KUIH KETAYAP - masam manis f

Breaking

Dec 7, 2010

KUIH KETAYAP

Salam Maal-Hijrah kepada semua umat Islam... semoga tahun yg mendatang ini memberi kita semua kebahagian, bertambah keimanan, beroleh keceriaan dan dilimpahi rezeki yg barakah.... Terus berdoa...dan sentiasa memberbaiki diri agar kita menjadi hambanya yg lebih baik dari tahun2 sebelumnyer....

 Salam Maal-Hijrah ye semua... pejam celik pejam celik kita dah melangkah ke tahun baru... ita sentiasa berharap dan berdoa agar menjadi isteri yg soleha, ibu yg mithali
dan anak yg solleh buat suami, anak2 dan ibu bapa... semoga tahun2 yg mendatang ini memberikan ita seribu kebahagiaan dan menambahkan keimanan.... Amin...
Semua dah sarapan?... sarapan apa ye hari ni...? makan kat rumah atau makan kat kedai?... al maklumlah cuti... ttu semua seronok bawak anak2 makan diluar... menu utk ita sekeluarga pagi ni.. Kuih Ketayap...


Ita sebenarnyer tak panggil kuih ni kuih ketayap, ita panggil kuih Dadar... kuih ini sentiasa mengamit memori lama ketika zaman kanak2... ini lah kuih yg mak selalu buat jualan selain dari kuih kasui, nagasari dan apam...
Biasanyer mak akan hantar kuih ni kat warong Mak long ita di Kg Md Amin... dan selebihnyer ita dan kakak ita akan berjaja dr satu rumah ke satu rumah di kawasan perumahan yg ita tinggal... itu di sebelah pagi klu di sebelah petang pula ita dan kakak akan berbasikal ke Hospital Sultanah Aminah utk berjaja di sana.. byk la misi2 dan Dr yg dtg membeli... masa zaman kanak2 rasa seronok sangat klu jualan habis dan pulang dgn bakul kosong.... seronok bukan kepalang bila kira hasil jualan bersama mak... dan upahnyer mak akan beli kan peralatan sekolah.... hai! sahdunyer rasa bila terkenang zaman dulu2... (emo la plk...huhuhu) sebelum hujan... baik kita masuk dapur tgk apa bahan2 yg diperlukan tuk buat kuih ni...



MyKitchen's Recipe

Bahan Untuk Kulit
300 gm tepung gandum
650 ml air pandan
1 sudu teh tepung jagung
1 biji telur
1 sudu teh garam
1 sudu makan minyak masak

"DO IT YOURSELF"

Masukkan semua bahan ke dlm blend, dan terrrrr..... sampai semua sebati , kemudian tapis. Tuang sesenduk ke dlm pan leper berbentuk bulat dan dadar nipis....
Sudukan inti dan letak atas kulit kuih ketayap tadi dan gulung kemas... siap!!!
Bahan Untuk Inti
430 gm air
300 gm kelapa parut muda (ambil putihnyer sahaja)
150 gm gula merah / gula melaka
70 gm gula pasir
1 kuntum bunga cengkih
1 sudu makan tepung jagung (dilarutkan dgn sedikit air)
1 helai daun pandan disiat dan disimpul

"DO IT YOURSELF"

Utk membuat inti, masak gula merah, gula putih, daun pandan dan air sehingga larut. Masukkan kelapa dan kacau rata. Masukkan pula bunga cemgkih dan air tepung jagung. masak hingga adunan pekat dan berkilat.

No comments:

Post Top Ad

test