KEK PISANG SEMPOI - masam manis f

Breaking

Jan 12, 2011

KEK PISANG SEMPOI


Kek ni ita buat minum petang tadi. Keknyer sedap dan lembut. Buatnyer pun senang... tak lah rumit sangat... mmg sesuai dgn namanyer Kek Pisang Sempoi.

Entahlah... 2, 3 hari ni tekak ni terasa macam nak makan kek pisang... masa hubby gi pasar hari tu ita kirimlah minta dibelikan pisang... banyak pulak dibeli... ialah tak kan dak beli 2..3.. biji.... ada tokey pisang ku kata " lu pegi tanam sendiri la..." hihihi

Aii... lepas ni berderetlah resepi  pisang menyusul... ialah sebab nak habiskan stock pisang yg masih berbaki ni... ahaks!...

Dulu ita pernah buat kek pisang resepi oleh yani boleh jenguk di SINI kali ni ita gunakan resepi dari Sofinar masih lagi di My Resepi. Kepada Sofinar, terima kasih ye! kerana sudi berkongsi resepi yg sempoi ni... ita minta izin pula untuk sharekan resepinyer disini pula...


MyKitchen's Recipe

KEK PISANG SEMPOI
By: Sofinar

  • 150g pisang emas - dilecek
  • 180g tpg gandum
  • 180g gula halus /gula icing
  • 3 biji telor
  • 120ml minyak masak
  • 1 sudu teh ovelate
  • 1 sudu teh soda bikabonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • secubit garam

"DO IT YOURSELF"

Campur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih
Masukkan kedalam loyang yang digris dengan minyak masak, bakar 180 darjah selama 40 - 50 minit
Pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda



1 comment:

Anie said...

Comelnya kek pisang ni.....comel lagi budak kecik yg makan kek ni hehehez.

Post Top Ad

test