SOTO AYAM, MUDAH, RINGKAS ,SEDAP! - masam manis f

Breaking

May 12, 2019

SOTO AYAM, MUDAH, RINGKAS ,SEDAP!


Soto ayam ni memang kesukaan ita. Tau tak hari-hari ita sarapan makan soto ayam pun boleh.. Biasa makan kat kedai Pak Abu kat Taman Daya ni.. tapi bulan puasa Pak Abu tak meniaga.. kenalah masak sendiri.

Bulan puasa ita suka masak cara yang mudah dan ringkas je.. cari resepi bahan yang simple je.. sebab bulan puasa malas nak dok lama-lama kat dapur.. ^-^



Walaupun kadang ada yang kata .. kak nape tak letak ni.. napa tak letak tu.. dik akak yang nak makan dik.. ikut lah nak letak apa pun.. kalau adik yang nak makan nanti adik boh lah semua yang adik nak letak tu ya.. yang ni akak yang nak makan.. hihi

Resepi ita simple je.. bahan yang mudah dapat. Yang ni kak ita tak letak santan.. biasa letak sikit.. kali ni nak kurangkan kolestrol dalam badan yang dah makin tepu ni..

Ok jom kita masuk dapur kita masak..



SOTO AYAM MUDAH DAN RINGKAS





Bahan Kisar

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inc halia
1 inc kunyit hidup / serbuk kunyit 1 sudu teh
2 batang serai 
1 inc lengkuas 

Bahan-bahan ini semuanya di kisar halus. Untuk serai tu terpulang kalau nak kisar sekali boleh nak titik aje pun boleh. Kalau kisar ambil bahagian perdu serai yang putih sahaja. Kalau nak kisar sekali serai tu, guna 2 batang sahaja pun cukup.



Bahan Tumis

Kulit kayu manis
bunga lawang
bunga cengkih
biji pelaga

Rempah soto 1 peket kecil
Sup bunjut 1 bunjut

Bahan lain

1 ekor ayam ~ potong 4 
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
2 kiub ayam 
2 sudu besar santan ~ yang ni nak letak boleh tak letak pun tak pe

Mula-mula kita panaskan minyak
Kemudian tumiskan bahan tumis, kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan biji pelaga, tumis hingga harum
Kemudian masukkan bahan yang di kisar halus
Masukkan rempah soto
Masak hingga garing dan terbit minyak ( rempah soto kena masak lama ya.. )
Kemudian masukkan air secukupnya
Biarkan air mendidih
Bila dah didih, masukkan sup bunjut, ayam dan kiub ayam
Biarkan kuah merenih
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Angkat ayam dan toskan
Ayam kemudian di goreng
lepas tu siat-siat halus
Baki kuah tambahkan air
Biarkan didih
Akhir sekali masukkan sedikit santan jika suka
Kacau dan biarkan kuah didih sekali lagi.



Keluarkan ayam dan toskan
Larikan sedikit ayam untuk di buat begedil ayam nanti 
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga keemasan
Kemudian boleh lah di siat halus. 



Dah pun siap kuah soto kita, Sekarang kita sediakan pula begedil ayam




BEGEDIL DAGING MUDAH DAN RINGKAS

4 biji kentang
200 gm daging cincang

kentang kupas kulit dan potong bulat nipis
Kemudian goreng sampai masak
Angkat toskan minyak dan tumbuk lumat
Daging pun goreng sekejap
Angkat dan tumbuk lumat

1 pokok daun sup - cincang halus
1 pokok daun bawang - cincang halus
bawang merah - cincang halus
bawang goreng
dua biji kuning telur - putih telur untuk celup sebelum begedil di goreng
1 sudu besar perencah sup
2 biji putih telur

satukan semua bahan dalam bekas kecuali putih telur
Perasakan dengan garam
Bulat-bulatkan
Celupkan dalam putih telur
Dan goreng dalam minyak panas hingga masak
Sedia di hidangkan


Begedil dah siap sekarang nak sediakan pula sambal kicap


SAMBAL KICAP

15 tangkai cili padi
6 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap manis
secubit garam
2 biji limau kasturi

Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang putih dan cili padi hingga layur
Masukkan dalam blender bersama kicap manis dan garam
Kisar halus
Tuangkan dalam bekas dan perahkan jus limau kasturi




Dah pun siap
Soto ni di makan bersama
~ nasi himpit
~ taugeh
~ Ayam di siat-siat halus
~ daun sup dan daun bawang di hiris
~ kacang goreng
~ bawang goreng
~ begedil
~ sambal kicap





1 comment:

MISS NUHAZ said...

Terima kasih sudi berkongsi yg lengkap. Saya dah cuba , memang sedap :)

Post Top Ad

test