SARDINE PUFF
hujan2 mcm ni anak2 ni cepat aje lapar...
klu hujan dan sejuk2 cam ni sedap makan yg panas2 sikit... petang ni ita buat puff sardin... ini semua gara2 kawan2 kat blog yg sedang racak buat puff macam gaya puff dorang berposing... tak tahan tgk terliur plk... hihihi..
puff ni sedap lembut dan rangup aje... plk tu bila makan panas2... budak2 ni tak sempat mak dia nak snap gambar dah licin loyang... ish..ish..ish... yg ni terpaksa mak dia kunci pintu dapur... dah snap baru boleh makan.... hahaha....
MyKitchen's Recipe
- 1 pack "puff pastry" jenama "KAWAN" (1 pack ada 10 keping berukuran 4 x 4 inci)
- 1 tin kecil sardine - buang tulang dan dilenyek
- 3 biji bawang , di cincang
- 1 ulas bawang putih, dicincang
- 1/2 cm halia, dicincang
- 2 biji cili merah, hiris halus - jika suka pedas boleh guna cili padi
- 1 camca besar serbuk lada hitam
- 1 camca besar air asam jawa
- 1 camca besar sos cili
- 1 kuning telur, untuk disapu
"DO IT YOUR SELF"
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan sardine dan kacau rata.
Pecah2kan sardine tadi hingga hancur sedikit. Tambah serbuk lada hitam dan cili son. Gaul rata dan masak hingga kering. Akhir sekali masukkan jus asam jawa, gaul rata, matikan api dan alih ke dalam mangkuk tapis minyaknyer. Biar sejuk.
Keluarkab puff pastry dari freezer, biarkan 10 - 15 minit hingga sedikit lembut. Panaskan oven pada suhu 200C. Ambil sekeping puff pastry, masukkan sardin ditepi dan gulung. bahagian atas roll dikelar2 sedikit.
Sapu kuning telur atas permukaa puff, dan bakar 25 minit atau hingga puff menjadi kuning keemasan, bergantung pada oven masing2. Keluarkan puff dan sejukkan atas jaringan.
Kepada yang memiliki oven jenis ada sistem "kipas", boleh "on" kan kipas masa membakar puff pastry. Ini kerana angin panas dari kipas tadi akan membantu puff
menjadi lebih gebu.
* cara membentuk puff bergantung pada cita rasa dan kreativiti masing2.
No comments:
Post a Comment