Kepada kawan2 yg nak merasa keenakkan lauk ni.... ita akan share resepi nyer disini... cubalah mmg gerenti... sedap!!!
sesekali kita bertukar citarasa... tak lah asik makan dgn lauk kurma aje kan... jom la ikut ika kedapur... sambil cuci mata sebab semuanyer dah selesai... tu pun tak cukup.... kesian anak2 tak dpt merasa tak pe nanti mak masak lagi..eh!
MyKitchen's Recepi
DAGING MASAK PRUN
By: Chef Hanieliza
Sumber: Buku Masakan 1 Hari 1 Resepi
Bahan A
600 gm daging - dipotong
1/2 cwn buah prun - dibuang bijinyer dan dikisar halus
5 sudu makan sos tomato
4 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan rempah kari daging
4 sudu makan minyak masak
1/2 cwn air
garam secukup rasa
daun kari
Bahan B - dikisar
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
2 inc halia
"DO IT YOURSELF"
Daging dibasuh bersih digaul dgn sos tomato, rempah kari, cili kisar dan kicap pekat.panaskan minyak dan tumis bahan yg dikisar sehingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan daging dan air. Kacau rata dan masak hingga daging empuk.
Masukkan buah prun yg telah dikisar halus dan garam. Biarkan sehingga kuah pekat. Siap untuk dihidangkan....
2 comments:
Salam Ita,
Mmng sedap daging prune ni, yatie pun pernah buat mmng cepat licin...kena plk dngn nasi beryani Ita yg mengancam tu.....wow menyelerakan tul...
wasalam yatie...
ye la yatie sedap sangat... ita tak pernah makan lauk ni sebelum ni tp bila dah rasa mmg sedap...
Post a Comment