AYAM ROS MERAH - masam manis f

Breaking

Nov 13, 2010

AYAM ROS MERAH

AYAM ROS MERAH

Yg kat atas tu Ayam Ros Merah
Kenapa nama dia ayam ros merah emmm ... mungkin kerana kita letakkan daun pandan dlm masakkan ni.. baunyer yg harum tu lah memungkinkan namanyer ayam ros merah...
resepi ni ita ambil dr majalah Rasa resepi dr Chef Azrul Hisyam... sedap!!... TQ chef...

MyKitchen's Recipe

Recipe by: Chef Azrul Hisyam
Sumber: Majalah Rasa

Bahan A
1 kg ayam - dipotong
100 ml minyak masak
100 ml minyak sapi - ita guna planta

Bahan B
Rempah tumis (4 sekawan)
12 biji bawang merah - dikisar
6 biji bawang putih - dikisar
1 cm halia - dikisar
300 gm cili kering - dikisar
200 gm cili merah - dikisar
100 gm pes tomato - ita tak letak

Bahan C
100 gm cili sos
100 gm tomato sos
1 tin susu cair
2 helai daun pandan
200 ml air asam jawa
1/2 liter air
garam secukup rasa
100 gm gula pasir
150 gm gula melaka

Bahan D
2 biji cili merah - dibelah 2
2 biji cili hijau - dibelah 2
1 biji bawang besar - dipotong gelang
2 biji tomato - dibelah 6
50 gm kacang pis - Ita tak letak

"DO IT YOUR SELF"

Ayam digoreng berasingan dahulu bersama garam dan serbuk kunyit
Panaskan minyak, tumis rempah tumis dan bahan yg dikisar hingga garing dan harum.
Kemudian masukkan cili kering, cili merah dan pes tomato. kacau hingga cili benar2 masak.
Masukkan air, sos cili, sos tomato, susu cair, daun pandan dan air asam.
Setelah bahan2 sebati dan pekat masukkan garam, gula, gula melaka dan kacau rata.
Akhir sekali masukkan ayam dan bahan D sebelum dihidangkan.



No comments:

Post Top Ad

test