Udang Masak Lemak Cili Api - masam manis

Breaking

Post Top Ad

Responsive Ads Here

May 27, 2018

Udang Masak Lemak Cili Api


Masak Lemak Cili Api adalah satu hidangan yang popular di Negeri Sembilan. Masakkannya cukup mudah dan ringkas. Sebenarnya selain menggunakan daging salai, kita boleh juga nak masak ayam, ikan, ketam atau udang.

Semalam ni ita sediakan udang masak lemak cili api untuk hidangan berbuka puasa semalam. Kalau nak buat sahur pun sesuai juga ni. Rasanya sangat sedap , lemak-lemak dan pedas-pedas, berselera sungguh anak-anak dan suami menikmati juadah berbuka puasa. Lawankan dengan sambal belacan dan ikan goreng dah buatkan bertambah-tambah nasi di pinggan



UDANG MASAK LEMAK CILI API

Bahan Kisar

15 ulas cili padi
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inc kunyit hidup

2 batang serai ~ dititik
1/2 kg udang ~ di bersihkan
2 biji santan
2 keping Asam keping
garam secukup rasa
4 pokok Akar ketumbar ~ bersihkan
2 biji tomato ~ potong 4

Campurkan santan, cili padi, bawang merah, bawang putih, kunyit, serai  dan batang ketumbar dalam periuk , Hidupkan api dan masak sambil di kacau supaya tak pecah minyak
Setelah didih masukkan asam keping, udang, tomato dan biar udang masak
Perasakan dengan garam secukup rasa
Angkat dan hidangkan setelah udang masak



No comments:

Post Top Ad

Responsive Ads Here