Semalam ita ada masak Nasi Beriani, tp tak sempat nak upload pic... bz sesangat... Ita masak pun sebab adik hubby dtg umah... ialah sebelum naik sekolah ni anak2 sibuk nak berjumpa... tu lah yg dia dtg umah.... cousin hubby pun dtg sekali, dia baru dpt anak sulung yg comel... ita ucapkan Tahniah!! sebab dah jadi ayah... semogga menjadi ayah yg terbaik untuk anak2....
Ok berbalik pada menu merai tetamu semalam.... resepi adalah dr tukang masak yg ita suka masakkannyer sebab simple dan mudah dicari bahan2nyer... iaitu Chef Hanieliza dr buku masakan beliau "1 Hari 1 Resepi" Bercerita ttg nasi beriani ni.... mmg sedap! nasinyer lembut, terasa semua kesedapannyer... boleh dicuba.... jika ingin merasa... bersama2 ini ita serta resepi Nasi Beriani dr Chef Hanieliza untuk dikongsi bersama....
MyKitchen's Recipe
NASI BERIANI
By: Chef Hanieliza
Sumber: Buku Masakkan 1 Hari 1 Resepi
Bahan A
1 kg beras basmati - dibasuh bersih dan ditoskan (ita guna 5 cwn dan ita rendam sekejap)
2 sudu makan rempah beriani - dibancuh dgn sedikit air
4 biji tomato - dipotong dadu
3 biji cili merah - dibelah 2
3 biji cili hijau - dibelah 2
1 tangkai daun pudina - dimayang kasar2
1 tangkai daun ketumbar - dimayang kasar
2 cawan air (ita letak 3 cwn air)
1 cwn susu cair (ita guna 1 tin susu cair)
4 sudu makan minyak sapi
1/2 cwn kismis
1/2 cwn gajus
garam secukup rasa
pewarna kuning dan oren
Bahan B
5 biji bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1 inc halia - dihiris
rempah tumis (4 sekawan)
sedikit daun kari
"DO IT YOUR SELF"
Panaskan minyak sapi dlm kuali. Tumiskan bahan B sehingga garing dan harum.
Masukkan rempah beriani yg dibancuh dgn sedikit air dan kacau rata, masak hingga pecah minyak.
Masukkan tomato, cili merah dan cili hijau.
Masukkan air, susu cair, daun ketumbar, daun pudina kismis dan gajus. Biarkan mendidih sebentar.
Rasakan masinnyer....
Kemudian masukkan hasil tumisan kedalam periuk nasi yg telah tersedia beras didlmnyer dan masak seperti biasa.
Apabila nasi telah kering titiskan pewarna dan biarkan kering.
Apabila nasi masak gemburkan nasi perlahan2 supaya nasi tidak patah2
Boleh lah dihidangkan bersana Daging Prun dan Ayam Madu.
No comments:
Post a Comment