TAUHU TELUR HOT PLATE - masam manis f

Breaking

Dec 16, 2010

TAUHU TELUR HOT PLATE

Assalamualaikum....
Dah makan tengahari ke belum...? Hari ni ita nak berkongsi resepi masakan yg ita rasa sedap. Semalam suami ita ada beli tauhu telur. Ita ni bukan nyer pandai sangat nak masak2 ni... ita pun carilah resepi tahu telur ni kat google... jumpalah resepi ni... disini ita rasa mcm nak cuba... tapi ita tak masak guna hot plate ita masak mcm biasa aje... alhamdulillah... menjadi dan sedap... anak2 pun kata sedap. 



Untuk memudahkan semua yg ingin mencuba resepi ni ita akan cnp resepi nyer di sini untuk rujukan... sekalung terima kasih kepada tuan empunya resepi kerana sudi berkongsi resepi yg sedap ni... tapi ada juga bahan2 yg ita ubah kerana ita guna apa yg ada kat dapur ita aje... jom la kita memasak...




MyKitchen's Recipe

TAUHU TELUR HOT PLATE
By: MCIK

Bahan-bahannya
1 plastik tahu, dipotong bulat
2 biji telur
1 sudu makan cili boh - ita guna cili kering angaran 5 tangkai
1/2 sudu makan udang kering, dikisar
1/2 sudu makan bawang putih, dikisar
1 biji bawang besar, dibelah empat
1 biji lada merah dibelah dua
10 udang yang sedang besarnya, dibuang kulitnya
beberapa potong bunga kobis, lobak merah dan cendawan butang - yg ni ita tak letak
1/2 sudu makan sos tiram
1/2 sudu makan sos tomato - sos tomato habis plk nak gi kedai  eee..tak kuasa... ita tukar dgn sos Thai
1/2 sudu makan kicap hitam - ni ita tak pasti kicap apa ita bantai aje pakai kicap manis.. ok gak..hihi
garam dan serbuk perasa secukupnya


"DO IT YOURSELF"

Pukul satu biji telur dalam mangkuk. Kemudian masukkan tahu telur yang telah dipotong keadalamnya Goreng tahu yang bersalut telur dalam minyak panas, masukkan satu demi satu. Apabila tahu kuning, angkat dan ketepikan. (Jangan goreng terlalu lama, nanti ia akan mengecut dan bentuknya tidak cantik)

Panaskan kuali dan tuangkan sedikit minyak untuk menumis. Tumis bawang putih hingga naik baunya, masukkan cili boh, udang kering, bawang besar, lada merah, udang dan bahan-bahan yang lain. Bila udangnya sudah masak barulah masukkan tahu.

Goreng sebiji telur yang sudah dipukul. Gunakan telur goreng ini, sama ada untuk menutup sajian tahu talur atau sebagai alas hidangan. Ia boleh juga digunakan untuk membungkus hidangan yang sudah masak.

No comments:

Post Top Ad

test