Fruits Pastry Cake - masam manis

Breaking

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Aug 24, 2018

Fruits Pastry Cake



Fruits Pastry Cake ni dah lama popular sebenarnya dan pernah viral di kalangan blogger masakkan pada tahun 2011 wah... dah lebih 7 tahun baru kini dia kembali viral semula. Kek ni kalau di kalangan blogger masakan yang mula perkenalkan adalah Rima dan Gert. Dulu kami blogger masakkan sehati sejiwa.. masing-masing kalau ada resepi baru yang sedap pasti akan di cuba oleh setiap blogger dan masing-masing akan memberikan respon yang baik terhadap resepi yang mereka cuba. Bila seorang cuba dan kata sedap.. apalagi yang lain tak boleh dok diam lah.. semua pun berlumba-lumba mencuba dan mempamerkan hasil olahan kek masing-masing..

Seronok sangat dunia blog masakkan masa lalu.. Ikatan persaudaran kami amat erat walaupun kami hanya berhubung atau berkenalan di alam maya aje.. sorang di JB sorang di Kuantan.. sorang di utara.. sorang di selatan mahupun yang berada di luar negara.. tapi kami rasa macam kita hidup berjiran saling kenal mengenal dan berkongsi minat yang sama.

Hidup berjiran di alam maya ni lain sikit.. walaupun kami tak dapat nak hulur pinggan bagi merasa apa yang kami masak.. tapi berkongsi resepi dan bercerita tentang keenakkan resepi yang di kongsi juga seolah kami dah mendapat sepiring kuih dari jiran sebelah rumah tau! hebat kan hubungan rakan blogger masakkan..

Tapi kini semuanya hanya tinggal kenangan yang mungkin terpahat dan tersemat kemas dalam lipatan silam. Masing-masing dah mula sibuk dengan urusan masing-masing. Banyak blog yang dah mula sepi tanpa berita.. ada yang dah bersawang dan ada juga yang dah berkubur..

Yang tinggal hanya beberapan kerat sahaja yang masih lagi meneruskan minat yang sama... maklumlah dengan teknologi internet yang semain pesat, orang ramai lebih suka berkongsi di fb dan ig, lebih cepat dan mudah nak asess kata mereka. Maka tinggallah blog-blog ni sepi tanpa pengunjung.

Berbalik pada resepi yang kak ita kongsikan kali ini, Fruits Pastry cake, kalau dulu ita cuba resepi dari Gert anda boleh rujuk resepi lama di SINI , resepi tu ita ada letak custard. Resepi asal Gert tak letak custard pon, ita je yang suka-suka letak custard, biasalah blogger sesekali kami juga suka derhaka... ialah kita anak beranak juga yang nak makan.. hihi tak bagi orang pon.. kalau pada tekak kami sedap , kami kongsilah kalau tak sedap tak kongsilah..

Jangan limitkan sangat pemikiran ketika memasak.. ada orang memang macam tu.. kalau cikgu ajar A tak boleh tukar B, dia akan pertahankan A sampai kiamat.. walaupun tak ada dosanya kalau kita cuba guna B, tak cuba tak tau kan.. kalau tak tahu tak jatuh hati lah.. ya tak?

Yang paling ita tak berapa suka, orang yang suka ambil kesempatan pada kelemahan dan kealpaan orang lain.. mak ita kata macam "buaya.." dia mengaga je.. tunggu mangsa aje nak ngap!
Adik-adik pon.. jangan malas nak mencari.. kebanyakkan resepi kek yang viral ni dah pernah di cuba oleh ramai blogger.. adik-adik cuma perlu curi masa sikit aje untuk search resepi.. tak lah kena tipu bulat-bulat dek oii.. yang buat PJJ ni memang suka sangat dengan orang yang alpa dan leka macam adik-adik ni.. yang tak suka nak mencari.. nak nanti bersuap je..

