NASI AYAM PENYET - masam manis f

Breaking

Dec 7, 2010

NASI AYAM PENYET



Salam....
Tentu semua sedang sibuk menyediakan minum petang utk family kan...? atau tgh berehat slps makan tengahari... Menu ita utk tengahari ni ialah Nasi Ayam Penyet...
Resepi ni sekarang amat popular di JB antara restoran yg menyajikan hidangan ni di JB ialah LC Catering dan Banafe yg terletak di bandaraya Johor Bahru. Ttu semua tahu kan LC Catering yg menyediakan makanan semasa majlis perkahwinan Mawi. Salah satu menunyer ialah Nasi Ayam Penyet.
Ita suka makan di LC Catering kerana selain makanannyer yg sedap2 layanan nyer juga sangat baik... eh promot plk.... hihihi..mcm ada share aje....
Resepi ni ita dapat dr seorang kawan... yg berasal dr Serawak. Ita pun kurang pasti asal Nasi Ayam Penyet ni kerana ada yg kata dr Serawak dan ada yg kata dr Indonesia... apa2 pun yg ptg sedap kan...? jom la kedapur tolong ita masak...yok!



MyKitchen's Recipe

AYAM PENYET
1 ekor ayam di belah 6 dan dicuci bersih

Bahan Dikisar
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 biji buah keras
1 sudu besar ketumbar
1 sudu teh serbuk kunyit
sedikit air
garam secukup rasa.

"DO IT YOURSELF"

Blend semua bahan utk dikisar. Lumurkan pada ayam higa rata. Perap 1/2 jam kemudia kukus setengah masak. Bila dah masak goreng ayam dlm minyak panas hingga garing dan masak. Siap!!! sedapnyer.....

Nasi Ayam Penyet ni di makan bersama  nasi putih, sup ayam atau daging, ulam-ulaman spt : ulam raja, kacang boto, kacang panjang, timun dan salad. Tak lupa juga tempe goreng, tahu goreng dan sambal Penyet... ok jom kita tengok plk mcm mana nak buat sambal penyet....



SAMBAL PENYET

7 batang cili merah
5 batang cili padi
3 ulas bawang putih
1 biji tomato
2 cm belacan yg telah digoreng (ni klu suka klu tak suka tak yah!)
garam dan gula secukup rasa
perahan air limau kasturi

"DO IT YOURSELF"

Tumbuk semua bahan hingga lumat... masuk dlm mangkuk dan siap utk dihidangkan bersama Nasi Ayam Penyet.

No comments:

Post Top Ad

test