Semalam ita sediakan ikan bakar Terengganu yang sangat sedap! serius sedap tau! rencah dia tu memang sedap sangat -sangat.. !
Terima kasih pada Julaiha Omar yang sudi kongsikan resepi ikan bakar ni.. Lepas ni ita memang akan selalu guna resepi ni kalau nak buat ikan bakar lagi. Suami dan anak-anak pun suka.
Hari ni ita kongsikan kat sini pulak, semoga bermanfaat dan pahala juga untuk Julaiha kerana sudi berkongsi resepi. Tapi ita ada ubah suai sikit ikut kuantiti ikan yang ita guna. Ita bakar 2 ekor ikan caru je..
IKAN BAKAR TERENGGANU
Resepi Oleh : Julaiha Omar
Bahan-Bahan Untuk Pes Chili
10 tangkai cili merah - ita campur dengan cili api
15 tangkai cili kering ~ di kisar
5 ulas bawang merah ~ dikisar
5 ulas bawang putih ~ dikisar
2 inc halia ~ dikisar
5 batang serai ~ dikisar
2 inc belacan bakar
Gula melaka ~ secukup rasa
1 sudu besar ~ air asam jawa ( ita guna asam jawa yg takn ada biji )
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Panaskan minayk dan gorengkan belacan sampai harum
Ita satukan semua bahan yang di kisar dan kisar sekali terus je
Panaskan semula minyak yang bakar belacan dan tumis bahan yang di kisar sampai harum dan garing
Bila dah garing masukkan air asam jawa, gula Melaka, garam dan gula secukup rasa
Masak sampai garing
Ikan yang hendak di bakar di belah 2 keping nipis
Ambil sehelai daun pisang dan lipat dua, letakkan paste chilli
Letakkan ikan
Tutup dengan pes cili semula atasnya
Letak atas kuali pemanggang , tutup kuali dan bakar
Balikkan setelah sebelah bahagian ikan masak
Angkat dan hidangkan dengan limau kastuti dan bende yang di celur.
7 comments:
sedapnya, eh..blog kak ita dah lain ye..
Sedapnyaaaa omg
Mmg sedap
Nak cuba. Tm ksh kongsi resepi...
Sedap, mmg saya guna resepi ni je skrg
resepi ikan sedap ni, mohon share ye kak ita
Yumm😍 a savory meal, you should have a look at my personal recipe at http://resepiikanbakar.blogspot.com/
its actually not hard to make ikan bakar!
Post a Comment