Nama saje kawin dengan orang Kelantan, tapi banyak makanan dari negeri Cik Siti Wan Kembang ni yang kak ita tak boleh makan. Kalau nak makan kak ita kena masak sendiri, olah balik agar sesuai dan serasi dengan tekak dan perut yang kuat meragam.
Memasak ni sebenarnya mudah, tapi ada kala kita yang buatkan ianya nampak sukar dan rumit. Kata orang "dah ada yang mudah buat apa nak susahkan diri.."
Cara memasak nasi dagang ni sebenarnya cukup mudah, lebih kurang macam masak nasi lemak je.. rasa pun lebih kurang je.. cuma yang membezakannya ia menggunakan beras khas kalau yang Kelantan punya lah.. beras yang ada dua colour macam ni.. ada campuran beras pulut sikit... tapi di rumitkan bila nak kena kukus lah.. sira dengan santan lah.. benda boleh mudah kan.. kenapa nak susah...
Biasa kalau ita masak ita masuk periuk nasi je.. senang kerja.. kita ni dah zaman moden semua nak cepat.. kalau nak berkukus-kukus bagai.. kerja lain semua tak siap! Banyak lagi kerja lain yang nak di siapakan..
Tapi.. ada tapinya.. biasa bila kat media sosial ni.. kalau kita tunjuk cara kita masak lain sikit.. ramailah mak cik bawang merah.. mak cik bawang putih.... cik kak halia.. cik kak lengkuas.. sampai pak serai dan pak kunyit pun join sekali membawang sama... itu tak betul ini tak betul..
Dulu kak ita pernah rasa give up nak berblog.. nak berkongsi resepi.. Tujuan asal kak ita berblog adalah untuk simpan resepi yang kak ita pernah cuba. Mana yang sedap-sedap kak ita simpan di blog ni.. untuk rujukkan anak cucu.. ialah kak ita ada 2 anak bujang.. ada seorang anak dara.. mana tau kalau kak ita tutup mata dulu..bolehlah anak dara ita jadikan blog ini sebagai panduan dia nak memasak untuk keluarganya.. dan untuk bakal menantu juga.. kalau dia nak masak masakkan kesukaan anak ita bolehlah dia jadikan blog ita sebagai rujukkan... macam ita dulu bila kawin nak tanya mak mertua resepi makanan kesukaan suami segan.. nanti di kata kita menantu tak pandai masak pulak .. kenalah pandai-pandai cari sendiri.. kan senang jika semuanya di simpan untuk mereka.. kira macam harta pusaka jugak lah ni.. tapi di kongsikan bersama.. akhirnya bukan untuk anak-anak ita aje.. mereka yang lain juga dapat maanfaat dari hasil perkongsian bersama ni..
Tapi bila ramai yang kecam.. rasa macam bosan pulak.. yang sedihnya sampai tulis email panjang lebar minta kak ita buang n3 tu, katanya rosakkan cara asli sesuatu masakkan... Tu yang down sekejap tu.. malas nak berblog.. Mujur ada suami yang selalu ingatkan ita.. " pedulikan.. bukan mereka yang nak makan pun..."
Ada masa hati rasa sejuk bila ada yang bagi semangat.. ada yang kata mereka mencari rezeki dengan perkongsian resepi dari ita.. ada yang kata mereka kehilangan emak dari kecil lagi.. blog ita banyak membantu mereka untuk memasak.. ialah nak rujuk pada emak.. emak dah tak ada.. kerana semangat dari adik-adik ini lah.. ita cuba bertahan.. pekak kan telinga.. sepatah kata anak ita.." block je orang yang berfikiran negatif dari hidup kita.. baru kita akan sentiasa positif.. "
Oklah malas nak songeh banyak-banyak bula-bulan puasa ni.. kang kurang pulak pahala.. kita lihat je cara nak sediakan nasi dagang Kelantan ni..
Untuk video memasak cara kukus kak ita ada kongsikan di ig akak, boleh ke ig akak azlitaaziz
NASI DAGANG KELANTAN ASLI
1 kg beras nasi dagang Kelantan
* beras di rendam semalaman, kemudian cuci bersih
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
5 ulas bawang merah ~ hiris halus
1 inc halia ~ mayang halus
2 sudu teh halba
garam dan gula secukup rasa
Cara Kukus
Beras di rendam semalaman hingga lembut, kemudian cuci bersih dan toskan
Kukussan di panaskan
Kukus beras anggaran 20 - 30 minit
Kemudian angkat , beras masukkan dalam bekas dan siramkan dengan santan cair
gaul rata-rata
Masukkan semula beras dalam kukus dan kukus sekali lagi selama 20-30 minit
Sementara itu, bawang, halna, halia, garam dan gula kita gaulkan bersama santan pekat
Bila nasi kita dah masak, Angkat dan siramkan pula dengan santan yang di gaul bersama bawang dan halia
Masukkan semula dalam kukus dan kukus semula hingga nasi masak
Cara tanak guna periuk nasi
Beras kena juga rendam semalaman, sebab beras ni ada pulut nanti tak kembang bila tanak
Kemudian cuci bersih dan toskan
Masukkan beras, bawang hiris, halia, halba garam dan gula
Kemudian masukkan santan
Ita akan masukkan sebatang serai yang di ketuk
Sukatan air macam kita masak nasi biasa, lebihkan sedikit sahaja air macam kita masak guna beras beriani
Lepas tu tekan suis on dan tunggu hingga nasi masak
siap!
Sekarang kita sediakan gulai udang pulak
GULAI UDANG NASI DAGANG YANG SUNGGUH ENAK
Resepi Oleh : Cik Wan Kitchen
Bahan-bahannya
1 kg udang
1 biji santan kelapa - ita guna 1/2 kotak santan KARA
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inc kunyit hidup atau 1 sudu teh kunyit serbuk
4 tangkai cili kering - ita lebihkan
1/2 inc halia
1/2 inc lengkuas
1 peket kecil halba campur
1 sudu besar rempah kari ikan
2 keping asam keping
1 keping nisan - gula Melaka ( ita tambah)
garam dan gula secukup rasa
Mula-mula kisar bawang merah, bawang putih, cili kering, halia, lengkuas dan kunyit
Panaskan minyak, tumiskan rempah halba campur
Kemudian, tuangkan bahan kisar dan masak hingga garing dan naik harum
Masukkan rempah kari dan masak lagi hingga betul-betul garing dan pecah minyak
Tuangkan santan
masukkan asam keping, nisan, gula dan garam
Masak dan biarak kuah merenih hingga menjadi 1/2 periuk atau sedikit pekat
Ita letakkan timun hiris dan cili merah
Masukkan udang dan masak sekejap je supaya udang lembut , tak liat
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
angkat dan hidangkan dengan nasi dagang
4 comments:
ohh patut lah lama tak nampak kak ita kat blog,, rupanya ada cerita..huu sabar ya kak, peel manusia macam2.. .btw sedap jugak nasi dagang kalau buat bulan puasa.
Assalamualaikum kak ita.
Keiklasan seseorang yang memberi tiada tandingan nya,berbanding dari yang menerima ya. In sya Allah semoga kak ita diberikan kesihatan serta dipermudahkan segala urusan kak ita.Aamin...
terima kasih kak...sy mmg cari cara masak yg mudah... baru nak try buat sb suami mtk nak mkn musim2 pkp ni... tq kak 😊
tkasih share resepi.
www.asmahabubakar.com
Post a Comment