruh iaitu pada Sept ~ Nov, pemandangan di pulau ini sangat cantik. Pohon-pohon bertukar dari kuning , ke oren dan ke merah , dan ianya adalah satu panorama keindahan ciptaan yang maha esa yang harus di rasai oleh setiap pengunjung. Suhu yang dingin dan nyaman juga terasa sangat tenang dan tenteram dan suasana ini cukup romantis bagi pasangan yang ingin menghabiskan waktu bulan madu mereka di sini.







Hari ini kami akan melawat Pulau Nami wah... tak sabar rasanya. Perjalanan dari hotel ke pulau nami mengambil masa 1 jam 45 minit. Sepanjang perjalanan kami di hidagkan dengan pemandangan yang indah. Bukit bukau dan pohon-pohon yang gondol dan bunga-bunga yang sedang berkembangan. Panorama indah ini memang jarang kita dapat lihat dan sesungguhnya ianya adalah keindahan milik sang pencipta. Jorda memberikan kami bekalan macam sushi, ita tak tau namanya apa.. tapi di katakan makanan yang popular di Korea dan seringkali di sediakan oleh ibu-ibu untuk bekalan anak-anak dan suami mereka. Sedap tau!



Suhu pada hari ini tidaklah sesejuk hari-hari semalam, Namun kami masih lagi mengenakan pakaian yang tebal sebab masih lagi terasa sejuk bila di tiup angin-angin yang sepoi-sepoi bahasa. takut juga bila suhu berubah, kata orang sediakan payung sebelum hujan. Jordan juga mengigatkan kami supaya bawa baju sejuk, sebab takut kalau berlaku perubahan cuaca yang tidak di jangka.


Kami sampai di sana pukul 10 pagi. Pihak Arba Travel telah menyediakan tiket untuk kami ke sana, jadi proses untuk ke pulau Nami berjalan lancar. Untuk ke pulau Nami kita boleh menaiki ferry yang hanya tak sampai 10 minit perlayaran. Atau bagi yang sukakan extrim boleh lah cuba menaiki Zipline atau flying fox untuk sampai ke Pulau Nami, tapi bagi anda yang gayat macam ita ni, kita gunalah ferry, lebih selamat sikit. Ya Allah ramai betul pengunjung yang datang hari tu, hingga sukar kita nak dapatkan port yang menarik untuk merakamkan gambar. Pulau nami di banjiri jutaan pengunjung dari dalam dan luar negara. Macam-macam orang dari seluruh dunia kita boleh  jumpa kat sini.




Pada ita pulau ini memang ada keistimewaan dan keindahaannya yang tersendiri. Deretan pohon yang di tanam berbaris , aliran sungai yang mengelilingi pulau, flora dan faunanya yang tersendiri.. ini mrenambahkan keindahan yang sukar di gambarkan. Yang tak bestnya terlalu ramai sangat pengunjung hingga kita terasa rimas dan bosan..






Masa yang di peruntukkan untuk menjelajah setiap kawasan memang tidak mencukupi. Bayangkan 3 jam berada di pulau yang indah dengan pelbagai sudut menarik yang harus di rakamkan memang tak cukup masa di buatnya. Mula terasa nak datang semula.. rasa nanti nak pergi sendiri pulak.. baru dapat luangkan masa seharian di sini sambil berangan ala-ala winter sonata sambil kayuh basikal hihi..


































Untuk melihat panorama indah pulau ini anda boleh berjalan kaki, menyewa basikal atau naik train yang di sediakan khas. Tapi kami tak sempat nak naik tu semua, sebab masa yang cukup-cukup terbatas. Memang tak puas lah... aii

Sebenarnya susah nak rakamkan gambar sebab pengunjung yang terlampau ramai dan masing-masing juga berebut-rebut nak merakamkan gambar juga.. jadi terpaksalah kami cari port yang tak ada orang sangat.. hihi

Lepas penat berposing.. kami di jamu makan tengahhari di restoran halal Asian Cusine . Menu untuk makan tengahari ni kami pilih sendiri sehari sebelum kami ke sini. Jadi taklah kami menunggu lama makanan di siapkan. Duduk aje.. makanan dah pun terhidang, cekap betul pengurusan Arba part ni memang terbaik Arba..






Apa yang menarik di Korea ni tak susah juga nak dapatkan makanan halal, sebab memang ada sahaja restoran yang menyajikan makanan halal di sini. Ruang solat juga turut di sediakan untuk orang Islam.


Selapas makan ita cuba merasa kuih pau yang dikatakan sangat sedap dan harus di cuba. ya memang sedap lah pau ni bertambah sedap sebab dia di sediakan secara tradisional , masak pakai dapur kayu tau.. makan panas-panas pulak.. lembut dan gebu gitu!  istimewa sangat..
satu lagi anda harus cuba ais cream kat sini pun sangat sedap! harus cuba walaupun sejuk kena cuba dan rsakan kelainan aiscream di dini. yummy!


Lepas makan kami berangkat pulang , semasa menunggu fery pun ya Allah orang masih berpusu-pusu lagi tiba.. ramainya lah orang.. memang betullah bagai di kata sesungguhnya Pulau nami ni punyai magnetnya tersendiri..



















5 comments:

nora noor said...

شركة كشف تسربات المياه بسيهات وعنك

sayd said...

ركن سيف لخدمات التنظيف ومكافحة الحشرات
شركة كن سيف[ تاتى لكم اليوم الموافق 5\5\2018 خدمات فى قمم الإمتياز من حيث الجودة المرتبة نحن شركة تنظيف بالاحساء تلك الشركة هى الشركة رقم 1 فى المملكة والتى دائماً ما تعتمد على تقنيات ذات رقى رفيع , تعتمد كذالكشركة مكافحة حشرات على معدات حديثة للغاية مستورده وذالك للحصول على خدمة تنظيف متقدمة كما اننا نقدم والتى هى شركة فى قائمة افضل 10 شركات فى المملكة لمكافحة الآفات المتواجدة فى الاماكن الخاصة والعامة والاراضى وهكذا نكون قد انهينا رحلتنا فى الاعلان عن افضل شركة مكافحة وتنظيف المنازل بالاحساء .

Ida Widyani Mohamed said...

Wah cantiknya kak ita pemandangan di situ.

رجب البرنس said...



بسم الله الرحمن الرحيم نحن فى شركة الكمال نقوم بجميع خدمات نقل العفش والاساس بافض الطرق تحت اشراف فريق كبير مدرب على اعلى مستوى من المستويات مع الفك والتركيب
شركة نقل اثاث بالطائف
شركة نقل اثاث بجازان
شركة نقل اثاث بحائل
والسلامة عليكم ورحمة الله وبركاته



Ida Widyani Mohamed said...

Salam Kak Ita, bestnya tengok gambar-gambar tu. Ceria sangat.

Post Top Ad

Responsive Ads Here