Nasi Goreng Ikan Masin - masam manis f

Breaking

Sep 4, 2014

Nasi Goreng Ikan Masin


Hari ini ita masak Nasi Goreng Ikan Masin untuk sarapan kami sekeluarga pagi ni.
Kebetulan nasi yang ita masak semalam ada berbaki, sayang pula nak buang.. jadi ita buatlah nasi goreng. Kalau dah sarapan nasi goreng ni tengahari ni masak lewat lah sikit.. sebab dah kekenyangan makan nasi goreng.



Suami ita memang suka makan nasi goreng. Sebab dah terbiasa kot.. orang Kelantan kebiasannya suka mengambil nasi sebagai sarapan pagi. Sebab tu ita tak ada masalah sangat untuk sediakan sarapan..

Nasi goreng ikan masin ni sama juga macam nasi goreng yang lain. Cuma di dalam penyediaannya tentulah ikan masin menjadi perencah utama di dalam penyediaannya. Ada yang menggunakan ikan jeruk dan tak kurang juga menggunakan ikan masin biasa.. Tapi kebiasannya menggunakan ikan masin yang banyak isinya seperti ikan tenggiri atau ikan kurau.

Ita pula menggunakan ikan tenggiri. Sedap juga nasi goreng ikan masin ni..
Ada sedikit kelainan mungkin di dalam cara menghidangnya. Nasi goreng ikan masin ni kebiasannya di hidangkan di atas telur yang di dadar nipis.. itulah yang membezakannya dari masi goreng yang lain selain ramuan ikan kering yang di masak bersama..

Apa tunggu lagi.. jom kita masak!


NASI GORENG IKAN MASIN

1 mangkuk nasi putih sejuk ~ yang telah di peroi
1 keping ikan masin atau ikan jeruk ~ tenggiri atau kurau di siat-siat atau di hiris nipis
5 ulas bawang merah ~ di kisar atau di tumbuk halus
3 ulas bawang putih ~ di kisar atau di tumbuk halus
10 biji cili padi ~ di kisar atau di tumbuk halus (jika tak suka pedas boleh kurangkan)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar ~ kicap cair atau stock ikan
garam secukup rasa
1 kiub ikan bilis ~ jika suka
2 butir telur


lobak merah ~ di hiris
Sayur sawi ~ di hiris jika suka
Daun sup dan daun bawang ~ jika suka
Cili merah ~ hiris nipis sebagai hiasan
Sayur-sayur ni terpulanglah nak letak sayur apa bersesuaian dengan selera

Barang-barang pun dah tersedia, jom kita mula memasak


Panaskan minyak di dalam kuali
Tumiskan bahan yang di kisar atau di tumbuk tadi
Masak atau tumis hingga garing dan harum
Masukkan ikan masin gaul rata
Tambahkan sos tiram dan stock ikan, Jika tak ada stock ikan boleh gantikan dengan kicap cair.
Boleh tambahkan kiub ikan jika suka
Perasakan dengan garam secukup rasa.
Hati-hati di dalam penggunaan garam kerana ikan masin, sos tiram dan stock ikan juga mengandungi garam.
Kemudian masukkan nasi
Gaul semuanya rata
Akhir sekali bolehlah kalau nak letak sayur-sayuran

Panaskan kuali leper dengan sedikit minyak
Kocok sedikit telur bersama sedikit garam
Tuang dalam kuali leper dan dadarkan nipis
Angkat dan letakkan di atas pinggan hidang
Letakkan nasi goreng ikan masin di atasnya
Sedia di hidangkan bersama sos cili atau sambal belacan jika suka




9 comments:

fazianbatrisyia said...

sedapnya...sib baik kenyang ni, kalau tak cam nak terkam gambar

Wak Lat said...

Salam. Hee nampak sungguh selera.

Veronica said...

Must be full of flavour. Makes my mouth watered. Thanks for sharing.

Ane Zarina Rohani said...

mesti try weekend ni...

Unknown said...

Ssalam kak ita...nak tanye nih..kak ita pakai sos ikan brand ape?hihi..=)

Unknown said...

Sedapnyer!...

Unknown said...

Dah siap. Sedap :)

nina said...

Tengah cari idea nak masak apa breakfast pagi ni, hehe. Nampak sedap ni, boleh buat pagi ni. Tq for resepi ye :)

Resepi Asia said...

saya baru je lepas makan nasi goreng bersama roti canai...fuhhh terangakat juge :)

Post Top Ad

test