Malaysian Food Life # Sweet Potato Donuts Kuih Keria - masam manis f

Breaking

Oct 11, 2021

Malaysian Food Life # Sweet Potato Donuts Kuih Keria



Kuih Keria adalah kuih tradisional yang sangat kak ita suka. Kuih yang mengimbau nolstagia bersama ibu tersayang. Mak akak memang suka buat kuih keria, keria keledek atau ubi semuanya kesukaan kak ita. Kadang mak salut dengan gula dan ada kalanya dengan gula Melaka. Kedua-duanya kalau mak yang buat memang kak ita tak pernah menolak. Kuih keria ini jugalah yang jadi jualan mak untuk membantu ayah. Mak memang tak pernah kering tangan lah... ada sahaja yang di buat untuk meringankan tugas suami.. Dulu-dulu.. kalau nak masuk musim tengkujuh, ramai yang mula menanam keledek , labu dan ubi.. tujuannya adalah untuk simpanan pada musim tegkujuh. Keledek, ubi, labu adalah makanan yang tahan lama di simpan. Kata mak lepas lah perut sementara tunggu musim tegkujuh berlalu. Untuk membuat kuih keria kita gunakan keledek. Tak kisah nak guna keledek putih ke.. oren ke atau keledek unggu semuanya sedap ! Keledek perlu di kupas kulitnya, di rebus dengan air dan sedikit garam kasar hingga empuk. Bila dah empuk, agkat toskan air rebusannya dan masa panas-panas tu kena lenyekkan sampai lumat. Jangan biar sejuk nati susah nak di leyekkan Untuk resepi ni kak ita buat 2 kg keledek (yang dah di lenyek ), 1 kg tu boleh dapat dalam 40 biji yang berat setiap satu keria dalam 27 gm Kak ita bahagi 2 bahagian, 1 kg kak ita salut dengan gula pasir dan satu kg lagi kak ita salut degan gula melaka Jadi terpulanglah nak buat berapa kgda gula apa, nak gatika gula melaka dengan gula merah atau gula perang pun boleh. Kalau nak buat 1/2 kg keledek, aduna untuk sira tu bahagi 2 Di bawah ni kak ita kongsikan resepi untuk 1 kg keledek ya. KUIH KERIA 1 kg keledek ~ Di kupas kulit cuci bersih air secukupya garam kasar Rebus hingga empuk Kemudian tapis atau toskan Panas-panas di lenyek lumat Biarkan sejuk 1 cawan tepug gadum sedikit garam jika keledek kurang masin Bila keledek dah sejuk, baru gaulkan degan tepung hingga menjadi doh timbang doh dalam 27 gram. Buat betuk tayar ( boleh rujuk video ) tangan sapukan sedikit minyak untuk mudah membentuk tayar Buat sampai habis Panaskan minyak bila dah panas masukkan keria setiasa kacau bila keria dah timbul kecikkan api dan masak hingga keemasan Kalau keria tak betul masak, bila lepas goreng dia akan peyek atau kempis. Bila dah masak angkat dan tunggu sejuk sebelum di sira SIRA GULA PASIR 1 cawan air 2 cawan gula pasir 1 sudu besar minyak masak masukkan semua bahan ni dalam kuali dan masak sampai dia berbuih yang sedikit likat kalau kita angkat air gula turun tak putus-putus masukkan keria yang dah sejuk tadi gaul sampai gula bersalut ( cepat-cepat ) lepas tu terus tutup api sambil terus kacau hingga gula kering SIRA GULA MELAKA 1 cawan air 1 cawan gula melaka 1 cawan gula pasir 1 sudu besar minyak caraya sama macam sira gula pasir atau boleh rujuk video Terima kasih

6 comments:

reelgame.site said...

This site is a great stepping stone for any player that is just getting started with online gambling. 파친코사이트

totosite365.info said...

I appreciate your hard work for writing this awesome article. 토토사이트

casinosite777.info said...

I am really grateful for your blog post for giving a lot of information
바카라사이트

Syu Deris said...

Suka kuih ni. Tapi selalu failed bila bab menyira.Hu3.

Al Eizba said...

Thanks for posting a valuable and informative blog. Further, watch this man made Khorfakkan Waterfall in Dubai.

Vale Imong said...

Tautan untuk bandar terbaik casino online termurah OLE777 https://www.weprinciples.org/ole777casino/

Post Top Ad

test