pemandangan dari bilik Amirul
Ok kita lupakan sekejap hal bunga api tu... biarlah mereka bergembira meraikan Tahun Baru Cina... dan kepada yg merayakannyer terutama pada rakan2 sekolah, ita nak mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina
Ini pula lauk yg ita makan bersama Nasi Lobak Merah dan Pajeri Bombay tadi... Lauk Ayam Dendeng. Sedapnyer.... lauk ayam dendeng ni... tak puas makan tadi bersama anak2... Anak2 ita biasalah kalau lauk ayam mmg semua suka... masak la apa pun janji ayam... mmg tak tinggal sisa... minta maaf ye,... sebab tak dapat nak lawa... kerana semuanyer dah habis.... kalau ada pun tulang aje le... tu pun cik tong dah cop awal2....
MyKitchen's Recipe
AYAM DENDENG
By: Pak Engku
1 ekor ayam - dipotong 12
100 gm bawang goreng
2 ketul gula Melaka
2 sudu makan air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar dan Tumis
5 tangkai cili kering - digoreng dan dikisar (ita tambah 5 tangkai lagi supaya pedas sedikit)
10 ulas bawang merah - dikisar
2 inc halia - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
5 biji buah pelaga
3 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
"DO IT YOURSELF"
Ayam digoreng seketika dan angkat
Tumis buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. bila sudah kekuningan, masukkan bahan kisar.
Bila sudah naik baunyer, masukkan air asam jawa dan juga gula Melaka. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
masukkan ayam dan gaul rata.
Bila ayam telah masak sepenuhnyer barulah masukkan bawang goreng. Barkan hingga kuah kering dan bolehlah diangkat untuk dihidangkan.
3 comments:
assalam kak...wah meriah la kat sana...kat sini sunyi sepi jer...org sini mana sambut raya cina ni...cina merantau ada lah..hehe btw lauk pauk meriah gak tu nampak menyelerakan...terasa lapar lak saya mlm2 singgah sini..hehe
Aslmkm Ita. Maceh kongsi idea ni, memang sedap sangat sehingga menjilat jari kami sekeluarga harini...hehe.
salam kak ita.kite pun dh cuba,..sedap!
Post a Comment