BANANA FRUITS CHIFFON CAKE - masam manis f

Breaking

Feb 16, 2011

BANANA FRUITS CHIFFON CAKE

Hari tu ita nampak Hana buat Banana Chiffon Cake. Ita mmg suka sangat kek chiffon apalagi jika kek chiffon pisang. Oleh kerana dah tergoda dgn kek hana tu ita pun pergilah beli pisang kat Jusco masa hantar Dalili Inopi semalam. Ingat nak cari pisang emas tapi, tak ada pulak yg ada pisang montel. Pisang montel pun pisang montel lah janji pisang..


Masa nak buat tu ingat Mix fruit tu ada lagi bila tengok dah tinggal sikit.... pulak tu yg banyak kismis aje... chery merah dan hijau sikit sangat... tapi sebab adunan dah dibancuh ita letak lah jugak! tu yg tak nampak colour maler.... ini peringatan untuk ita jugak lain kali kalau nak buat tu pastikan semua barang ada... huhuhu

Untuk resepi ni ita buat separuh adunan sahaja... sebab tak ramai kat rumah ni last2 ita juga yg nak kena bagi perabis semua... manalah tak makin montel badan ni asyik makan... makan... makan... Sebelum kita salin resepi ita minta izin kat hana untuk copy resepinyer disini pulak lah ye!... rajin sungguh hana menterjemahkan resepini...


MyKitchen's Recepi

BANANA FRUITS CHIFFON CAKE
resepi asal :eggplant10@hongcurlbaking
terjemahan :Hana

Bahan A
  • 4 kuning telur
  • 20g gula
  • 50g minyak sayuran
  • 150g pisang
  • 110g tepung gandum
Bahan B
  • 4 biji putih telur @ (160 gram)
  • 60g gula
  • 1/4 sk krim of tartar
Bahan C - hana tak letak
  • Kismis
  • Tomato (potong nipis) - ita tak letak
  • Ceri Hijau Merah - potong kecil
"DO IT YOURSELF"
  • Panaskan oven suhu 160.
  • Pukul kuning telur dan gula hingga gula hancur/larut. Masukkan pula minyak dan pisang yang sudah di lenyek. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau sebati dan ketepikan.
  • Mangkuk lain, pukul putih telur, gula dan cream of tartar hingga meringue@soft peak.
  • Ambil setengah adunan putih telur dan masukkan ke dalam mangkuk kuning telur tadi dan kaup balikkan menggunakan rubber spatula.
  • Tuang adunan ke dalam mangkuk baki putih telur tadi dan masukkan skali buah2an campuran. kaup balikkan lagi sebati. Jangan over mix yer..
  • Tuang terus ke dalam loyang chiffon (loyang tak perlu di gris!) dan bakar selama 45min dengan suhu 160.
  • Terbalikkan atas redai sejurus keluar dari oven. Dah sejuk baru sisipkan kek dari loyang. Potong dan hidangkan.

    8 comments:

    Mas said...

    cantiknya kek cipon kak ita..
    gebu la....
    nak sepotong..he..he...
    rajin betul akak memasak...

    Yani said...

    arihni wat kek cipon gak.. tp kita wat kek cipon kopi.. tp tp tapikan.. x sempat lagi nak buh entry..

    hana said...

    setengah adunan pong nmpk gebu cantik kak... thanx sudi try... nk rasa akak punyer pulak! hihihi... *psst rajen terjemah sbb atas permintaan pengunjung... sbb ade setengah yg tk phm english... usha juga utk kepuasan semua....

    Azlita Aziz said...

    terima kasih mas...
    ni angin rajin tgh datang mas sebab tekak ni nak makan... kalau puting beliung malas datang emmm.... tak berasap jugak dapur...hihi

    Azlita Aziz said...

    oh ye ke yani... wah tak sabar akak nak tgk... suami akak kalau kopi2 ni mmg dia suka... nanti boleh lah akak cuba resepi Yani pulak...

    Azlita Aziz said...

    terima kasih hana... kek ni sedap! akak mmg suka betul kek Chiffon tu yg tak boleh buat 1 adunan nanti akak dok ngap sorang2 aje... wooo takut wooo...

    Yat Maria said...

    Ita

    sama arrr ngan ai..cipon cake tak tolak punya...tapi selalunya ai made pandan..one day nak gak try lain2 pulak :)

    Azlita Aziz said...

    yat, ita mmg suka chiffon kek... pandan chiffon kek lagi sedap kan... itu mmg fav sangat! yg lain2 pun ita suka jugak asal chiffon..

    Post Top Ad

    test