ACAR RAMPAI PELAM - masam manis f

Breaking

Nov 13, 2010

ACAR RAMPAI PELAM

ACAR RAMPAI PELAM

ini pula acar rampai pelam..
hihihi... sebenarnyer jiran sebelah umah ita bg ita pelam.. kak zila ni mcm tau2 aje ita suka pelam selalu plk dia bg ita pelam... TQ kak sayang akak muuuaaahhh!!!
kerana pelam kak zila la ita buatkan acar rampai pelam ni... ok ita tulkar la nama resepi ni pada Acar Rampai Pelam Kak Zila...ok tak?... hihihi

MyKitchen's Recipe


  • 100 gm timun - dimayang halus
  • 100 gm lobak merah - dimayang halus
  • 100 gm cili merah & hijau - dimayang halus
  • 100 gm pelam muda - dimayang halus
  • 50 gm bawang besar
  • 60 ml cuka
  • 30 gm gula
  • garam
  • Air kapur secukup untuk merendam sayur

"DO IT YOUR SELF"


Timun dipotong 2 inci dan buangkan biji tengahnya. Mayang halus.
Pelam dipotong 2 inc buang empuluh tghnyer dan dimayang halus.
Lobah merah, cili merah & cili hijau dimayang halus saperti batang mancis.
Bawang besar dibelah 2 dan mayang halus juga.
Rendamkan semua bahan yang dimayang dalam besen besar yg berisi air kapur selama 30 minit. Tapiskan dan biarkan sehingga kering.
Gaulkan gula, garam dan sedikit cuka sehingga sebati.
Masukkan semua bahan dalam bancuhan cuka. Gaul rata.
Hidangkan bersama nasi dagang, nasi minyak, nasi tomato atau yg sewaktu dengannyer....

No comments:

Post Top Ad

test