APAM BERAS - masam manis f

Breaking

Nov 30, 2010

APAM BERAS

Assalamualaikum....
Pagi tadi saya buat apam beras... tengok ramai kawan2 dah buat apam ni.. teruja tgk masing2 memosingkan apam mereka comel lote semuanyer... Apam ni ita buat malam tadi untuk sarapan anak2 pagi ni.. anak2 semua suka apam ni lembut aje rasanyer... kpd yg belum mencuba boleh la cuba membuatnyer....


Resepi ni ita ambil dr blog Kak Noor Secubit Garam... ita klu bukak blog kak Noor ni mesti teruja nak memasak... semangat dtg berkobar... suka sangat!!!.... terima kasih kak Noor... sumber inspirasi ita utk memasak dan mencuba lg pelbagai masakkan utk family...

Ok jom kita tgk resepi Kak Noor  ita cnp kat sini ye... nanti mudah ita dan kawan2 nak rujuk..

MyKitchen's Recipe

By:Kak Noor Secubit Garam

Bahan-bahan
2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 cwn brown sugar
3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam

"DO IT YOURSELF"

Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
Perap selama 3 jam.
Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan

1 comment:

Siti Hadijah Ahyat said...

kak. org dedulu pkai ragi. sedap...

Post Top Ad

test