Akak banyak dapat aduan, yang mana pergi beli resepi PJJ sekali mereka dapat resepi yang pernah akak kongsikan. Siap dengan resepi sebiji dan lagi hebat print terus gambar dan resepi dari blog akak dan jual PJJ. Ya Allah macam ni pon ada..
Dik.. kalau adik tak galakkan mereka tak jual pon.. sebab adik-adik malas nak mencarilah maka timbulnya banyak PJJ di internet.

Ada yang mereka olah sikit je.. tukar itu sikit tukar ini sikit.. kalau tepung tu haa... sampai berpuluh tepung guna nak bagi nampak lain.. padahal resepi yang sama je.. semua tu gimik je.. nak nampak lain dan nak kata itu resepi mereka.. adoiii..
ok lah akk pun malas dah nak bebel, petua akak  kalau nak buat kek hati kena cool baru kek jadi lembut , gebu dan sedap! jom kita tenangkan jiwa kita buat kek.. dari membawang.. dapat pedih je.. huhu


FRUITS PASTRY CAKE
Resepi Asal : Rima

100 gm unsalted butter
160 gm gula castor ( resepi asal 200 gm ) 20 gm lagi ita gaul dengan buah
50 gm sour cream atau boleh guna yogurt
3 biji telur A
1 sudu teh esen vanilla
1 biji orange - parut kulitnya aje ( resepi asal lemon )
210 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
500 gm buah-buah citrus ( strawberry, blueberry, peach, resberry dll)

Tepung satukan dengan baking powder dan ayak ( ada orang letak sikit tepung jagung, cth dia kurangkan 20 gm  sukatan tepung gandum + dengan 20 gm tepung jagung) 
Buah-buah tu pula kita potong  kalau yang besar, cuci bersih dan toskan, lepas tu gaul dengan 20 gm gula atau 2 sudu besar gula
Kalau guna buat dari dalam tin, basuh buat tu dan toskan-tak perlu letak gula sebab buah tin lebih manis

Dalam mixer, putar butter , sour cream dengan gula hingga putih dan gebu
Masukkan telur satu persatu dan terus putar
Adunan akan jadi becah atau berbintil-bintil (itu normal)
Masukkan vanilla dan kulit orange dan terus putar
Tutup mixer
Masukkan tepung dan kaup balik rata
adunan akan jadi pekat 
Tuang dalam loyang 8 inc yang dilapik kertas dan oleh butter
ratakan
Taburkan buah-buahan atas adunan tadi
bakar dalam oven pada suhu 170C selama 45 - 1 jam atau sehungga adunan masak sempurna dan permukaan atasnya golden brown

Masa bakar tu bergantung pada oven, kalau aoven kecil 45 minit dah cukup, cucuk lidi kat tengah untuk pastikan kek telah di m,asak sempurna




5 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Ayat last tu paling win, hati pedih akibat membawang 😂😂😂
Tapi apa yg kak ita cerita tu mmg betul, sedih bila ingat zaman kita2 blog dulu semuanya dikongsi dgn penuh keikhlasan, kan kak.
Btw sy tak pnah cuba lagi rsepi kek ni dan sy dah lama tak buat kek, huhu. Masak pun ala kadar utk isi perut family aje. Zaman dah berubah kak

dZana said...

betul tu ita.. rindunya zaman blogger dulu.. dah besar anak dara ita ye.. akk.ingat lgi dalili..

dZana said...

betul tu ita.. rindunya zaman blogger dulu.. dah besar anak dara ita ye.. akk.ingat lgi dalili..

indahhouse said...

Salam kak ita,
Tak baiknya chegu pjj yg buat macamtu. Takde etika..
Saya dulu slow motion je, tak ikut sgt, sbb suami kurang nak makan kuih2.
Tapi kek dari kak kak rima mesti sgt sedap, 😊.

harum mawar said...

Kak azlita mmg terbaik

Post Top Ad

Responsive Ads Here