NASI KEBULI - masam manis f

Breaking

Feb 4, 2011

NASI KEBULI

assalamualaikum....

Masih lagi dalam mood bercuti.... tentu ramai yg pulang ke kampung untuk bercuti bersama keluarga atau ada yg pergi berlibur atau makan angin bersama keluarga tersayang.... walau apa jua aktiviti yg anda lakukan bersama keluarga ingat... jaga keselamatan... kalau yg memandu tu berhati2 dijalan raya....

hari ni ita masak Nasi Kebuli. Biasa dengar tak??? ita pun tak pernah dengar dan baru first time mencuba resepi ni... Resepi adalah daripada Chef Wan. Seorang pakar masak yg tidak asing lagi dikalangan pengemar2 dunia masakan... bukan mudah untuk meminati bidang masakan ni... kalau makan dah tentulah semua suka... tapi masak2 ni... alahai... susah nak cakap..


Nasi Kebuli boleh ita katakan sama macam Nasi Ayam. Cuma kali ni dalam ramuannyer ada tambahan ketumbar dan lada hitam. Ayam tu pula digoreng berbeza dgn nasi ayam yg ayamnyer dibakar. Berasnyer juga turut digoreng. Nasinyer sedikit kuning kerana penggunaan kunyit dalam penyediaannyer. Kalau ikut resepi asal nasi ni dimakan bersama ayam goreng tu aje... tapi ita tambahkan sos cili untuk menambahkan sedikit rasa pedas. Biasalah orang Johor biasa suka makan yg pedas2 sedikit.... Lebihan kuah intuk menanak nasi pula ita jadikan sup untuk memberikan sedikit kuah dan mereka2 yg menikmatinyer dapat menghirup sup yang hangat-hangat.... Jom kita intai2 resepi mudah dari Chef popular ni...


MyKitchen's Recepi

NASI KEBULI
By: Chef Wan

1 ekor ayam - dibersihkan dan dipotong 8
2 inc kunyit - ditumbuk
garam

Air 3.5 liter (ita ikut sukatan berasdan lebihkan 1/2 cawan air)
Minyak masak 125 ml
Beras butir panjang 800 gm - dicuci dan toskan  (ita buat 3 cwn beras)
Mentega 100 gm - dipotong dadu kecil2
sedikit bawang goreng
sedikit daun ketumbah - dihiris

Pes Rempah

1 biji bawang besar - dihiris
10 ulas bawang merah - dikisar
2 cm halia - dikisar
4 batang serai - dikisar
1 sudu teh ketumbar - dikisar
10 biji lada hitam

"DO IT YOURSELF"

Lumurkan ayam dgn kunyit dan garam secukup rasa. Ketepikan, kalau boleh, ditutup dan diperap dlm peti ais selama 4-8 jam
Sementara itu, sediakan pes rempah. Satukan kesemua bahan dlm pengisar, dan kisar hingga halus dan ketepikan.
Didihkan air dlm periuk besar. masukkan pes rempah dan kepingan ayam. Kacau dan renehkan selama 15 minit atau sehingga ayam masak. Keluarkan ayam dan toskan. Tapis air rebusan dan ketepikan.
Panaskan minyak masak dlm kuali dan goreng kepingan ayam sehingga perang pada kedua2 belah diatas api sederhana. Angkat dan tuskan diatas tuala kertas. masukkan beras ke dlm baki minyak dlm kuali dan goreng selama 3-4 minit (klu minyak banyak sangat keluarkan separuh tinggaklan hanya untuk mengoreng beras sahaja)
Kemudian tuangkan air rebusan (ikutan sukatan beras) yg diketepikan, mentega dan secubit garam. kacau dan didihkan.
Kecilkan api, tutup periuk dan renehkan selama 12-15 minit atau sehingga kesemua cecair diserap dan nasi hampir tanak. matikan apiu dan biarkan tertutup selama 10 minit.
(ita alihkan beras yg telah digoreng ke dlm periuk nasi. Ita tambahkan air rebusan kira2 mencapai 2cm (1 inc) diatas paras beras yg diratakan. pas tu bubuh mentega dan garam. Kemudian klick! on dan biarkan masak seperti menanak nasi)
Untuk menghidang, sendukkan nasi keatas pinggan hidang dan bubuh kepingan ayam diatasnyer. Kemudian taburkan bawang goreng dan daun ketumbar.
Ita ambil air lebihan menanak nasi untuk dijadikan sup. Dan ita buat sos cili nasi ayam untuk dimakan bersama.


6 comments:

Mas said...

pernah makan nasi kebuli...
memang sedapp nasi ni....
nak 1 set nasi kak ita....he..he..

Unknown said...

akak, saya nk order 1 set juga...adehhh terliur tau masuk dapur akak ni semuanya sedap belaka...hehe

Nazrah said...

Adeh...nak rasa gak...cantik nasi tu warna kuning jer....

Azlita Aziz said...

Sedap kan mas, akak tak pernah makan lagi tu yg teruja aje nak mencuba...
nasi 1 siap.....!!

Azlita Aziz said...

Ok Nieza nanti akak pos... naik jet!... wah! nasi kebuli naik jet tuuu... hihihi

Azlita Aziz said...

Nazrah pun nak jugak....?? ok nanti akak tapawkan eh! tungguuu.... hihi

Post Top Ad

test