PUDING CENDOL - masam manis f

Breaking

Nov 12, 2010

PUDING CENDOL

PUDING CENDOL

Pencuci mulut hari ni Puding Cendol
resepi ni ita ambil dari buku "senangnya memasak Puding & Desert" oleh Chef Hanieliza. Ita mmg suka dgn buku memasak chef liza ni kerana cara memasaknya mudah.... lg pu Chef Liza adalah salah seorg chef kegemaran ita...
Puding ni sedap anak2 suka...klu dah masuk peti ice tu laju aje.... Kali ni gula merah dia agak hitam sikit sebab ita hari tu beli tuk buat kuih kasui, ita klu buat kuih kasui suka cari gula merah yg hitam2 sikit jd nanti kuih kasui tu cantik.... bila buat kat puding cendol ni terhitam plk warnanya.... tak kisahlah ye janji sedap...

MyKitchen's Recipe

Recipe by : Chef Hanieliza
Sumber : Buku Senangnya Memasak Puding & Desert

  • 1/2 paket agar2 [20 gm]
  • 3 gelas air
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan susu cair
  • 2 cawan cendul
  • 1 cawan gula merah

"DO IT YOUR SELF"

Rebuskan agar dengan air sehingga mendidih.
Masukkan gula dan biarkan mendidih lagi. Tapiskan.
Bahagikan adunan pada 3 bahagian.
Bahagian 1/3 itu dipanaskan dan masukkan gula merah. Kacau rata dn biarkan mendidih dan tapis.
Masukkan sedikit dalam acuan dan biarkan agak keras tetapi jangan ekras sangat nanti adunan tidak melekat.
2 bahagian lagi dipanaskan dan masukkan susu cair dan cendul.
Kacau rata dan tuangkan perlahan2 atas adunan gula merah dan sejukkan.
Hidangkan.

1 comment:

nonierahman said...

kak ita merah betul gula merah tue :)

Post Top Ad

test